BAB 22

199 5 4
                                    

"Ibu!!!"

Airis terus berlari mendapat Puan Aliya sebaik sahaja dia turun dari kereta. Selepas Harraz balik sahaja dari kerja tengah hari tadi, terus sahaja Harraz suruh Airis kemas barang untuk mereka balik ke kampung. Bukan main teruja lagi Airis, patutlah Harraz balik awal dari biasa.

"Rindunya dekat ibu, dah lima ratus ribu empat puluh juta tiga lima enam ratus ribu juta tahun dah tak jumpa ibu ni..." ujar Airis, dia masih lagi tak melepaskan pelukannya. Malah dia menggoyangkan pula badan Puan Aliya ke kiri dan ke kanan.

"Ish, apa yang mengarut sangat kakak ni. Malu lah sikit dekat Harraz tu, dah jadi isteri orang pun masih lagi dengan perangai dia tu," Puan Aliya menapar perlahan bahu Airis.

"Dah biasa dah ibu dengan perangai dia tu," celah Harraz, dia meletakkan beg pakaiannya dengan Airis di bawah sebelum menyalami tangan Puan Aliya.

"Mana ada, saya behave okay," Airis menjeling Harraz.

"Apa jeling suami akak tu? Tak baik tau," kini Encik Suhaimi pula datang mencelah. Dia lambat menyambut kehadiran anak dan menantunya kerana dia terpaksa melepaskan hajatnya terlebih dahulu.

"Alah, akak jeling manja jela bah," Airis salam tangan Encik Suhaimi diikuti Harraz.

"Abah dengan ibu sihat? Maaflah Harraz dah lama tak bawa Airis balik Harraz busy sikit sekarang dengan hal yang nak kena settle dekat office tu,"

Harraz menggaru belakang kepalanya, rasa bersalah pula bila dah lama dia tak balik berjumpa dengan Encik Suhaimi dan Puan Aliya. Bukannya dah lama, tapi dia tak pernah menjejejakkan lagi kakinya di sini.

"Tak apalah Harraz, ibu dengan abah faham. Lagipun Harraz baru balikkan? Banyak benda nak kena selesaikan. Eh marilah masuk, sembang dekat pintu pula," jemput Puan Aliya.

"Akak, pergi bawa Harraz ni masuk bilik. Biar dia rehat, penat memandu jauh," Airis mengangguk menerima arahan daripada Encik Suhaimi. Kalau Encik Suhaimi dah bagi arahan, memang tiada siapa boleh membantah.

Harraz hanya ikut sahaja langkah Airis dari belakang. Masuk je ke dalam bilik Airis, matanya bergerak melihat ke sekeliling bilik tersebut.

"Maaflah, bilik saya ni tak besar macam bilik awak. Air cond pun tak ada, pakai kipas je. Harap awak selesa lah,"

"Tak apa, lagi sempit lagi aku suka. Makin dekat dengan kau," Harraz melangkah mendekati Airis, di sebabkan bilik Airis ni sempit. Laluan pun boleh seorang je lalu, kalau dua orang terpaksa jadi bengkok sekejap.

Bila langkah Harraz tak berhenti, Airis tolak Harraz sedikit supaya dia boleh lalu melepasi Harraz. Nasibnya malang dan rancangannya gagal bila dia terlalu kalut untuk melangkah membuatkan dia tersepak kakinya sediri di kawasan yang sempit. Sebelum dia badan dia jatuh menyentuk tilam, tanpa sengaja dia tertarik baju Harraz membuatkan Harraz jatuh di atas. Harraz sempat menahan tangannya disisi Airis supaya badannya tak terhempas kuat di atas Airis.

Tergamam Airis, bulat matanya tak berkelip pandang Harraz. Harraz pada awalnya juga terkejut sebelum bibirnya mengukir senyuman nakal.

"Awal lagi ni sayang... Matahari pun tak terbenam lagi, sabar lah sikit. Malam nanti ya," ujar Harraz, senyuman masih kekal di bibirnya. Airis terkelip-kelip mata pandang. Berkerut dahinya cuba memahami kata-kata Harraz sekarang.

Bila sel-sel otak dia berjaya berhubung antara satu sama lain. Cepat-cepat dia tolak Harraz.

"Mana ada! Saya tak cakap apa-apa pun, awak jangan nak gatal sangat ya. Dah tepi!" Airis masih berusaha menolak Harraz tapi Harraz tetap mengeraskan badannya.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now