BAB 49

198 7 0
                                    

"Assalamualaikum,"

Lemah Airis memberi salam, Puan Aliya yang sedang menyapu halaman rumah itu terkejut dengan kehadiran Airis yang tiba-tiba. Habis dicampak batang penyapunya, satu-satunya anak perempuannya itu dihampiri.

"Akak, kenapa tak bagi tahu ibu yang akak nak balik hari ni? Ni mana Harraz?" soal Puan Aliya bila dia nampak Airis yang datang dihantar oleh teksi sebentar. Airis menyalami tangan ibu.

"Harraz sibuk ibu, akak balik sorang je," Airis sedaya upaya cuba untuk senyum ke arah Puan Aliya.

"Ouh yeke? Mari kita masuk dalam. Dekat luar ni panas," Puan Aliya menarik tangan Airis untuk masuk ke dalam rumah.

"Kenapa tak bagi tahu ibu yang akak nak balik? Terkejut ibu tiba-tiba je akak muncul tadi," sudahlah Airis datang dengan memakai cermin mata hitam, dia ingat penjual mana lah datang nak menjual tadi.

"Saje nak buat kejutan. Abah mana ibu?"

"Abah tu biasa lah masa-masa macam ni, melepak dekat kedai depan tu ha. Yang akak ni duk pakai cermin mata hitam dalam rumah dah kenapanya? Cabut lah, buang tebiat kang orang tengok," Puan Aliya menggelengkan kepalanya, macam-macam akal lah anak dia ni.

"Err... akak tengah sakit mata ni ibu. Itu yang doktor suruh akak cermin mata hitam ni, takut berjangkit nanti," bohong Airis, yang sebenarnya mata dia bengkak teruk sebabkan dia menangis dari semalam tak berhenti.

"Ya ALLAH teruk ke sakitnya tu?"

"Tak teruk sangat ibu. Akak masuk bilik dulu lah ibu, nak rehat kejap,"

"Ha yela, pergi lah," Puan Aliya mengangguk membenarkan anaknya itu pergi berehat, risau pula dia.

Masuk sahaja Airis ke dalam biliknya, dia menarik nafas dalam, cermin matanya di cabut, air mata yang ditahan tadi akhirnya mengalir juga.

'Akak minta maaf ibu, akak tak ada niat nak tipu ibu,' bisik Airis di mana hanya dia sahaja yang boleh dengar.

***^_^***

"Abang makan lah dulu ya, Lia nak pergi panggil akak kejap," ujar Puan Aliya selepas dia menghidangkan lauk pada Encik Suhaimi.

"Akak ada balik ke?" berkerut dahi Encik Suhaimi menyoal.

"Ada, tengah hari tadi sampai. Lia pergi panggil dia kejap ya," Puan Aliya ters berjalan ke arah bilik anaknya itu.

Terhenti langkahnya bila dia dengar tangisan dari dalam bilik. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik itu, jelas dia nampak Airis yang sedang menangis sekarang.

"Akak, kenapa ni sayang?" Puan Aliya masuk ke dalam bilik Airis, Airis yang baru perasan dengan kehadiran Puan Aliya tu segera mengelap air matanya.

"Akak tengok k-drama tadi bu," ujar Airis, masih lagi mengelap air matanya. Puan Aliya menarik perlahan tangan Airis.

"Jangan tipu ibu sayang, ibu kenal anak ibu ni," Puan Aliya memandang dalam ke anak mata Airis. Airis yang dah tak boleh tahan terus sahaja memeluk Puan Aliya dan melepaskan tangisannya semahu-mahunya.

"Harraz kejam ibu..." tangis Airis. Puan Aliya mengosok-gosok belakang badan anaknya bagi menenangkannnya.

"Harraz buat apa dekat anak ibu?"

Airis diam, dia tak mahu membuka aib suaminya. Puan Aliya yang faham akan kediaman Airis terus sahaja menenangkan anaknya itu.

Bila Airis dah sedikit tenang, dia leraikan perlukkan dan pandang ke arah Puan Aliya.

"Ibu jangan bagi tahu abah pasal ni ya ibu. Akak tak nak abah tahu," Puan Aliya hanya mengangguk sahaja.

"Ibu..."

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now