Tegak ketiga-tiga sahabat itu berdiri selepas memakirkan kereta sebentar tadi. Mata mereka melilau melihat kawasan sekeliling. Masing-masing kagum dengan keindahan bangunan di hadapan mereka sekarang.
"Gila besar hotel ni, bapak mewah. Kau rasa berapa kena bayar untuk satu malam dekat sini?" soal Maryam, matanya masih tak lepas dari memandang sekeliling hotel tersebut.
"Makan beribu juga aku rasa. Senang kata kalau kau tak rasa harta kau cukup untuk tujuh keturunan, tak payah lah nak berangan duduk dekat hotel ni. Jejak kaki pun tak payah lah," Aura membalas.
"Sudahlah tu, dah jam berapa dah ni. Kalau kita lambat nanti apa pandangan orang dekat kita nanti," Airis terus menarik tangan Aura dan Maryam untuk masuk ke dalam. Layankan perangai dua ni, memang tak akan selesai sampai tahun depan.
Makin melopong luas mulut Aura dan Maryam sebaik sahaja kaki mereka melangkah masuk ke dalam. Walapun kawasan lobi ini nampak sangat mewah, tapi auranya mampu membuatkan pengunjung berasa tenang dan nyaman.
"Assalamualaikum. Good morning, and welcome to the Elysian Royal Hotel. How may I assist you today?" sambut seorang peermpuan di kaunter tersebut. Dah gelabah teruk tiga ekor tu. Nak kena speaking pulak dah...
"Err... we are student fr-"
"Ouh, three of you want to get practical in here, right?" terhenti bicara Airis saat wanita itu memotong kata-katanya. Mereka saling berpandangan sebelum serentak mengangguk.
"Mr. Irsyad want you guys to directly go the bakery over there and report your attendances to Madam Rianti. She's the one who going to in charge three of you for six month you are here," sambungnya lagi. Senyuman paling manis dihadiahkan pada tiga sahabat itu. Airis pusing pandang belakang ke arah bakery yang ditunjukkan oleh wanita itu tadi.
"Ouh, okay. Thank you," ujar Airis bila dia dah dapat memastikan tempat yang akan mereka tuju selepas ini.
"My pleasure miss," kekok sedikir senyuman Airis saat wanita itu memanggilnya 'miss'.
Memang tiada sesiapa di sini tahu hubungannya dengan Harraz. Itu merupakan salah satu perjanjiannya dengan Harraz jika lelaki itu mahu dia bekerja disini. Bukannya apa, dia tak mahu pekerja di sini membuat andaian yang dia dan kawannya diterma di sini disebabkan hubungan dengan Harraz.Memandangkan Aura ada beritahu yang susah bagi pelajar untuk masuk dan praktikal di sini.
Mereka bertiga berjalan ke arah bakery yang diberitahu tadi. Tempat itu berada di luar kawasan bangunan hotel. Ada satu bakery yang sederhana besar di situ. Walaupun hampir lima tahun Airis dan Harraz berkahwin, baru harini dia menjejakkan kakinya di hotel suaminya itu.Masuk je dalam bakery itu, mereka di sambut oleh seorang wanita umurnya mungkin dalam anggaran 40-an.
"Assalamualaikum, hi. Ni mesti Airis, Aura, dan Maryam kan? Nama akak Rianti, tapi ramai dekat sini panggil akak madam," Madam Rianti perkenalkan dirinya. Manis sahaja senyumannya berjaya menutup penuaannya.
"Macam mana madam tahu?" soal Maryam, tak ada pula mereka perkenalkan diri mereka pada sesiapa. Kalau ada pun hanya wanita tadi sahaja.
"Mr. Irsyad ada bagi tahu kami semalam yang kamu bertiga akan datang praktikal dekat sini," terang Madam Rianti. Terangguk-angguk meraka bertiga.
"Sini, saya tujukkan bahagian-bahagian dalam bakery ni dan semua staff dekat sini ya"
Mereka terus mengikuti langkah Madam Rianti. Seluruh kawasan itu ditunjukkan oleh Madam Rianti. Luas juga bahagian belakang bakery itu. Memang banyak kemudahan dalam membuat pastry ada dekat situ. Memudahkan lagi kerja perkerja di situ.Bahagian dapur juga luas tidaklah terlalu sempit seperti kedai bakery yang lain. Tak perlu lah mereka berlaga bontot sesama sendiri.
"Ni jadual bagi masa bekerja kamu bertiga, tak adalah sentiasa dapat shift yang sama ya. Memandangkan korang tiga orang, jadi masa bekerja tu berlainan. Kalau ada yang tersama pun mungkin kebetulan sahaja. Dan pakaian rasmi kamu bertiga boleh ambil dekat dalam bilik rehat yang akak bagi tahu nanti ya. Akak dah letak dekta situ," Madam Rianti menyerahkan kertas yang mengandungi jadual pada mereka.
"Okay, terima kasih madam," Aura mengangguk-angguk faham tentang apa yang diterangkan oleh Madam Rianti sebentar tadi.
"Kalau dah tak ada apa-apa, korang boleh lah nak berjalan sekeliling hotel ni ataupun nak cuba apa-apa produk daripada bakery ni. Jangan risau harini semua makanan dekat hotel ni percuma sahaja, itu apa yang Mr. Irsyad beritahu pada kami semalam," terbuka luas mulut mereka bertiga. Ini rezeki besar ni, rugi kalau tak gunakan baik-baik.
"Betul ke ni Madam?" Maryam masih lagi tak percaya, buatnya kalau Madam Rianti bergurau. Tak ke naya nanti kalau dia kena bayar makanan yang harga beratus-ratus tu.
"Betul, jangan risau. Beritahu sahaja kamu pelajar yang praktikal nama kamu bertiga di sini mereka semua akan faham. Tapi hari ni sahaja ya, esok dan hari seterusnya dah tak ada tau," Madam Rianti mengingatkan mereka sekali lagi. Peluang ini hanya datang pada hari ini sahaja, peluang keemasan.
"Kalau macam tu, kitorang pergi jalan-jalan dululah Madam,"
Madam Rianti mengangguk mendengar kata-kata Airis. Serentak itu mereka bertiga berjalan kekluar daripada bakery tersebut. Ini bila lagi mereka dapat berjalan dekat hotel mewah ni. Tak akan mereka sia-siakan peluang ini.
***^_^***
"Pernah kau berjanji waktu kau mesej aku. Sungguh ku percaya dengan kata-kata mu. Tapi dibelakang kau tipu-tipu aku. Sakitnya hatiku, air mata ku jatuh~" Maryam mula bernyanyi saat mereka bertiga duduk dia bangku hadapan tasik yang betul-betul sahaja ada di belakang bakery itu. Tak sangka pula ada taman kecil disitu.
"Ku online facebook ku, ku update status baru. Change my relationship, macam yang dulu-dulu. Jangan kau merayu, kerna aku tak mahu. Hey, dasar mukamu memang tak tahu malu~" sambung Aura sebelum keduanya-duanya nyanyi bahagian korus.
"Kamu tak tahu malu, suka-suka sahaja kau buat begitu. Kau pernah berjanji pada diri ini, setia menanti walau apapun yang akan terjadi," nyanyi mereka berdua dengan menggunakan aiskrim kon sebagai mikrofon.
"Dengarkanlah laguku, dengarkanlah kisahku. Tak terlalu happy, tak terlalu sedih. Ini bukan dongeng memang benar tentang kisah nyataku~" sambung mereka lagi bersama gerakkan badan ke kiri dan kenan dengan serentak.
"Airis cepat, kau penutup," Maryam menghalakan aiskrimnya ke arah Airis, begitu juga dengan Aura. Airis memandang mereka pelik sebelum.
"Oh kasih, mengapa kau berjanji. Tetapi akhirnya kau mungkiri... Oh kasih, mengapa kau berjanji. Tetapi akhirnya kau mungkiri~"
Nyanyiam Airis disambut dengan bahagian korus oleh Aura bagi memantapkan lagi persembahan tak berbayar mereka. Habis sahaja menyanyi, ketiga-tiga tergelak selak. Habis jatuh air mata masing-masing.
Harraz yang sedari tadi hanya memerhati dari biliknya hanya tersenyum bersama gelengan kepala. Bahagia bila lihat isterinya itu tersenyum gembira. Memang dia boleh nampak melalui tingkap biliknya bahagian dalam bakery menandangkan dinding bakery tersebut diperbuat daripada kaca. Dan kawasan taman itu memang jelas nampak dari pandangannya sekarang.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...