Raisyed | 57

3.2K 183 19
                                    

Sudah lima hari sejak Raisya keluar dari hospital dan sepanjang lima hari itu jugalah Syed langsung tidak bertegur sapa dengannya. Wajah suaminya selalu direnung secara diam-diam

Kini, wajah Syed hanya terlihat kosong tanpa senyuman sama sekali

Meskipun bergitu, Syed tidak pernah lupa untuk memasak dan menenami Raisya makan

Raisya mengeluh berat... Dia rindukan Syed. Dia rindukan suaminya yang dulu

Raisya berjalan keluar dari dapur dengan segelas air. Dia ingin pergi ke ruang tamu untuk melihat rancangan kegemarannya. Solat isyak dan maghrib sudah dia laksanakan, kini giliran untuk menghabiskan masa dengan televisyen pula

Langkah kaki Raisya terhenti semasa berhadapan dengan Syed. Lidahnya kelu meskipun ketika itu dia mahu bercakap. Wajah suaminya di tenung lama

Renungan Syed yang kosong membuatkan hatinya sakit. Syed secara tidak langsung membelakangi Raisya dan ingin pergi dari situ. Niatnya yang turut ingin mengambil minuman pun terhenti ketika berhadapan dengan isterinya

"Imsayang" Panggil Raisya dengan lembut namun Syed langsung tidak merespon mahupun menoleh memandangnya

"Saya dah nak mati. Imsayang tak boleh buat saya macam ni, saya dah tak lama tau" Terlepas juga apa yang terpendam di hati Raisya. Dia tidak boleh terus-terusan berdiam diri, masanya semakin singkat

Air mata Syed terus pecah ketika mendengar apa yang keluar daripada mulut isterinya. Terlalu sakit kenyataan itu, kenyataan bahawa isterinya akan pergi suatu hari nanti

Syed terus menghadap isterinya dan melangkah mendekati Raisya. Dia memeluk erat tubuh isterinya bagaikan tidak mahu berenggang. Raisya tersenyum nipis. Belakang badan Syed diusap lembut

"Kenapa amore cakap macam tu? Saya tak suka" Ucap Syed beserta tangisan. Dia membenamkan wajahnya di leher Raisya. Dia tidak mahu meleraikan pelukan itu

"Saya cakap macam ni sebab saya nak Imsayang sentiasa bersedia" Lembut Raisya menjawab

"Kenapa amore tak bagitahu saya?" Soal Syed. Remuk hatinya tatkala mendengar tentang penyakit isterinya daripada mulut doktor tempoh hari. Sedikit kecewa kerana Raisya merahsiakan perkara ini daripadanya

"Saya cuma tak nak Imsayang sedih bila dapat tahu saya akan mati" Raisya menjawab dengan sebak

"Amore... Saya lagi sedih bila dapat tahu daripada orang lain amore... Hati saya sakit sangat bila tahu isteri saya sakit selama ni" Syed merasa sangat teruk. Dia gagal menjaga isterinya dengan baik

"Maafkan saya Imsayang" Ucap Raisya. Hanya itu yang mampu dia katakan bagi menenangkan suaminya

"Jangan tinggalkan saya amore hiks.." Makin kuat tangisan Syed saat dia membenamkan wajahnya

Raisya meleraikan pelukan. Wajah suaminya ditatap dengan perasaan yang tidak dapat dia ungkapkan. Tangannya naik mengusap lembut kedua belah pipi suaminya yang basah

"Saya masih ada Imsayang. Let's enjoy every single minutes together okay?"

"Jangan la sedih, nanti saya saya sedih juga hm  Lembut nada suara Raisya cuba memujuk Syed

"Esok kita jalan-jalan nak?" Pujuk Raisya lagi, tetapi Syed masih lagi menangis

"Vroom vroom nak?" Syed tidak menjawab. Dia hanya menggelengkan kepalanya sahaja

"Tak nak ke? Hm, kalau macam tu kita duduk rumah je la, kita buat aktiviti yang menarik nak?" Syed masih lagi tidak berhenti mengalirkan air matanya

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now