BAB 46

451 12 0
                                    

Airis melangkah masuk ke dalam bilik kerja Harraz. Dia nampak meja kerja Harraz berselerak dengan pelbagai jenis kertas lakaran. Belum sempat Airis nak berfikir dia teringat yang Harraz pernah beritahunya berkaitan dia ada mengambil kerja kecil bagi membuat lakaran. Teringat perbualannya bersama dengan Harraz ketika itu.

***^_^***

"Abang, kenapa abang sambung belajar architecture kalau akhirnya abang kena uruskan hotel tu?" Airis menyoal sambil tangannya bermain dengan jari jemari Harraz.

"Sebab abang minat. Abang tak kesah kalau tak dapat kerja architecture sekali pun. Janji abang dapat belajar. Lagipun masa tu abang nak tenangkan fikiran abang. Banyak sangat masalah abang masa tu," berkerut dahi Airis mendengar alasan Harraz.

"Biar betul abang ni? Nak hilangkan stress pergi sambung belajar, bidang seni bina pula tu. Lagi sakit otak adalah," tergelak Harraz mendengar kata-kata Airis. Sama je macam Rizal.

"Bila dah minat ni sayang, tak ada yang membebankan. Lagipun abang nak sibukkan otak abang untuk tak fikirkan masalah abang lagi masa tu. Abang masih tiada penyelesaian bagi masalah abang, jadi abang tenangkan diri abang dulu,"

"Abang memamg macam ni ya, kalau ada masalah abang akan sibukkan diri abang supaya abang tak payah fikirkan masalah tu?" Airis meneka.

"Ya, pandai isteri abang ni," Harraz mencubit lembut hidung Airis.

"Ish, abang ni. Habis lah kemek hidung Airis, nanti dah tak mancung dah," Airis mencebik membuatkan Harraz ketawa.

"Kemek macam mana pun, abang tetap sayang isteri kesayangan abang ni. Abang punya Mariposa," ujar Harraz sebelum dia mencium dahi Airis.

***^_^***

Airis tersenyum memandang ke arah gelang yang ada di tangannya sekarang ini. Sudah lama batu itu tidak menyala dan tidak bergetar menandakan orang di sana tidak merindukannya.

Melihat pada keselerakkan meja Harraz, Airis tahu Harraz tengah sibuk. Atau dia sengaja buat-buat sibuk. Harraz ada masalah ke? Airis mengalih pandangan ke arah jam, tepat jam 11 malam dan Harraz masih belum balik. Nampaknya dia tidur sorang lagi malam ni. Airis mengemas meja Harraz sebelum dia masuk tidur.

***^_^***

"Sayang!"

Tersedar Airis daripada tidur bila dengar jeritan Harraz. Jam dimeja dilihat, pukul lima pagi. Airis gagahkan juga bangun dan bergerak ke Harraz bila sekali lagi dirinya di seru.

"Kenapa abang?" soal Airis bila dia sampai di bilik kerja Harraz. Nampaknya Harraz baru sahaja balik bila baju kemaja masih lagi tersarung di badan Harraz.

"Sayang kemas meja abang ke?" Muka Harraz kelihatan serabut sekarang. Rambutnya dah tak terurus.

"Haah, Airis kemas tadi, kenapa?"

"Mana sayang letak file abang?"

"File yang mana satu?"

"Ish, yang warna hitam tula, yang mana lagi!" kuat suara Harraz tika in. Terpejam mata Airis dibuatnya.

"Tak payah lah nak jerit pagi-pagi buta ni. Airis simpan semua file abang yang dekat atas meja ni dekat rak tu. Tengok lah kalau ada dekat situ," Airis menunjukkan rak yang terdapat di belakang Harraz.

"Abang dah cari tadi, tak ada,"

"Lah mana lah Airis tahu. Airis letak situ je semuanya," balas Airis. Dia tak ada pula alihkan file Harraz ke tempat yang lain. Memang dekat situ je dia susun tadi.

"Arghh, menyusahkan betul lah," Harraz mangambil kunci keretanya dan terus keluar dari rumah. Sekali lagi meninggalkan Airis yang sedang sedaya upaya menahan air matanya daripada jatuh.

Kereta Harraz dipandu laju ke arah hotelnya semula. Fikirannya cukup serabut sekarang. Lepas satu-satu masalah yang datang, Harraz tak dapat kawal emosinya.

Harraz menghempaskan badannya di atas kerusi. Dia mengurut keningnya bagi menghilangkan sakit kepalanya tika ini. Perkara yang berlaku beberapa hari lepas masih segar diingatannya.

***^_^***


Terkejut Harraz bila dia kembali bertembung dengan Qayla. Namun kali ni dia tak sapat larikan diri lagi.

"Apa khabar?" soal Qayla. Harraz sedikit pun tidak membalas.

"I tak sangka hubungan you dengan isteri you kuat juga ya," mendengarkan hal itu, Harraz mencerlung tajam ke arah Qayla.

"Kau dalang semua ni kan?"

"You tak boleh nak tuduh I, you tak ada bukti Harraz. Lagipun, apa yang jadi semua tu atas diri you sendiri. You sedar dengan apa yang you buat. I datang ni bukannya nak cari gaduh dengan you. Tapi I nak you bertanggungjawab, bertanggungjawab dengan kandungan I sekarang?"

Terhenti degupan jantung Harraz dibuatnya. Apa maksud Qayla?

"Apa yang kau merepek ni Qayla?"

Qayla menghempaskan satu keping sampul surat pada Harraz. Tanpa berkata apa, Harraz segera membuka sampul tersebut bagi melihat isi dalamnya. Hampir pitam Harraz bila dia nampak gambar dirinya bersama Qayla di atas katil tanpa seurat benang.

"You bapak pada anak yang I kandungkan sekarang Harraz," ujar Qayla. Harraz menggeleng. Tak, dia tak buat semua ni.

"Kau tipu aku kan. Kau saja nak kena kan aku kan?"

"Tak cukup ke semua bukti yang I bagi dekat you Harraz? Bertanggungjawab atas apa yang you dah buat Harraz, susah ke?" air mata Qayla sudah mengalir laju.

"Tak aku tak akan, sebab ni bukan anak aku. Tunggu sampai aku jumpa semua bukti Qayla," Harraz bangun untuk pergi. Tapi kata-kata Qayla mematikan langkahnya sekali lagi.

"I bagi masa you sampai bulan depan je Harraz. Kalau tak gambar ni sampai dekat isteri you,"

***^_^***

"Arghh!" runsing Harraz memikirkan masalahnya yang satu itu. Disebabkan itu dia sibukkan dirinya sekarang dengan mengambil apa sahaja tawaran yang memerlukan khidmat lukisan pelan.

Dalam pada dia memicit kepalanya, matanya jatuh pada satu file yang terletak elok di satu rak. File yang dia cari dirumah, yang membuatkan dia mengamuk dekat Airis tadi.

"ALLAH..."

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now