Sebulan berlalu, hubungan Airis dan Harraz semakin renggang. Ada sahaja alasan Airis untuk mengelak setiap kali Harraz ajak berborak. Masih terasa dengan kejadian lalu...
Airis berjalan keluar daripada perpustakaan mini dan terus bergerak ke arah dapur. Kenangan semalam masih lagi bermain di fikiran. Bagaimana semua pekerja di bakery itu membuat majlis perpisahan bagi mereka bertiga. Meriah dia tak payah cakap, masih terasa penatnya sampai sekarang.
Tersenyum sahaja Airis sepanjang melangkah ke arah dapur sehingga matanya terpandang pada nota yang dilekatkan pada peti ais. Kaki dibawa ke arah peti ais, dia mengambil nota tersebut dan membacanya.
'Malam ni aku ada hal nak kena settle. Kemas baju-baju kau, agak-agak dalam tiga hari macam tu, esok aku suruh Irfan ambil kau.'
Airis tarik nafas dalam, apa pula kali ni? Harraz nak bawa dia jumpa dengan Qay ke? Sejak dua tiga hari ni, Harraz selalu balik lewat daripada biasa. Ada haritu, jam tiga pagi baru Harraz sampai rumah, lebih sakit hati Airis bila Harraz langsung tidak tidur dia atas katil. Harraz selalu tidur di sofa sahaja.
Malas nak peningkan kepala, Airis hanya ikut sahaja apa yang diarahkan oleh Harraz.***^_^***
"Kita nak kemana ni Irfan?"
Rasanya dah nak masuk lima kali Airis tanya soalan yang sama, tapi tetap juga Irfan jawab.
"Awak tunggu jela bila sampai sana nanti," Airis menjulingkan matanya ke atas.
"Awal tak payah lah risau, kita dah nak sampai dah ni. Yang pasti, semuanya diyakini halal," Irfan mengangkat keningnya berkali-kali.
Malas nak layan, Airis diam sahaja sehinggalah kereta Irfan sampai ke destinasi yang dituju. Baru sekarang Airis tahu mereka ke mana, ke KLIA rupanya.
"Ni ada awak punya passport, tiket dan lain-lain. Pergilah masuk dan settle kan apa yang patut ya," Irfan berkira-kira untuk masuk ke dalam kereta semua selepas meletakkan segala barang Airis di dalam troli.
"Eh, saya mana pandai, tak pernah dalam hidup saya naik kapal terbang. Lagi satu, saya nak kemana ni? Mana Harraz?" kalut Airis dibuatnya. Harraz nak jual dia dekat luar negara ke?
"Awak masuk je dekat dalam. Nanti awak jumpa Rizal dengan Laila, diorang akan tolong awak dekat dalam ya. Saya gerak dulu, ada banyak kerja ni," terus sahaja Irfan masuk ke dalam kereta dan memecut laju tanpa sempat Airis nak balas.
Airis muncungkan mulutnya dan mula menolak troli yang megandungi begnya itu. Kaki dibawa melangkah masuk ke dalam. Betul apa yang dikatakan oleh Irfan, dari jauh lagi dia boleh nampak kelibat Rizal dan seorang perempuan. Laila mungkin. Langkah diatur mendekati mereka berdua.
"Ha, sampai pun. Apa yang lama sangat? Ni mana Irfan nya?" Rizal tertoleh-toleh memandang belakang Airis. Mencari kelibat sahabatnya itu.
"Dia dah gerak dah lepas hantar saya tadi. Ni kita buat apa dekat sini? Harraz mana?" kini Airis pula tertoleh-toleh untuk cari Harraz.
"Harraz tunggu kita dekat sana. Jom," Laila bantu Airis menolak trolinya, manakala Rizal menolak trolinya dengan Laila.
***^_^***
Perjalanan mengambil masa hampir 15 jam. Penat mengucap dah Airis selama dia duduk dalam kapal terbang. Dah lah baru pertama kali naik, lama pula tu perjalanannya. Sebelum naik tadi baru dia tahu yang dia akan ke Turki.
Sekarang mereka bertiga sedang menunggu seseorang untuk mengambil mereka dan bergerak ke hotel. Sedang mereka menunggu, ada seorang budak datang dekat Airis. Budak perempuan tu senyum sambil mengerlipkan matanya berkali-kali.
"Hi?" ucap Airis, dia tak tahu apa yang budak perempuan itu mahukan.
Belum sempat Airis nak tanya, budak tu dah lari semula dan hilang disebalik kelibat-kelibat manusia yang entah macam mana boleh jadi ramai pula. Setahu Airis tadi kawasan itu tak ada lah sesak sangat. Tiba-tiba semua orang di depannya sekarang berhenti. Serentak.
Airis pusing pandang Rizal dan Laila, lagi terkejut bila dia perasan yang suami isteri tu tak ada di belakangnya. Baru je di nak berjalan pergi, lagi Marry you by Bruno Mars dimainkan.Salah seorang daripada mereka yang berhenti bergerak bagaikan disumpah menjadi batu tadi mula menari dan disambut dengan semua yang ada disitu. Airis pula dah tercengang, berkerut dahinya berfikir. Selang beberapa saat barulah dia dapat tangkap.
"Lah, ada shooting ke?" ujar Airis bila dia nampak ada beberapa kamera yang sedang merakam. Airis keluarkan telefon, mencuba untuk telefon Laila. Nasib baik dia sempat bertukar nombor dengan Laila semasa dalam kapal terbang tadi.
TUT...TUT...TUT...
"This is a vo-"
"Ughh..." Airis mengeluh. Tak angkat pula Laila ni, nak telefon Rizal dia tak ada nombor lelaki itu. Takkan nak telefon Harraz pula. Mungkin dua orang tu pergi beli makanan mungkin sebab dari tadi lagi Laila tu cakap dia lapar. Maklumlah, berbadan dua kan.
Akhirnya Airis hanya memerhatikan sahaja manusia di hadapan nya sekarang tengan menari sehinggalah habis lagu tersebut. Airis ingatkan sampai situ sahaja, tapi sambung pula dengan lagu Enchanted by Taylor Swift.
Kali ni hanya seorang perempuan dan seorang lelaki sahaja yang menari. Airis tersenyum sahaja menyaksikan persembahan itu. Bila tiba masa dimana musik sahaja yang kedengaran, barulah penari yang lain ketengah semula dan menari dalam bentuk bulatan biarkan pasangan awal tadi berada di tengah.
This is me praying that
This was the very first page
Not where the story line ends
My thoughts will echo you name
Until I see you again
These are the words I held back
As I was leaving to soon
I was enchanted to meet youKini mereka membentuk dua barisan beruk-betul di hadapan Airis. Disebabkan tindakkan refleks, Airis mengangkat kedua-dua belah tanganya separa dada. Perlahan-lahan mereka membuka ruang antara dua barisan tersebut. Terbeliak mata Airis bila nampak gerangan sseorang yang berada di hujung sana.
Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting in you
Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting in youHarraz berjalan ke arah Airis bersama dengan sejambak bunga ros putih di tangan. Airis bukan main terkejut tak terkata. Harraz senyum manis ke arah Airis yang kini berada di hadapannya. Bunga ros putih yang sedari tadi dibawa, diserahkan kepada Airis.
"Sweet tak aku?" soal Harraz bersama dengan kening yang diangkat. Airis memukul perlahan Harraz dengan bunga ros itu. Lama mereka bertentang mata sehinggalah lagu tersebut habis.
"WUUUUU!!!!"
"PEWITT!"
Sahut semua yang ada di situ. Harraz mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam rancangannya ini. Airis pula sudah merah mukanya menahan malu bila ramai yang menumpukan perhatian pada dia dan Harraz sekarang. Keadaan di situ kembali tenang.
"Jom, kita balik hotel," Harraz menarik tangan Airis dan menolak troli milik Airis.
"Rizal dengan Laila?"
"Diorang awal-awal lagi dah hilang," memang Harraz suruh Rizal dan Laila pulang dahulu kerana Laila dah kepenatan.
"Kita buat apa dekat sini?" soalan yang masih lagi tak terjawab. Tak ada siapa nak jawab soalan Airis yang satu ini.
"Honeymoon lah sayang," ujar Harraz dan menolak Airis perlahan untuk masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...