BAB 31

486 15 0
                                    

Airis hanya merenung sahaja gelang yang elok terletak di pergelangan tangannya sekarang. Setiap setengah jam, pasti gelang itu akan bergegar menandakan orang disana rindu. Tapi satu pun Airis tak balas sebab dia hanya meletakkan gelang itu dalam poket seluarnya.

Selaku seseoang yang mengendalikan makanan, memang diharamkan untuk memakai apa-apa jenis alat hiasan termasuk cincin kahwin sekali. Semua alat perhiasan perlulah dicabut dahalu semasa mengendalikan makanan.

Kini Airis berada di bilik rehat, barulah dia boleh tatap gelang tu. Mengikut perkiraan, sebentar lagi gelang tersebut akan bergegar. Dan tekaan Airis tepat apabila terdapat cahaya yang keluar daripada corak batu itu dan juga sedikit getaran kecil. Airis tersenyum kecil sebelum dia menekan batu itu semula.

"Amboi happy nya dia. Dapat hadiah dari boyfriend ke tu?" soal Emma, dia baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik rehat itu dan dia juga perasan yang Airis tersenyum sendiri. Langsung tak perasan akan kehadirannya.

"Tak ada lah, Emma nak rehat pula ke? Kalau macam tu, Airis pergi sambung buat kerja," baru sahaja Airis nak bangun, Emma dah halang.

"Eh, tak apa. Bukannya ada customer pun. Lagipun kejap lagi kita nak closing dah, semua dekat luar tu pun duduk je tak buat apa," Emma mengambil tempa di sebelah Airis.

"Airis, tu siapa bagi? Boyfriend ke?"

"Tak lah, ni suami Airis yang bagi," mahu terkeluar biji mata Emma dibuatnya. Rahang dia juga bukan main luas lagi terbuka.

"Airis dah kahwin ke?" soalnya tak sangka. Airis sudah agak akan reaksi Emma, dia tersenyum dan mengangguk.

"Kenapa Emma tak tahu? Kenapa Airis tak bagi tahu Emma?" soal Emma tak puas hati, selama ini dia ingatkan rakan kerja dia ni masih lagi single sepertinya.

"Dah lama dah Airis kahwin, sebelum kerja dekat sini lagi. Emma tak pernah tanya Airis pun, jangan nak salahkan Airis pula ya," Airis menyimpan semula gelang itu di dalam poketnya.

"Suami Airis kerja apa?"

"Dia kerja jaga bangunan-bangunan, jaga bilik. Ha, macam tu lah," ujar Airis. Emma seakan berfikir kejap sebelum dia kembali pandang ke arah Airis.

"Maksud Airis suami Airis tu kerja security ke?" Airis hanya diam dan senyum, tak angguk dan tak geleng.

"Emma, Airis nak tanya sikit boleh? Emma dah lama kerja dekat sini kan?" Airis menyoal bagi menukar topik perbualan mereka.

"Haah, Emma dah lama kerja dekat sini.
Kenapa?"

"Mesti Emma dah kenal sangat dengan Mr. Irsyad tu kan?" Emma angguk mengiakan soalan Airis. Hampir enam tahun lebih dah dia berkerja di sini. Dari lepasan SPM lagi Emma dah mula bekerja di bakery ini. Dan alhamdulillah dia bertahan sampai sekarang.

"Dia dah kahwin ke belum?" hati-hati sahaja Airis menyoal.

"Kenapa? Airis nak try Mr. Irsyad ke?" laju Airis menggeleng.

"Tak lah, Airis dah kahwin lah Emma,"

"Eh, Emma lupa," Emma menggaru kepala bersama senyuman bersalah.

"So? Dah kahwin ke belum?"

"Emma tak pasti sangat lah pasal hal ni. Kalau dulu Mr. Irsyad tu pernah tunang dan banyak kali juga tunang dia datang sini. Tapi katanya dah putus sebelum Mr. Irsyad sambung belajar. And Emma ada dengar juga desas desus mengatakan sekarang Mr. Irsyad tu dah kahwin. Tapi tak tahu lah dengan tunang dia yang dulu ataupun dengan orang lain," terang Emma. Airis mengangguk faham.

"Siapa nama tunang Mr. Irsyad?"

"Err... tak silap Emma, Qay-"

"Emma, Airis. Jom, kita nak closing dah ni," sampuk Kak Yani. Tak sempat Emma nak habiskan kata-katanya. Tak nak lambat-lambat, Airis dan Emma terus bangun dan buat persiapan untuk closing.

***^_^***

Senyap sahaja keadaan dalam kereta sekarang ni. Jam dah menunjukkan pukul satu pagi, Harraz pun dah berapa kali menguap. Risau juga Airis, nak ajak berborak tak tahu nak buka topik apa. Lama dia fikir sebelum sesuatu terlintas dekat fikiran dia.

"Awak," panggil Airis.

"Hmm..." itu sahaja yang Harraz balas, dia memang dah mengantuk sangat ni.

"Saya nak tanya something boleh tak?" berhati-hati Airis menyoal.

"Apa dia?" Harraz memandang sekilas ke arah Airis.

Airis masih berkira-kira nak tanya ataupun tidak. Dia takut kalau soalan ini sensetif buat Harraz. Buatnya Harraz tiba-tiba mengamuk macam mana?

"Kau nak tanya apa Airis?" soalan Harraz membuatkan Airis kembali ke dunia nyata.

"Err... awak rindu Qay tak?"

Terhenti terus kereta Harraz dibuatnya. Nasib baiklah tak banyak kenderaan dekat tengah jalan pagi-pagi ni. Dah nasib baik Airis pakai seat belt, kalau tak dahi dia dah selamat benjol rasanya.

Laju Harraz pusing pandang Airis dengan pandangan tajam. Airis pula dah terlebih dahulu menunduk. Hampir lima minit mereka berkeadaan begitu sebelum Harraz kembali memandu. Hilang segala kantuknya sebentar tadi.

"Harraz, awak tak jawab lagi soalan saya,"
"Aku mengantuk ni Airis. Nanti-nanti lah kita borak pasal hal ni," balas Harraz, keretanya makin laju dibawa sekarang.

"Awak masih rindu dia ke? Masih ter-"

"Sudah Airis. Tolonglah jangan paksa aku," Harrraz mengeluh berat, suara masih lagi ditahan. Terus Airis menundukkan kepalanya. Dan keadaan kembali diam semula. Kedua-duanya melayani perasaannya.
Entah mengapa, hati Airis kuat mengatakan yang Harraz masih rindukan Qay, tunangnya...

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now