Sunyi sahaja suasana dalam pejabat Harraz buat masa sekarang. Masing-masing dia tak terkata, Airis dan Ava juga hanya menunduk sahaja sedari tadi, Harraz tidak alih pandangannya daripada Airis sekarang.
Nasib baik dia terfikir nak pergi tengok macam mana hari pertama isterinya bekerja di hotelnya itu. Niat mahu pergi menjenguk di awal pagi tidak kesampaian oleh kerana kepadatan jadualnya pada hari ini. Baru tadi dia bersempaian untuk menjejakkan kaki di bakery itu.
Masuk-masuk sahaja dia dah nampak Ava nak naik tangan dekat isterinya. Nasib baik dia sempat halang, kalau tidak dah terteleng teruk Airis tu jawabnya nanti.
"Why Ava?" Ava mengangkat kepalanya pandang ke arah Harraz.
"Kenapa you nak tampar Airis, apa kesalahan dia sampaikan you nak kena naik tangan dekat dia?" tegas Harraz menyoal membuatkan Ava menelan air liurnya pahit.
"Airis, dia kurang ajar dengan I. Dia tak hormat I sebagai senior dia," Jawapan Ava membuatkan Airis terus angkat kepala pandang Ava di sebelah.
"Airis, ada apa-apa statement untuk bela diri sendiri," Airis alih pula pandangan ke arah Harraz di depannya sekarang ni.
"Saya cuma cakap apa yang betul, pertahankan hak saya. Takkan itu pun tak boleh," balas Airis.
"What? Pertahankan hak you? You tu dah kurang ajar dengan I tahu tak? You kena sedar sikit yang you tu budak praktikal je dekat sini, jangan nak berlagak sangat," Ava menyilangkan tangannya di dada sambil menjeling ke arah Airis.
"Kalau saya budak praktikal sekali pun, saya tak ada hak untuk bersuara ke? Kenapa saya nak terus hormat dekat orang yang langsung tak reti hormat orang lain. Yang acah diri tu terpaling bagus sangat?"
"Eh, you ni kan, bukan main ya menjawab tu. Jangan sampai I bu-"
"Jangan sampai apa Ava?" terdiam Ava bila Harraz menyampuk.
"Saya panggil kamu berdua datang sini untuk selesaikan masalah ni, bukannya saya suruh kamu berdua terus bergaduh dalam bilik saya. And you Ava, jangan sesuka hati nak naikkan tangan dekat anak orang. You ingat you tu siapa senang-senang nak naik tangan? Kalau Airis buat aduan, teruk you kena you tahu tak?" marah Harraz, Ava hanya menunduk sahaja sambil mencebik.
"Dan awak Airis, baru hari pertama kerja dekat sini dah buat hal. Saya ambil awak praktikal dekat tempat saya bukannya nak suruh awak bergaduh dengan pekerja dekat sini. Memang awak ada hak untuk bersuara, saya tak nafikan perkara itu. Tapi cuba lah fikir sikit nak bersuara pun, berapa ramai pelanggan kita tadi? Jangan nak bersifat kebudak-budakkan sangat. Semua jadi saksi pergaduhan awak berdua tau, saya tak nak reputasi hotel dan bakery saya jatuh disebabkan awak. Awak tu pekerja baru saya, cuba tunjuk sikap disiplin awak supaya mudah untuk saya berikan markah nanti,"
Airis cuba untuk tahan air matanya dari mengalir. Kenapa Harraz nak marahkan dia pula, semua ni berpunca daripada Ava. Tapi dia marah Airis lebih teruk daripada dia marahkan Ava. Lagi sakit hati Airis bila dia nampak Ava tersenyum sinis padanya.
"You can go now Ava. And Airis, stay," arah Harraz. Ava mengucapkan terima kasih sebelum keluar dari bilik Harraz bersama dengan senyuman kemenangan.
Hilang sahaja kelibat Ava, Harraz terus bangun mendapatkan Airis.
"Kau okay tak?" Harraz cuba untuk pegang pipi yang hampir menjadi sasaran tamparan Ava sebentar tadi, tapi tangannya ditepis kasar oleh Airis.
"Saya okay, Mr. Irsyad tak payah sibuk nak prihatin sangat. Ada apa-apa denda ke Mr. Irsyad nak bagi dekat saya sebab bersifat kebudak-budakkan tadi? Kalau tak ada apa-apa saya turun dulu, banyak kerja saya nak kena buat," Harraz mengeluh mendengar balasan Airis, tahu lah dia yang Airis sedang marahkan dia sekarang.
"Tak payah lah nak panggil aku Mr. Irsyad, kau dengan aku je ada dalam bilik ni,"
"Maaf lah ya Mr. Irsyad, saya kena tunjuk sikap disiplin saya supaya mudah untuk Mr. Irsyad bagi markah dekat saya nanti," perli Airis lagi.
"Airis..." Harraz tarik Airis untuk duduk di sofa yang terdapat di dalam pejabatnya itu. Pada mulanya Airis mengeras juga, tapi lama-lama Airis ikut juga.
"Aku tak marah kau. Lagipun kau sendiri yang suruh aku rahsiakan hal kita ni kan. Kalau aku backup kau tadi, apa pula Ava tu fikirkan. Jadi aku acah-acah jela marah kau tadi," terang Harraz. Banyak kali juga dia fikir sama ada nak marah Airis ataupun tidak. Tidak sampai hati pula dia nak marah isterinya itu.
"Tapi tak payah lah marah saya depan Ava tu, awak buat saya ni hina sangat tau dekat depan Ava tu. Lagipun semua ni berpunca dari dia. Dia yang mula dulu. Lepastu bila awak marah saya tadi, bukan main happy lagi Ava tu. Saya nampak dia senyum sinis dekat saya," ujar Airis perlahan, tanpa sedar air matanya mengalir laju.
"Lahh, nangis pula. Okay, bagitahu aku apa yang Ava tu buat dekat kau tadi?" Harraz cuba memujuk sambil jarinya mengelap air mata Airis yang mengalir.
"Dah berapa ramai pekerja datang report pasal Ava?"
"Ramai," Harraz sandarkan badannya pada sofa dengan melepaskan keluhan berat.
"Kalau dah ramai kenapa awak tak ambil tindakkan?" geram pula Airis dengan sikap Harraz yang mengambil sambil lewa berkaitan masalah pekerjanya.
"Aku dah ambil banyak tindakkan Airis," Harraz pusing kepala pandang Airis di sebelahnya.
"Tindakkan apa? Gantung dia bekerja untuk seminggu setiap kali ada pekerja yang report pasal dia? Awak tahu tak disebabkan tindakkan awak ni ramai yang berhenti kerja tau walaupun diorang tu jauh lebih layak dari perempuan tu. Kalau pasal ni awak tak risau pula jika reputasi hotel awak ni jatuh," Airis menjeling Harraz sambil berpeluk tubuh.
"Aku tak sampai hati nak buang Ava," nak tergelak Airis dibuatnya.
"What? Tak sampai hati? Seriously Harraz?"
"Aku kenal ayah Ava tu Airis. Dari sekolah menengah lagi, ayah Ava tu pakcik cleaner dekat sekolah aku. Dan Ava tu junior aku. Aku nampak macam mana susahnya ayah Ava cari duit untuk pastikan Ava kekal belajar. Sebab tu aku ambil keputusan untuk ambil Ava bekerja dekat bakery tu. Lagipun selama ni yang selalu datang report dekat aku pasal Ava tu semuanya pekerja baru. Pekerja lama diam je, mungkin awal-awal je kut perangai dia macam tu dengan orang baru,"
Harraz memejamkan matanya, memang tidak dinafikan ramai pekerjanya yang datang mengadu berkaitan dengan kelakuan Ava. Tapi dia cuba untuk pejam mata sebab dia dah janji dengan ayah Ava untuk tolong mereka sekeluarga.
"Dia ambil kesempatan dalam kesempitan lah ni. Ceh, saya tak ambil pun kesempatan walaupun awak tu suami saya. Kalau saya bagitahu dekat dia siapa saya, baru dia tahu betapa panasnya api tu," Airis berdecit tak puas hati. Kalau macam tu, tunggu lah apa dia nak buat dengan Ava nanti
"Kau tu yang jual mahal. Aku okay je kalau nak bagi tahu dekat semua yang kau ni isteri aku. Senang, tak ada lah orang nak buli kau lepasni,"
"Awak jangan nak mengada ya. Saya tak suka ambil kesempatan, biarlah orang tak tahu apa-apa tentang awak dengan saya sampai saya habis praktikal dekat sini," tegas Airis. Harraz ni bukan boleh percaya sangat, buat benda ikut otak dia je.
"Dah lah, saya keluar dulu. Lama-lama dekat sini apa pula pekerja awak cakap nanti," Airis bangun untuk keluar dari bilik Harraz.
"Nanti balik dengan aku," Harraz bergerak ke arah meja kerjanya semula untuk sambung kerja.
"Eh, takpa. Saya balik dengan Aura je. Petang ni dia nak hantar Mar untuk shift malam, alang-alang tu saya tumpang dia je terus," ujar Airis dan terus keluar tanpa menunggu kata-kata putus daripada Harraz yang dah membatu di tempatnya.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...