"Wan, tolong mummy hantar makanan ni dekat rumah abang kamu" Arah Puan Alia sambil mendekati Syazwan yang sedang duduk di atas sofa
"Hantar makanan? Syed tu kan pandai masak. Kalau dia lapar nanti, pandai-pandai la dia masak" Selamba Syazwan menjawab tanpa memandang Puan Alia. Matanya terlalu fokus melihat rancangan kegemarannya
Puan Alia hanya mendengar. Kepala di anggukkan perlahan-lahan. Anak terunanya satu ini, memang selalu cari nahas. Mulut tu, ada sahaja jawapannya
Lengan Syazwan terus dicubit kuat tanpa sebarang amaran. Puas hatinya apabila dapat mencubit si Syazwan
"Aaa mummy! Sakit..." Adu Syazwan sambil merintih kesakitan. Dia memandang wajah Puan Alia dengan mata yang sudah berair
Berbisa betul cubitan mummynya ini. Sampai ke tulang rasa sakit
"Kalau nak mummy cubit lagi kuat, cakap la macam tu lagi. Suruh hantar makanan pun malas. Sebab tu la tak ada orang nak dekat kamu ni" Sempat Puan Alia menyindir anaknya
"Tarik balik mummy! Tarik balik " Balas Syazwan dengan tidak puas hati. Suka-suka je cakap tiada orang yang nak dengan dia
Puan Alia langsung tidak menghiraukan dan makin menguatkan lagi cubitan pada lengan Syazwan
"Mulut tu memang nak kena cili dengan mummy. Wan nak kena cili ke tidak?"
Berkerut dahi Syazwan menggeleng tidak mahu sekaligus menahan sakit
"Kalau tak nak, pergi hantar makanan ni"
"Okay mummy... tapi, Wan nak naik apa?" Sengaja Syazwan bertanya sambil memuncungkan bibir
"Drive la" Ringkas Puan Alia menjawab. Apa punya soalan la... Dah besar panjang, tak akan tak boleh fikir
"Tangan Wan lemah la mummy... Kaki Wan pun tak boleh nak tekan minyak. Hm, mummy suruh je la Syed datang ambil sendiri makanan ni. Ataupun suruh abang Den pergi hantar" Wajah mummy di pandang sambil mengerdipkan mata berkali-kali. Sengaja mahu meminta simpati
Dia memang malas! Sangat malas nak keluar. Kalau boleh, memang nak terperap dalam rumah dua puluh empat jam. Asalkan ada internet, makanan dan mummynya
"Pergi naik grab. No excuse"
"Alaaa mummy... Jari Wan ni, tak boleh nak order grab..." Ucap Syazwan sambil mengangkat jari telunjuknya
"Abang! Tengok ni Wan ni" Syazwan yang sedang duduk di atas sofa pada awalnya terus berdiri. Makanan yang ada di tangan Puan Alia di ambil dengan tergesa-gesa
"Wan pergi dulu ye mummy. Love you" Puan Alia hanya mampu tergelak kecil sambil menggelengkan kepala sahaja
Memang ini sahaja cara supaya dapat membuatkan Syazwan bangun. Panggil sahaja Tengku Zafran, terus laju dia bergerak. Selagi tak panggil, selagi tu la macam-macam alasan dia beri
Sesampainya Syazwan di rumah Syed, belum sempat lagi Syazwan turun dari grab dia sudah pun melihat Syed keluar daripada rumah terlebih dahulu
Bukan main laju lagi motorbike milik Syed meluncur di atas jalan. Dengan sekelip mata Syed menghilang daripada pandangan Syazwan
"Aku baru je sampai, dia boleh keluar pula. Syed ni memang sengaja je nak buat aku penat, dia ingat dia artis ke? Aku nak kena kejar-kejar ni" Bebel Syazwan sendiri

YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...