Seperti yang di katakan semalam, Syed, Nadhmi dan Mikael keluar pada awal pagi hanya untuk memenuhi keinginan Mikael yang ingin bersarapan bersama
Ikutkan hati, Syed memang malas hendak mengikuti mereka tetapi disebabkan Mikael, terpaksa jugalah dia ikut. Dia pun sudah bersetuju semalam, kalau tiba-tiba sahaja dia menukar fikiran, takut si Mikael merajuk sebulan pula
"Ini la orang yang single tu. Aku dah suruh cari girlfriend, dia tak nak" Kata Nadhmi dengan nada gurauan. Sengaja mahu menyakat Mikael yang kemana-mana pun harus pergi bersama. Kalau boleh, nak berkepit je setiap masa
"Diam la! Korang kan ada, buat apa nak cari girlfriend?" Syed hanya tersengih kecil. Kadang-kadang dia pun terhibur dengan sikap dan cara percakapan Mikael
"Cepat order El. Lagi dua jam meeting aku start. Aku tak boleh lambat" Kata Syed
"Ye sekejap! Aku tak boleh pilih ni" Balas Mikael. Semua jenis makanan yang di jual kedai tersebut di perhatikan oleh Mikael. Dia tak tahu! Dia tak tahu nak pilih yang mana satu
Selepas hampir sepuluh minit dia berfikir, akhirnya Mikael buat juga keputusannya. Wajah pelayan yang setia berdiri di sisi meja mereka di pandang dengan tatapan mesra
"Kak, saya nak maggi goreng. Ada tak?" Ucap Mikael
"Aduh!" Mikael mengadu kesakitan tatkala pehanya di cubit Nadhmi. Dengan penuh amarah pandangan Mikael beralih ke Nadhmi. Siapa sahaja yang tidak marah jika tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja kena cubit
"Kau kenapa Mi? Sakit la" Adu Mikael dengan nada keras
"Pagi-pagi lagi makan maggi? Order yang lain" Arah Nadhmi tegas. Terkadang, Nadhmi kelihatan seperti seorang mak ketika memarahi Mikael
Mikael hanya diam. Dia menunduk sambil menggosok tempat cubitan tadi. Berbisa lain macam cubitan Nadhmi ni
"Cancel maggi goreng tu kak. Bagi saya nasi goreng paprik tiga" Kata Nadhmi kepada pelayan tersebut
"Apa ni Mi..." Rengek Mikael dengan cebikan kecil
"Apa lagi yang tak kena El?" Soal Syed. Daripada tadi dia diam dan melihat sahaja. Kini, gilirannya pula untuk bersuara
"Mi ni Syed... Makan nasi pagi-pagi, sakit la perut nanti" Jawab Mikael. Nadhmi yang ada di hadapannya di jeling sekilas
"Makan nasi lagi bagus daripada makan maggi" Pujuk Syed lembut. Syed dan Nadhmi terkadang seperti seorang ayah ketika bercakap dengan Mikael. Semua perkara harus diperkatakan dengan lembut dan di pujuk. Aduhai...
Nadhmi yang kelihatan tidak berselera ketika menjamu selera menarik perhatian Syed. Syed sangat yakin dengan firasatnya. Nadhmi menjadi seperti ini pasti ada kena mengena dengan pekerja baharu di tempat Raisya bekerja. Syed yakin! Sangat yakin"Mi nak kena suap ke tu?" Soal Syed tanpa melihat wajah Nadhmi
Mikael yang mendengar terus mengangkat kepala. Nadhmi yang sedang duduk di sebelahnya terus di tenung
"H..ha?" Nadhmi kebingungan sekaligus gagap
"Macam tak berselera je aku tengok tadi. Ke, kau nak El tolong suapkan?" Kening Syed diangkat serentak dengan kepalanya
"Kau nak aku suap Mi? Mengadanya" Sinis Mikael
Laju Nadhmi menggeleng. Dia lebih rela tak makan daripada harus di suap oleh Mikael. Dia bukan budak
"Tak nak! Aku tak cakap pun aku nak kau suap" Ujar Nadhmi
"Ala. Tak payah la malu. Kalau nak, cakap je" Sinis Mikael lagi sambil tersenyum senget
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...