Raisyed | 29

4.3K 190 12
                                    

Raisya yang sedang lena di buai mimpi pun kian tersedar dari lenanya. Perlahan-lahan dia membuka mata dan dia berasa pelik. Pelik kerana badannya tidak boleh bergerak. Apabila dia menoleh ke arah kanan, di mana tempat Syed tidur, Raisya terus menahan nafas kerana jarak mereka sangatlah dekat

Raisya melihat dengan teliti dan ia menyedari tangan Syed kini sedang terlilit kemas di pinggangnya. Disebabkan terlalu terkejut, tubuh Syed terus ditolak dengan kuat sehingga membuatkan Syed jatuh ke bawah

"Woah! Aku tak sengaja!" Ucap Raisya di dalam hati. Dia sendiri pun terkejut dengan tindakannya

Syed yang sedang tertidur lena ketika itu terus terbangun sambil menahan sakit di bahagian belakang badan

Dengan tergesa-gesa Raisya turun dari katil untuk melihat keadaan Syed

"Sakit ke?" Soal Raisya. Sungguh tidak munasabah. Sudah tolak orang malah di tanya pula sakit ataupun tidak. Sudah tentu la sakit!

"Sakit la amore... Kenapa amore tolak saya?" Tanya Syed dalam keadaan mamai. Rambutnya kelihatan sedikit serabai ketika itu, tetapi masih lagi terlihat tampan. Eh?

"Awak ada bukti ke yang saya tolak? Awak tu yang tidur lasak sangat" Ujar Raisya sambil menyilangkan tangan. Dah buat salah, tidak mahu mengaku. Ya, itulah Raisya Adriana

Tanpa berkata apa-apa lagi, Syed terus berdiri. Dia masih mengantuk dan ingin menyambung tidurnya 

"Oh my god Imsayangg " Ucap Raisya sambil menutup mulutnya dengan menggunakan tapak tangan. Matanya tidak berkelip memandang tubuh badan Syed yang terdedah tidak berbaju

Ternyata Syed semalam ini suka tidur tanpa memakai baju. Dia hanya memakai seluar pendek sahaja ketika itu

"Kenapa amore? Ada yang tak kena ke?" Tanya Syed sambil melihat sekeliling ruang bilik hotel mereka

"T.. tu... Roti Imsayang" Kata Raisya dengan sedikit gagap

"Roti? Roti apa?" Berkerut dahi Syed dibuatnya. Dia sudahla masih mengantuk, si Raisya ini pula cakap separuh jalan. Adoi! Cakap la sampai habis!

"Roti awak Imsayang, tu..." Tunjuk Raisya tepat ke abs suaminya

"Ya Allah! Amore tutup mata. Kenapa gatal sangat ni?" Syed dengan kalang kabut menarik selimut yang ada di atas katil untuk menutup badannya yang terdedah

"Gatal? Awak yang tak pakai baju, saya pula yang gatal" Ucap Raisya tidak puas hati

Raisya mula menjeling Syed. Suka-suka sahaja panggil dia gatal. Dia tak gatal pun... Dia tengok sebab Syed yang tunjuk. Betul tak? Kira rezeki la tu

Syed yang perasan akan perubahan mood Raisya pun terus berasa serba salah. Betul juga, dia sendiri yang buka baju semalam dan sekarang dia panggil Raisya gatal pula

Dengan langkah yang kecil Syed menghampiri Raisya. Tubuh isterinya turut di lilit bersama dengannya. Raisya menelan air liur. Ha sudah! Apa pula yang Syed nak buat ni

"Apa awak buat ni?" Soal Raisya dingin. Badannya terbungkus dengan selimut

"Peluk" Jawab Syed sepatah

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now