BAB 45

444 8 0
                                    

"Abang!"

Airis berlari mendapatkan Harraz yang baru balik dari kerja. Kuat dia peluk Harraz tika ini. Melepaskan rindunya pada sang suami. Harraz membalas pelukkan Airis sebelum dia mengendong isterinya itu dan dibawa ke sofa.

"Sayang masak apa harini? Abang lapar dah ni," tutur Harraz selepas dia meletakkan Airis di sofa dan dia baring di atas peha Airis.

"Hari ni Airis buat ayam masak merah, acar timun. Emmm... senang kata, Airis buat nasi tomato hari ni. Abang makan kan nasi tomato?" Harraz mengangguk, dia tak pernah pula cerewet dalam hal makan ni.

"Abang..." Airis bermain dangan rambut Harraz sebelum dia mengurut kepala Harraz perlahan.

"Hmm..." Harraz yang terbuai dengan urutan Airis itu memejamkan matanya.

"Hari tu abang janji nak bawa Airis jumpa Arsene kan. Bila?" terbuka luas mata Harraz mendengar pertanyaan Airis. Air liur nya ditelan pahit.

"Nanti, nanti lah sayang. Arsene sibuk sekarang ni, ada buku baru yang dia tengah tulis,"

"Mana abang tahu? Bukannya ke Arsene dah lama hilang? Hampir dua tahun dah dia senyap," Kali ni Harraz tersedak pula. Hmm... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

"Ab... abang tahu lah, abang rapat dengan Arsene tu dulu. Sekarang ni ada lah juga bertanya khabar dengan dia," Harraz senyum kekok. Airis dah muncung bibirnya, macam ada sesuatu yang Harraz rahsiakan daripadanya.

"Jom kita makan, abang lapar lah sayang," Harraz cuba untuk menukar topik perbualan kerana topik itu tak sesuai dibahaskan sekarang. Dia menarik tangan Airis ke arah dapur. Airis hanya ikutkan sahaja langkah suaminya itu walaupun fikirannya banyak persoalan yang bermain.

"Abang nak banyak ke sikit je?" Airis menyoal sambil mencedok nasi ke dalam pinggan Harraz.

"Mestilah nak banyak,"

Airis tersenyum. Dengan hati gembira dia menyedokkan nasi ke dalam pinggan Harraz. Selesai mencedokkan nasi, dia isi pula lauk ayam masak merah serta acar timun. Setelah itu dia hanya duduk dan pandang ke arah Harraz.

"Sayang tak makan ke?" tergendala suapan Harraz dibuatnya. Laju Airis menggeleng.

"Airis tak lapar, abang makan jela,"

"No, mana boleh. Kalau abang makan, sayang pun kena makan. Kejap, abang ambil pinggan. Kita makan sekali,"

Baru sahaja Harraz nak bangun, Airis dah menghalang.

"Tak nak lah bang, Airis betul-betul tak lapar ni," Airis buat muka kesian, dia memang tak lapar. Mana tak nya, sementara menunggu Harraz balik, habis dalam empat ketul ayam juga dia baham.

"Kalau abang suap nak?"

Airis sekaan berfikir sekejap sebelum dia mengangguk. Harraz pun dah lama tak menyuapnya.

"Alah, nak suap rupanya. Bagi lah tahu awal-awal, malu-malu pula dia,"

Harraz tergelak kecil melihat mulut Airis yang muncul setelah diperli olehnya.

"Mana ada, Airis memang tak lapar lah. Tapi kalau abang nak suap, boleh je,

"Iya lah sayang, meh sini. Nganga mulut, baca bismillah dulu," Harraz sudahpun menyuakan nasi ke mulut Airis.

"Bismillahirahmanirahim,"

NGAP!

"Emm... sedapnya..."

"Amboi, masuk bakul angkat sendiri nampak,"

"Biarlah, dah abang pual makan," Airis membalas dengan mulut yang penuh. Tergelak kecil Harraz dibuatnya selepas melihat telatah comel Airis.

***^_^***

Semakin hari Airis semakin perasan yang Harraz banyak mengelak daripadanya. Nak kata dia sibuk kerja, sebelum ni boleh je Harraz meluangkan masa dengannya. Tapi sekarang, lepas sahaja balik kerja Harraz akan terus sahaja tidur.

Hujung minggu pula Harraz selalu menghilangkan diri. Pagi keluar, kadang tu malam baru balik. Bila Airis tanya kemana Harraz pergi, Harraz hanya kata banyak projek yang perlu dia selesaikan.

"Oi, kau kenapa? Temenung pula," tegur Aura. Harini ni Airis mengajaknya keluar bersama. Yang menghairankan Airis lagi, begitu senang sahaja Harraz melepaskan Airis. Ya ALLAH, dugaan apa lagi ni?

"Tak ada lah, aku terfikir pasal offer Sir yang kau cakap tadi," Airis menghirup airnya sedikit. Menutup kegusaran dalam hati dia, tidak mahu Aura perasan. Biarlah masalah rumah tangga ini dia selesaikan sendiri, tak elok nak libatkan orang luar.

"Ouh, pasal yang pergi Paris tu ke? Uishh, rugi kalau kita tolak weh. Bukannya selalu boleh dapat. Alah bukan lama pun, sebulan je. Kau try la pujuk Harraz. Tak pun ajak dia pergi sekali, tapi kos semua dia kena tanggu sendiri lah," ujar Aura.

Airis tersenyum sinis, ajak Harraz? Dia ajak Harraz temankannya harini pun bukan banyak lagi alasan lelaki tu beri dekat dia. Sir mereka ada mengajak mereka ke Paris selama sebulan untuk mengambil kursus pastri di sana. Belajar dengan chef tersohor di sana.

"Tapi kalau kau tak nak pergi aku tak paksa. Aku faham, aku boleh pergi sendiri," Aura senyum kelat. Dia sangat berharap agar Airis dapat turut serta dalam kursus ni. Tapi siapa lah dia nak memaksa Airis sekarang, Airis tu hak milik suami nya. Semua perkara Airis perlu minta izin Harraz terlebih dahulu. Lagi pula mereka baru sahaja berjumpa semula.

"Ala kau ni sedih pula. Emm... macam ni lah, aku cuba pujuk Harraz ya. Tapi aku tak janji tau," tersenyum lebar Aura dibuatnya.

"Macam ni lah namanya kawan," ujar Aura.

"Aku kena lah balas jasa kau. Kau jaga aku dulu, banyak kau korbankan untuk aku. Siang malam kau tak berhenti jaga aku, tak kan aku nak sia-sia kan kau macam tu je," Airis terhutang budi dengan Aura.

Sepanjang dia sakit, Aura lah yang banyak jaganya. Banyak baginya kata-kata semangat, jadi tulang belakangnya. Aura juga turus sakit bersamanya, memangis bersamanya, mengelap bersih air mata nya setiap kali mutiara jernih itu mengalir.

"Aku kan kawan aku. Apa gunanya aku kalau biarakan kau tersiksa macam tu," Aura mengusap perlahan tangan Airis. Maryam tidak dapat bersama dengannya sepanjang dia menderita kerana Maryam tinggal di luar negara sekarang bersama suaminya bila Sir Aizat ditukarkan ke universiti di luar negara.

"Dah lah, tak nak lah sedih-sedih. Kata hari ni nak enjoy. Kita nak pergi mana lepas ni?" Aura menukar topik perbualan. Biarlah yang jadi dulu menjadi penguat untu dirinya dan Airis pada masa akan datang.

"Entahlah, aku pun tak tahu nak kemana lepas ni,"

"Kita buat window shopping jela," cadang Aura.

"Boleh, aku okay je,"

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now