Airis meletakkan potongan ke yang terakhir ke dalam pinggan. Tersenyum dia bila tengok keknya sudah siap. Tak sabar lah pula nak bagi Harraz rasa. Sedang dia sibuk membersihkan dapur, dia dengar pintu depan terbuka menandakan Harraz dah balik. Terus dia tinggalkan semua kerjanya untuk jumpa dengan Harraz.
"Awak!" ujar Airis gembira bila dia dah keluar dari dapur. Dia berjalan ke arah Harraz yang duduk bersandar pada sofa dengan lengan yang di letakkan di atas kepala. Jelas kelihatan yang dia sangat penat.
"Hmm," balas Harraz tanpa pandang ke arah Airis membuatkan Airis mengambil tempat di sebelah Harraz.
"Penat sangat ke harini?" Harraz hanya mengangguk sahaja, banyak kerja yang dia kena selesaikan harini sampaikan dia lupa nak makan tengah hari tadi. Dan sekarang dia rasa badan dia lemah sangat. Kalau boleh dia nak terus tidur sahaja.
"Kalau macam tu awak pergi naik then mandi. Lepastu kita makan, saya ada buat kek tadi,"
Sekali lagi Harraz mengangguk lemah sebelum dia perlahan-lahan bangun dari duduknya. Airis pula hanya jadi pemerhati sahaja, lain macam pula dia nampak suaminya harini. Lemah sahaja Harraz melangkah, baru sahaja dia nak panjat anak tanggan pertama, dia dah terjatuh."Eh, awak!" laju sahaja Airis berlari ke arah Harraz.
"Awak okay tak ni?" Airis pegang tangan Harraz. Dan sekarang baru dia dapat rasa haba panas dari badan Harraz.
"Awak demam ke Harraz?" Bahagian belakang tapak tangan di letatkan di dahi Harraz.
Sah! Suaminya demam."Panas sangat badan awak ni Harraz. Jom kita pergi klinik," Airis mencuba untuk mengangkat Harraz walalupun dia tahu yang dia tak mampu. Belum sempat dia nak tarik Harraz untuk bangun, Harraz pegang tangan Airis seraya memberhentikan langkah isterinya itu. Kepalanya digelengkan sebagai tanda yang dia tak nak ke klinik.
"No, nak tak nak awak kena pergi klinik juga. Cepat bangun Harraz," Airis mencuba nasib sekali lagi. Namun hasilnya masih sama bila Harraz tetap mengeraskan badannya.
"Harraz, jangan nak buat perangai boleh tak? Badan awak ni panas sangat lah Harraz, kalau duduk dekat rumah ni, say-"
Kata-kata Airis terhenti apabila Harraz tiba-tiba sahaja memeluknya.
"Harraz, a-"
"Shhh..."
***^_^***
Airis mengeluh ketika dirinya tiba di dapur. Baru je tadi dia berjaya memujuk Harraz mandi dan rehatkan badan di dalam bilik. Hampir sejam setengah juga Harraz memeluknya di tangga tadi.
Dia menyimpan kek yang dibuatnya tadi di dalam bekas dan diletakkan ke dalam peti ais. Beberapa jenis bahan untuk membuat bubur pula di keluarkan. Semasa dia menidurkan Harraz sebentar tadi, dia terdengar bunyi perut Harraz menandakan lelaki itu lapar.
Sekarang dia faham kata-kata Datin Isma' untuk bersedia seandainya Harraz demam. Kini, dia nampak sisi lain Harraz. Manja kalahkan Ariya anak alongnya. Jenuh juga dia nak melayan, tadi pun Harraz minta Airis dodoikan untuk tidur.Harraz yang baring atas riba Airis walaupun bantal berlambak sekeliling mereka, Airis menepuk-nepuk perlahan bahu Harraz bersama alunan zikir yang Airis pasang dari telefonnya. Setengah jam lepas tu baru Harraz tidur, dengan dia sekali terlelap.
Selepas dia menutup api dapur, Airis bergerak mengambil mangkuk. Dia nak hantar makanan pada Harraz dekat atas, tak sampai hati pula dia nak minta Harraz turun dalam ke keadaan lemah macam tu. Tengah dia sibuk mencedok bubur ke dalam mangkuk, hampir terpelanting senduk dibuatnya bila tiba-tiba sahaja ada yang memeluknya dari belakang.
"Kau pergi mana?" soal Harraz bersama mata yang dipejam. Tak larat nak buka mata sebenarnya, turun tadi pun puas dia meraba sekelilingnya.
"Saya tak kemana pun awak. Saya tengah buat bubur ni, yang awak turun ni dah kenapa?" Airis pusingkan badannya pandang Harraz.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...