Syed yang masih lena lekas bangun untuk menutup alarm dengan segera. Dia menoleh ke arah Raisya sekilas, lalu dia pun tersenyum seorang diri
"Terima kasih ya Allah.... Terima kasih kerana memakbulkan doaku" Ucap Syed dengan perlahan
Dan seperti biasa rambut isterinya akan di elus lembut. Lama dia mengelus rambut Raisya sebelum akhirnya Syed mengejut Raisya
"Amore..." Kejut Syed. Tangannya masih lagi tidak berhenti daripada mengelus rambut Raisya
"Jangan la kacau... Saya mengantuk" Dengan keadaan mamai Raisya berkata. Selimut yang tidak jauh darinya di tarik dengan keadaan mata yang masih lagi tertutup
Syed tergelak kecil lalu dia berhenti daripada mengusap rambut Raisya
"Amore, bangun la" Kejut Syed lagi. Kali ini badan Raisya pula yang di goncang lembut
"Kalau amore tak nak bangun, saya peluk... " Mendengar sahaja perkataan peluk, Raisya terus bangun dan duduk bersila di hadapan Syed. Segar! Terus segar dan langsung tidak kelihatan mengantuk sama sekali
"Awak nak apa Imsayang? Kenapa kejut saya?" Rengek Raisya. Kepalanya yang tidak gatal turut di garu dengan kuat. Geram punya pasal
"Solat amore... Subuh" Jawab Syed sambil menahan tawa
"Oh.. " Raisya terdiam. Jadi maksudnya, Syed kejut... Untuk ajak dia solat bersama?
Jauh Raisya memikirkan alasannya kali ini tetapi tiada satu pun idea yang terlintas di kepalanya pada pagi itu. Otaknya masih belum boleh berfungsi!
"Amore dah boleh solat kan?"
Raisya mati kata. Suara seakan-akan hilang. Dia berbelah bahagi sama ada ingin jujur ataupun ingin menipu lagi
"Saya... " Raisya menunduk sambil memintal selimut
"Saya... Saya sebenarnya tak pandai solat..." Jujur Raisya
Raisya kembali mengangkat kepala untuk menatap wajah suaminya. Dia mahu melihat reaksi Syed, tetapi dia pula yang terasa ingin menangis. Matanya kian berair
"Imsayang mesti fikir saya teruk kan? Teruk sebab solat pun tak pandai" Air mata mula mengalir di pipi Raisya. Dia tidak dapat menahan diri daripada menangis
Syed menggeleng. Air mata isterinya di kesat lembut sambil dia tersenyum kecil
"Saya tak pernah fikir macam tu. Isteri saya tak teruk pun. Kalau amore tak pandai, saya kan ada. Saya boleh ajar" Pujuk Syed
"Saya malu... Saya malu sangat dengan Imsayang" Terus menerus air matanya mengalir tanpa henti. Subuh-subuh lagi dah menangis
"Shh... Jangan malu amore. Tak ada sebab untuk amore malu dengan saya. Tugas saya memang untuk bimbing amore" Mendengar kata-kata membuatkan Raisya semakin teresak-esak
Tubuh Raisya di tarik ke dalam pelukan. Belakangnya di usap lembut oleh Syed bagi menenangkan
"Jangan la nangis amore, amore buat saya rasa sedih" Raisya menguburkan wajahnya pada dada Syed. Dia enggan mengangkat kepala. Bukan sekarang
"Jom, saya ajar cara ambil wudhuk lepastu kita solat sama-sama" Ajak Syed lembut. Tangannya terus menerus mengusap belakang badan isterinya yang masih lagi menangis
Raisya mengangguk setuju
Selepas mendapat respon daripada Raisya, Syed bangun dan menarik lembut tangan isterinya menuju ke bilik air
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...