Raisyed | 33

2.9K 173 2
                                    

"Imsayang! Jangan la tutup lampu bilik air!" Jerit Raisya dengan sekuat hati. Dia ni dah la penakut, rasa nak tercabut jantung bila lampu bilik di tutup bergitu sahaja ketika dia sedang mandi

Syed cuba menahan tawa tatkala berada di hadapan pintu bilik air. Dengan cepat lampu bilik air di buka kembali. Niatnya memang sengaja mahu kenakan Raisya

"Bukan saya la yang tutup" Ucap Syed sambil menekan suis lampu. Bukan main lagi Syed berlakon seakan-akan tidak tahu apa-apa

"Kalau bukan Imsayang tutup, siapa? Hantu?" Balas Raisya dari dalam bilik air dengan nada suara yang dingin. Marahlah Raisya jawabnya lepas ni

Keluar sahaja daripada bilik air, Raisya hanya memasamkan muka. Hilang mood disebabkan Syed

"Amore dah siap mandi?" Tanya Syed sambil menyegetkan kepala memandang Raisya

Raisya diam tanpa menghiraukan kewujudan Syed. Dengan riak wajah yang ketat Raisya terus membuka pintu bilik dan keluar

Syed dengan tergesa-gesa mengikuti Raisya daripada belakang

"Amore ooo amore" Meleret Syed memanggil Raisya

"Amore" Seru Syed lagi tetapi Raisya tetap mendiamkan diri. Nampaknya Raisya betul-betul kesal dengan apa yang Syed lakukan tadi

Raisya duduk di atas sofa sambil melihat kdrama seperti biasa. Syed menghampiri dan duduk di sebelah isterinya

"Amore jangan la marah. Saya minta maaf okay? Saya janji, lepas ni saya tak main lampu dah" Tangan di angkat seakan-akan sedang mengangkat sumpah

Raisya memandang sekilas ke arah Syed dan kembali fokus melihat siaran televisyen yang baru sahaja di buka

"Diam la. Dah la suka el " Syed mengerutkan kening. Sudah seminggu lebih perkara itu berlalu, tetapi Raisya tetap mengungkit

"Saya tak suka dia la" Kata Syed dengan serius. Jari jemari Raisya di main oleh Syed

"Tipu" Sepatah Raisya membalas

"Amore lapar tak?" Dengan pantas Syed menukar topik. Jika dia meneruskan dengan topik yang sama, memang sampai tahun depan tak habis Raisya mengungkit

Raisya berdecit

"Tak!" 

Tidak sampai beberapa minit, perut Raisya terus berbunyi. Raisya menunduk memandang perutnya. Mata di pejamkan untuk menghilangkan rasa kesal

"Perut ni pun, masa ni la kau nak bunyi" Gumam hati Raisya

Mereka memandang satu sama lain dan Syed terus tergelak terbahak-bahak

"Perut awak bunyi la amore" Ucap Syed dengan nada gurauan

Raisya menjeling Syed dan terus bangun dari duduknya. Dia tidak mahu berada dekat dengan Syed

Tetapi, belum sempat dia melangkah pergi, Syed dengan pantas menarik pergelangan tangannya agar kembali duduk

"Amore, jom kita keluar. Kita vroom vroom, nak?" Ajak Syed sambil tersenyum lebar. Dia tahu hanya dengan cara ini sahaja dia dapat memujuk Raisya

"Malas" Sepatah Raisya

"Ala jom la amore, bosan tau duduk rumah. Amore tak bosan ke?" Raisya berfikir sejenak. Betul juga apa yang Syed katakan. Kalau dia duduk rumah sahaja bosan la

Dengan riak wajah dingin Raisya kembali bangun. Dia berjalan ke arah tangga dan menoleh memandang Syed sebentar

Riak wajah sedih Syed menjadi tatapannya sekarang

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂 Where stories live. Discover now