BAB 1

634 14 0
                                    

Keadaan pagi itu amat huru hara bagi Airis Nafeesa, laju sahaja tangannya itu mencalitkan make up di muka. Selesai membelek pakaian dan tudungnya buat kali terakhir, tote bag di capai. Langkahnya pula dihalakan ke arah dapur.

Sampai sahaja di dapur, botol airnya diambil. Nasib baik dia telah mengisi airnya itu semasa sarapan tadi. Kaki dibawa pula ke ruang tamu, kepala ditelengkan ke kiri dan kanan seperti mencari sesuatu. Dia kemudian menarik nafas panjang setelah perkara yang dicarinya tidak ditemui.

"Aura!" jeritnya, namun tiada sahutan.

"AURA AMANI BINTI AHMAD ROZAMAN!" Kini nama penuh pula meniti di bibirnya. Ya, nama mereka berdua hampir sama dan hampir tersasul bila nak sebut kedua-duanya serentak. Airis dan Aura.

Nak buat macam mana, keluarga mereka memang rapat sebelum mereka dilahirkan lagi. Jadi, bila lahir, mak ayah mereka bercadang nak bagi nama yang hampir sama, Aura lahir 6 bulan lebih awal daripada Airis. Jadi Airis dan Aura memang sahabat baik dari kecil lagi. Mereka berdua seperti belangkas. Dimana ada Airis, di situ jugalah ada Aura.

"Yow!" sahut Aura dari atas.

"Cepat lah, kita dah lambat dah ni," keluh Airis. Tidak lama kemudian, kelibat Aura mula kelihatan menuruni anak tangga.

"Kau ni rilek lah, awal lagi kut," ujarnya.

"Haah, memang. Memang awal pun, kalau kita jem kat depan tu macam mana? Aku dah cakap banyak kali kan, kalau hari ada kelas kitchen. Bangun lah awal sikit. Kang tak pasal-pasal si nenek kebayan tu mengamuk kau tahu tak. Aku nak graduate lah sem ni, kau kalau aku kene repeat siap ehh," bebel Airis. Tangannya juga bekerja mengikat tali kasut.

"Ye, ye. Kau ni membebel kalahkan mak aku tahu tak?" Aura menjeling Airis.

"Lantak aku lah, dah pergi kunci rumah. Aku nak start enjin," Laju sahaja kakinya itu melangkah ke arah kereta.

"Eleh, nak start enjin kereta konon. Macam dia yang bawa kereta," perli Aura.

"Dah nak tunggu kau lambat, tu baru nak pakai kasut," Airis menjeling kepada Aura sebelum dia meloloskan diri ke dalam kereta. Tapi tak sampai seminit dia keluar semula tanpa menghidupkan enjin kereta. Aura pandang Airis pelik.

"Kau ni dah kenapa? Tadi bukan main nak cepat lagi," soal Aura. Airis hanya mengeluh dan menyandar pada bahagian depan Mazda biru gelap milik Aura. Dengan muka penuh pasrah dia pandang ke arah Aura.

"Kau tengok apa nenek kebayan tu cakap dalam group sekarang," ujar Airis malas. Serentak itu Aura membuka aplikasi WhatApp di telefonnya.

"Assalamualaikun semua, harini saya ada hal sedikit. Jadi kita tangguh kelas harini pada hari lain ya, jadi harini saya bagi masa kepada kamu semua untuk siapkan assignment ya," baca Aura kuat-kuat. Pandangan dia alihkan semula kepada Airis.

"Asal dia tak bagi tahu malam ni je eh? Asal dia nak kene bagi tahu last minit? Asal hidup dia ni nak menyusahkan orang je? Asal dia ni terpilih untuk jadi lecturer kita ek?" Dengan perasaan yang tak puas hati, Airis menyoal. Nafasnya sudah naik turun menahan amarah dalam hati.

"Entah dia ni, buat penat je kita ni bersiap." Aura menyokong sahabatnya itu. Penat-penat mereka bersiap pagi ni, dan penat-penat dia kena dengar bebelan si Airis di pagi hari. Senang-senang je si nenek kebayan tu nak batalkan kelas last minit. Ni nasib baik diorang tak sampai dekat kampus lagi. Kalau tak lagi teruk dia kena dengar bebelan Airis.

"Aduh, membazir je mekup aku dohh," ujar Aura tak puas hati, tak kan dia nak pakai mekup dekat dalam rumah selama satu hari ni?

"Haa, aku ada idea," Airis memandang Aura dengan pandangan penuh makna.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now