BAB 15

218 8 4
                                    

Hari ni merupakan hari persandingan bagi Harraz dan Airis. Mereka pilih tarikh ini sebab sekarang Airis tengah cuti study week. Berdebar jantung Airis sekarang, walaupun dia masih berada di bilik dan masuk bersiap. Tapi dia takut untuk menghadap orang ramai sebentar lagi. Sudahlah Dato' Hussein memilih untuk buat di hotel miliknya. Mesti ramai tetamu yang hadir.

"Airis, pergi cepat tukar baju kau tu. Aku dah letak dekat dalam tu, sumpah lawa gila," ujar Maryam, dia pula yang terlebih excited sekarang. Bila tengok sahaja design baju Airis tadi, dia dah boleh bayangkan betapa cantiknya Airis pada hari ini.

"Sekarang ke? Macam awal lagi je," majlis berlangsung dalam pukul 12 tengah hari, sekarang baru pukul sembilan pagi. Macam terlalu awal untuk dia sarungkan baju.

"Pergi je pakai dulu. Mana tahu tak muat ke apa nanti, boleh kita adjust awal-awal. Lagipun Airis tak pernah try lagi kan?" soal Kak Haura. Harini Kak Haura yang menjadi mak andam untuknya memandangkan Kak Suraya sampai lewat sikit.

Airis memang tak pernah cuba lagi baju ni. Datin Isma' kata, baju ni Harraz sendiri yang pilih. Jadi dia memang percayakan anaknya itu, tapi Airis pula ragu-ragu. Tanpa banyak cakap Airis melangkah ke arah tempat yang disediakan untuk menukar pakaiannya.

Selesai menyarungkan baju, Airis melangkah keluar. Ternganga mulut Maryam dan Aura dibuatnya. Baju tersebut memang muat-muat je dengan badan Airis, padan sangat. Tak sangka pula Harraz memilih warna biru gelap. Semua berkaitan dengan majlis persandingan ini Harraz selesaikan. Sikit pun Airis tak dibenarkan untuk masuk campur. Katanya ini balasan sebab Airis terpaksa handle majlis kahwin mereka dulu tanpa dia.

"Lawa gila siot. Bapak cantik," ujar Aura tak percaya. Dress yang dipakai Airis sekarang bertemakan rama-rama. Beberapa ekor rama-rama dilekatkan di bahagian kain dress tersebut. Tidak lupa juga di bahagian badan Airis. Di belakang pinggangnya pula, terikat elok raben yang serdehana besar. Nampak simple tapi elegant. Pandai Harraz pilih design.

"Ini confirm tak berkelip mata laki kau tengok kau kejap lagi. Risau bunting pelamin je kau ni nanti Airis"

"Banyak lah kau," laju sahaja Airis memukul bahu Maryam.

"Sudah tu, sini cepat kita pakai tudung. Lepastu boleh tangkap gambar," ujar Kak Haura. Ini kalau dia tak berhentikan awal-awal, risau bergaduh je diorang ni. Dah jadi satu hal nak tenangkan semula. Tapi tak adalah bergaduh sampai tarik muka, diorang selalu berlawan mulut sahaja. Dan semestinya kadar intonasi yang akan dipakai oleh mereka yang paling tinggi sekali. Boleh bergegar bangunan hotel milik Dato' Hussein nanti.

***^_^***

"Kau stay sini tau. Kitorang masuk dulu," arah Aura. Kini mereka bertiga berada di luar dewan utama. Pintu dewan masih lagi tertutup.

"Asal pula aku kena tunggu dekat sini?"

"Kau nanti masuk dengan suami kau. Sebab tu kau kena tunggu dekat sini," terang Maryam. Rasanya malam tadi dia dah bagi tahu Airis perjalanan majlis pada hari ini.

"Aduh, jalan dengan korang jela," Airis dah gelabah. Boleh pengsan dia nanti dekat tengah-tengah dewan tu nanti.

"Jangan nak merepek ekk. Ha tu, Harraz dah sampai," serentak itu Airis pusing ke belakang. Dari jauh dia nampak Harraz berjalan diiringi Rizal dan Irfan.

Nampak makin segak ya Harraz dalam suit lengkap yang sama warna dengannya. Eh kejap, kenapa suit Harraz nampak macam suit yang dia tolong design kan haritu. Bila makin dekat, makin jelas nampak. Betullah, tu suit yang dia tolong design kan haritu.

"Hai Airis. Wow cantik. Pandai kau design ya Harraz," ujar Irfan. Harraz hanya senyum sekilas, matanya masih tak lepas daripada pandang Airis di depannya sekarang.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now