Raisyed | 47

2.7K 176 22
                                    

Badan Syed di tolak dengan lembut agar sedikit menjauh daripadanya. Raisya turun dari katil dan terus menuju ke bilik air dengan kalang kabut

Dia berlari kecil sambil menutup mulutnya dengan menggunakan tapak tangan

Seluruh isi perut di keluarkan sehingga berair matanya menahan perit. Raisya mengenggam kuat tangannya ketika melihat pantulan wajah di dalam cermin

"Mungkin selepas ini simtom yang lain akan muncul satu per satu" Raisya tergelak kecil ketika mengingati kata-kata doktor

Dia meraup kasar rambutnya. Semuanya membuatkan Raisya berasa muak

Muak dengan semuanya, entah kenapa dia di uji sehingga bergini. Tidak bolehkan dia hidup dengan gembira dan tenang? Mengapa dia harus hadapi semua ini? Dunia terlalu kejam. Takdir hidupnya terlalu kejam

Raisya melangkah keluar daripada bilik air dan kembali naik ke atas katil. Dia menoleh ke arah Syed yang sedang lena tertidur. Lama dia menatap wajah suaminya yang sedang tertidur sambil tersenyum. Dia mahu menyentuh wajah Syed tetapi dia menghalang dirinya sendiri

Raisya hanya memilih untuk melihat sahaja tanpa menyentuh. Mungkinkah jika dia biarkan Syed pergi bersama orang lain, Syed akan lebih bahagia?

Raisya berbaring menghadap Syed. Dia sudah tidak mengantuk dan memilih untuk berjaga sambil menatap wajah suaminya

Apabila pagi sudah menjelang barulah dia bangun dan turun ke bawah untuk melihat sekaligus memberi makan kepada Haru dan Maruaru

"Haru, Maruaru boleh tolong jagakan Imsayang tak?" Soalnya kepada anak-anak kucing itu

Air mata yang di tahan terus mengalir dengan laju. Keputusan yang dibuat adalah keputusan yang paling terbaik untuk dirinya dan juga untuk Syed

"Amore..." Panggil Syed dari arah belakang. Raisya dengan pantas mengelap sisa air mata dan terus menoleh ke arah suaminya. Hanya riak wajah kosong di hadiahkan kepada Syed. Tiada langsung senyuman

Raisya berdiri tegak sambil melihat Syed. Syed terus mengatur langkah mendekati isterinya. Wajah Raisya di tatap dengan tatapan sayu

"Amore dah okay?" Soalnya. Dia perlu tahu tentang perasaan isterinya sekarang

"Saya tak okay ke selama ni?" Soal Raisya kembali dengan dingin

"Bukan itu maksud saya, saya cuma nak pastikan yang amore dah tak sedih macam semalam. Saya tak kuat bila tengok amore macam tu" Jujur Syed. Dia menahan dirinya daripada memeluk Raisya kerana dia tidak mahu membuatkan Raisya rimas

Raisya menjeling suaminya sekilas dan terus berjalan melepasi Syed, dia mahu kembali naik ke atas tetapi langkahnya terhenti apabila Syed memegang kemas pergelangan tangannya

Dengan riak wajah yang dingin dia memandang Syed. Pandangannya yang tajam seakan akan menikam anak mata Syed diberi

"Lepas" Arah Raisya sepatah

Syed tidak menghiraukan dan tetap memegang pergelangan tangan isterinya dengan kemas. Hatinya sakit melihat apabila perubahan Raisya, dia inginkan isterinya yang dulu. Sesekali dia terfikir adakah dia ada melakukan sesuatu kesalahan di mata Raisya tanpa dia sedar?

"Jangan macam ni amore" Pinta Syed dengan nada yang perlahan

Darah Raisya seakan-akan menggelegak. Entah kenapa terasa ingin marah sahaja

Raisya menarik tangannya dengan kuat

"Jangan sentuh saya! Saya kata lepas tu lepas lah!"

Syed terkaku. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi, suaranya seakan-akan terkunci. Raisya yang berada di hadapannya saat itu kelihatan sangat lain. Itu bukanlah Raisya yang dia kenal

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now