Keadaan Airis makin hari makin baik. Dia juga kerap berjumpa dengan Aidil sekarang selepas mereka bertukar nombor pada perjumpaan mereka buat kali kedua. Kekosongan hati Airis seakan terisis semula dengan kehadiran Aidil.
Hari ni Airis mengajak Aidil untuk pergi ke majlis hari jadi Hanan dan Hanim. Syukur juga bila Aidil bersetuju. Jika tidak, dia tak mahu datang. Bukannya dia tak nak ajak Aura, tapi Aura terpaksa pulang ke kampung disebabkan hal tertentu.
"Assalamualaikum,"
Airis memberi salam saat dia tiba di depan pintu rumah. Tak sampat lima saat Datin Isma' dah tiba dengan senyuman. Tapi senyuman nya makin pudar bila dia nampak Airis tak datang seorang.
"Ummi sihat?" Airis menyalam tangan Datin Isma'. Datin Isma' hanya mengangguk, matanya masih tak lepas memandang ke arah Aidil. Airis yang perasan akan hal itu terus tersenyum.
"Ni kawan Airis masa dekat uni. Nama dia Aidil," Airis kenalkan Aidil pada Datin Isma'.
"Ouh, kawan Airis ke? Ummi ingatkan siapa lah tadi. Eh masuklah," pelawa Datin Isma'. Airis pusing pandang Aidil memberi ruang untuk lelaki itu masuk terlebih dahulu. Tapi Aidil hanya mengangkat tangan sambil bekata,
"Ladies first," bersama dengan senyuman berlagaknya.
"Eleh, gentlemen lah tu," Airis menjeling sambil ketawa kecil sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Datin Isma' tersenyum melihat perbuahan Airis sebelum dia kembali pandang ke arah Aidil. Walaupun hatinya sayu, tapi dia tetap gembira bila nampak senyuman Airis semula. Biarlah ALLAH yang tentukan segalanya.
***^_^***
"Airis, aku nak tanya sikit boleh?"
"Apa dia?"
"Mana suami kau? Aku tak nampak pun," terhenti suapan Airis, badannya kembali mengeras. Nafas ditarik perlahan, bibir cuba mengukir senyuman walaupun pahit.
"Dia outstation," bohong Airis lagi.
"Ouh, tak ada rezeki lah aku nak jumpa dengan laki kau hari ni. Dia memang selalu sibuk eh?" Airis senyum sekilas sebelum mengangguk perlahan.
"Aku ingatkan kau masih marah dekat aku," Airis cuba untuk menukar topik perbualan.
"Kenapa aku nak marah dekat kau?"
Aidil menghirup perlahan air sirap limau yang diambilnya sebentar tadi."Yela, pasal apa yang jadi masa kita tahun akhir diploma dulu,"
Bila diingatkan semula kejadian tersebut, Airis masih berasa bersalah dengan Aidil. Dia tak sepatutnya meninggalkan Aidil sebegitu, Aidil perlukan penerangan yang tepat. Tapi, dia hanya melangkah pergi tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan Aidil.
"Kalau pasal tu, aku rasa tak ada motif kut aku nak marah dekat kau. Semuanya berpunca dari aku sendiri. Aku yang cari masalah, aku lah yang kena tanggung. Aku hormat keputusan kau, dan aku terima dengan hati terbuka. Mungkin jodoh kau dengan aku hanya sekadar kawan dan tak lebih dari tu,"
"Tapi kau lari dari aku. Aku tak pernah jumpa atau terserempak sengan kau masa degree pun. Padahal kita satu uni juga,"
Walaupun Aura dan Maryam banyak kali terserempak dengan Aidil, tapi Airis tak pernah sekali pun nampak bayang-bayang lelaki itu.
"Mana ada aku lari dari kau. Aku cuma tak nak tambah benci kau pada aku bila kau jumpa aku semula. Aku tak nak hubungan antara kau dengan aku jadi makin teruk. Aku selalu je nampak kau Airis, boleh dikatakan hampir setiap hari aku nampak kau. Tipulah kalau aku kata aku tak nak datang tegur kau, tapi macam yang aku cakap. Aku hormat keputusan kau, aku tak serabut kan kepala kau. Lagipun kau dah jadi isteri orang, aku tak nak jadi penyondol pula,"
Aidil ketawa kecil bagi menutup rasa kekecewaannya. Airis cinta pertamanya, Airis ubah segalahnya. Jika dulu dia suka berfoya-foya fan bebas dari segi sosial. Tapi sejak berjumpa dengan Airis, gadis itu sering menegur sikapnya.
Sangkaannya Airis juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Tapi Airis hanya menegur sebagai seorang sahabat sahaja. Tidak sepertinya yang bertepuk sebelah tangan.
"Habis degree kau buat apa?" Airis tukar topik lagi. Dia pun tidak tahu mengapa setiap topiknya akan menyentuh hal-hal yang sensetif pada kedua pihak.
"Aku ikut sorang abang ni. Aku kenal masa degree. Keluarga dia ada buka satu sekolah pondok, dalam masa aku belajar aku juga jadi salah satu tenaga pengajar di sana,"
Luas mata Airis mendengar bicara Aidil.
"Wah, dah jadi ustaz lah ni. Ustaz Aidil?"
"Tak ada lah sampai macam tu. Budak-budak dekat pondok je yang selalu panggil aku ustaz Aidil. Bila dekat luar ni, aku lebih selesa orang kenal aku sebagai Aidil sahaja, Aidil Adha,"
Aidil mengosok belakang lehernya, tak selesa jika dirinya begelar ustaz. Masih banyak ilmu yang perlu dia pelajari, masuk banyak perkara yang perlu dia hadapi untuk begelar sebagai ustaza.
"Kau tak ada jumpa sesiapa yang manarik hati kau ke kat sana? Mana lah tahu aku dapat makan nasi minyak kau," ujar Airis walaupun hatinya terasa sedikit sakit tanpa dia tahu mengapa.
"Aku pergi sana nak cari ilmu Airis, bukannya nak cari isteri,"
"Alah, takkan sorang pun tak ada," Airis menjongketkan keningnya.
"Kalau ada pun, masih awal. Masih lagi dalam proses taaruf, kenal hati budi masing-masing," Aidil senyum kekok. Keningnya digaru perlahan
"Okay lah tu dah ada calon. Aku doakan kau dengan pilihan hati kau tu dipermudahkan segala urusan ya,"
Aidil angguk sebelum telefonnya berbunyi,
"Eh, aku nak angkat call ni kejap,""Bakal isteri call ke?"
"Banyaklah kau. Aku angkat kejap tau,"
Aidil terus melangkah pergi setelah mendapat anggukan dari Airis.
Hilang sahaja kelibat Aidil. Datin Isma' datang menghampiri Airis.
"Ummi suka tengok Airis yang sekarang," ujar Datin Isma' selepas melabuhkan punggung di sebalah Airis. Airis pula hanya tersenyum.
"Ummi minta maaf Airis. Ummi ta-"
"Tak apa ummi, benda dah jadi. Airis tak salahkan ummi pun. Ni semua dugaan buat Airis. Airis cuba terima dengan hati yang ikhlas," Airis menggenggam perlahan tangan Datin Isma'.
"Ummi sayang sangat dekat Airis, Airis kena ingat tu," terjatuh air mata milik Datin Isma'. Laju sahaja Airis mengelapnya semula.
"Tak mau lah nangis ummi. Hari ni kan birthday Hanan dengan Hanim. Sedih diorang tengok ummi menangis nanti," pujuk Airis. Datin Isma' mencebik sedih sebelum dia memeluk erat menatunya itu melepaskan rindu.
"Emm... Sorry ganggu. Tapi Airis, aku kena balik sekarang. Ada hal,"
"Nak balik dah ke? Kejap, aunty suruh Hanan bungkuskan makanan untuk Aidil ya," baru sahaja Datin Isma' nak bangun, Aidil halang.
"Eh tak apa aunty, saya dah makan banyak dah tadi. Kenyang dah ni," Aidil menggosok perutnya.
"Betul ni?"
"Betul aunty," manis senyuman Aidil hadiahkan untuk Datin Isma'.
"Ni kau nak aku hantar ke atau kau balik sendiri?" Aidil pusing pandang Airis.
"Tak apa lah, aku rasa macam nak tidur sini malam ni," tersenyum lebar Datin Isma' mendengar kata-kata Airis.
"Kalau macam tu, aku gerak dulu lah,"
Airis mengangguk begitu juga dengan Datin Isma'
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...