"Imsayang.... Esok kita dah nak balik ke?" Tanya Raisya ketika sedang duduk bersila di atas katil. Sudah berkali-kali Raisya bertanyakan soalan yang sama sahaja kepada suaminya
Syed yang masih mamai ketika itu pun hanya mampu menjawab dengan menganggukkan kepala. Dia sangat mengantuk tetapi Raisya pula sanggup mengejutnya pada tengah malam semata-mata untuk bertanya soalan itu
Mata Syed masih lagi tertutup rapat. Tangan isterinya di genggam. Tidak mahu berenggang langsung walaupun sedang tidur
"Betul ke ni? Imsayang serius?" Tanya Raisya lagi
"Ye amore..."
"Yakin ke nak balik esok? Ha imsayang? Yakin ke?" Badan Syed digoncang dengan kasar dengan menggunakan tangan kiri. Dalam diam Syed mengeluh
Dengan lembut tangan isterinya yang di genggam Syed tarik agar isterinya kembali berbaring dan tidur
Tetapi Raisya pula bertindak monolak tangan Syed dengan riak wajahnya yang tidak berpuas hati. Dia tidak mahu berbaring dan dia tidak mahu tidur. Pada masa yang sama, Raisya tidak suka apabila tangannya di tarik secara tiba-tiba seperti itu
"Jangan tarik la bod... emph!!" Terbuntang luas mata Raisya saat mulutnya ditekup secara tiba-tiba. Tangan Syed di pukul berkali-kali dengan kuat
"Saya ingatkan amore dah berhenti cakap benda yang tak elok. Turns out I was wrong, you're still saying bad words" Kata Syed dengan kerutan di dahi. Tangan Syed masih lagi tidak berganjak dari mulut isterinya
Sepanjang mereka berkawan dan hinggalah sekarang, mereka sudahpun berkahwin tidak pernah sekali pun Syed mendengar isterinya berkata perkataan itu. Ya, dia tahu ketika mereka berkawan, Raisya sememangnya sering berkata sebergitu walaupun bukan di hadapannya
Tetapi jujur, Syed sangkakan Raisya telah berhenti
"Emph! Emph!" Tangan Syed dicubit pula dengan riak wajah yang kini sudah kelihatan marah. Ingin menjawab tetapi mulut pula di tekup sebegitu, tak boleh bernafas Raisya dibuatnya. Nasib baik tak pingsan
Syed akhirnya mengalihkan tangannya dari mulut Raisya selepas beberapa kali tangannya dipukul dan dicubit. Dengan riak wajah yang ketat dia memandang Raisya
Syed yang elok sahaja berbaring pada mulanya, kini terus duduk sambil menyilangkan tangan. Raisya melarikan pandangan serta menggaru kepalanya yang tidak gatal
Perlahan-lahan dia menatap Syed semula selepas beberapa saat
"Mana boleh berhenti imsayang. Bukan senang untuk saya stop cakap benda tu. Selama ni cuma tak terkeluar je dari mulut saya" Terang Raisya. Memang sudah lama kata-kata kesat tidak keluar dari mulutnya, tetapi siapa sangka hari ini terlepas jua selepas sekian lama
"No excuse amore. No more bad words after this, kalau amore cakap juga saya tekup mulut amore macam tadi. Nak?" Riak wajah Syed langsung tiada senyuman ketika itu. Dia sangat tegas mengenai perkara tersebut kerana Syed tidak menyukai apabila perkataan kesat seperti itu keluar dari mulut isterinya
Laju Raisya menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Seram sejuk pula dia dengan Syed
"Relax la Imsayang" Kata Raisya sambil menyiku lengan suaminya. Sengaja mahu mengambil hati suaminya semula namun terlihat seperti tidak berjaya pula kerana Syed tidak merespon apa-apa melainkan hanya merenung Raisya tanpa berkelip. Ha sudah!
"Aduh mengantuk la pula" Kata Raisya lagi sambil berpura-pura menguap. Syed dilihat sekilas sahaja
Raisya dengan segera berbaring menghadap suaminya. Syed pula masih lagi duduk dan melihat sahaja gerak geri Raisya tanpa mengeluarkan sebarang suara
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...