BAB 13

219 13 1
                                    

Harraz hanya memerhati sahaja Airis yang sedang sibuk membasuh pinggan itu dari belakang. Tak sangka pula Airis berjaya kenakan dia. Bukan main lagi ya isterinya itu tadi semasa makan. Layan Harraz macam tuan raja, semua makanan Airis tolong cedokkan untuknya. Siap offer nak suap lagi. Nakal betul. Dia kena balas balik ni.

Perlahan-lahan Harraz berjalan ke arah Airis, sedaya upaya dia cuba tak nak bagi Airis perasan. Airis yang sedang leka membasuh pinggan terakhir langsung tidak perasan akan kehadiran Harraz. Dia masih memikirkan muka Harraz ketika dia kenakan Harraz sebentar tadi. Ikutkan hati, nak je dia lepaskan ketawanya masa makan tadi, nasib baiklah ada walid dengan ummi.

Airis menggelengkan kepala sambil menutup pili air. Pinggan tadi dipegang untuk disimpan ditempatnya. Pusing sahaja badan, mahu tercabut jantung Airis bila dia nampak Harraz yang berada di belakangnya bersama kedua-dua belah tangan diangkat. Dan tak pasal-pasal pinggan kaca tebal di tangan Airis dihempuk atas dahi Harraz.

"Aduh!" jerit Harraz seraya memegang dahi nya. Airis apa lagi, gelabah habis, risau bocor je kepala suaminya itu.

"Eh, awak. Alamak, sorry saya tak sengaja. Yang awak duduk dekat belakang saya tu dah kenapa?" Sakit ke?" Airis menggeleng, soalan apa lah yang dia tanya. Sakit ke? Tak nampak ke muka Si Harraz tu dah merah.

"Benjol dahi aku," ujar Harraz, masih lagi menahan sakit. Bukan main kuat lagi Airis memukul dahinya, kalau hilang kehenseman dia nanti. Siap Airis dia kerjakan.

"Dah awak pergi duduk belakang saya macam nak mencuri dah kenapa? Ni mesti ada niat tak elok ni,"

"Kau jangan banyak cakap boleh tak? Aku sakit ni, pergi ambil ais letak dalam kain. Cepat," aduh Si Airis ni. Orang tengah sakit, boleh pula dia nak membebel. Dengar sahaja arahan dari Harraz, Airis terus membawa kakinya ke peti air. Beberapa ketul ais di ambil dan terus sahaja dia letak dekat atas kain, memang dia dah tak perasan yang dia tengah guna kain lap meja.

"Nah awak," Harraz tidak menyambut, malas dia hulurkan dahinya pada Airis. Terus sahaja Airis lekapkan kain yang berisi ais itu dia dahi Harraz.

"Aduh, pelan-pelan lah. Kau ni, nak bagi aku benjol lagi satu ke?"

"Hehe, sorry sorry," kini perlahan-lahan sahaja Airis tuam ais itu di dahi Harraz. Disebabkan ketinggian Harraz itu macam tiang lampu, Airis terpaksa menjengketkan kaki. Harraz yang perasaan akan hal itu, terus mengangkat Airis dan diletakkan dia atas kabinet dapur. Airis pula sudah tergamam bila Harraz mendekatkan lagi mukanya pada Airis.

"Cepat tuam. Bengkak dahi aku, siap kau," Airis menelan air liur sebelum sambung tuam. Dia memang dah tak boleh nak fokus bila Harraz duk tenung sahaja mukanya. Lama mereka berkeadaan begitu sampailah...

"Nah, awak sambunglah tuam sendiri. Saya nak naik solat zohor," Airis menyerahkan kain tersebut pada Harraz.

"Ouh, dah buat salah nak lepaskan diri pula?"

"Mana ada, dah lambat ni. Nanti zohor habis, awak pun belum solat lagi kan," Airis menolak badan Harraz dan terus sahaja terjun turun dari kabinet. Kain yang dari tadi dihulurkan pada Harraz akhirnya di sambut. Langkah dibuka untuk naik ke atas.

"Airis," terhenti langkah Airis bila namanya diseru, dia pusing pandang Harraz yang sedang memandang ke arak kain ditangannya.

"Kenapa kain ni berminyak?" soal Harraz. Terus sahaja Airis pandang ke arah kain yang sepatutnya ada dekat atas meja tetapi sekarang dah hilang. Harraz juga mengalihkan pandangan pada tempat yang sama.

Glup! Alamak!

"Erkk, sorry awak, saya tersalah ambil kain," ujar Airis sebelum dia terus berlari naik ke tingkat atas.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now