"Besar juga ya tasik ni? Ni tasik siapa ni?" Harraz meletakkan baldi ke tanah. Sambil bercekak pinggang, dia menghalakan pandangan ke seluruh tasik tersebut.
"Dulu ni tasik milik Pakcik Halim hujung kampung tu, abang kenal?"
Harraz menggeleng bersama kerutan di dahi. Apa punya soalan yang Ariq ni tanya, mana lah dia pernah kenal siapa Pakcik Halim tu. Dia bukannya orang sini.
"Alaa, Pakcik Halim yang ada dua orang anak dara lawa tu. Haih abang ni, itu pun tak tahu. Ha, tasik ni Pakcik Halim punyalah,"
"Ouhh," Harraz mengagguk.
"Tak payah nak percaya cakap budak tak betul tu awak. Mana ada Pakcik Halimnya, entah siapa punya pakcik dia bedal. Tasik ni arwah atuk yang punya, tapi sekarang ni memang ramai yang datang memancing dekat sini. Dah jadi macam tempat awam dah," Airis menyelit, dia baru sahaja sampai. Dia lambat sebab nak pakai krim pelindung matahari. Ariq dah tak sabar dah nak pergi, itu yang dia suruh Harraz gerak dulu.
Walaupun Harraz berkeras tak mahu sebab dia nak berjalan sekali dengan Airis. Tapi Airis tetap paksa, malas nak dengan Si Ariq itu bising.
"Alah kak. Mana akak tahu, akak bukannya selalu ada dekat kampung,"
"Akak lahir dulu dari adik tau!" laju Airis membalas dan dia menjeling Ariq dengan jelingan paling tajam.
"Fine!" Ariq menghentakkan kakinya dan terus berjalan ke arah lain meninggal Airis dan Harraz berdua di situ. Masam mencuka mukanya saat meletakkan umpan di mata kail.
"Mengada," Airis mencebik.
"Kau ni pun, dengan adik sendiri pun tak nak mengalah,"
"Bukannya tak nak mengalah, ini dah sampai kes menipu. Takkan saya nak mengalah lagi,"
Dan Airis menjeling Harraz pula. Boleh ke patut Harraz suruh dia mengalah. Ariq tu dah tipu dia hidup-hidup."Aii, aku pula yang kena marah,"
"Padan muka,"
Harraz menggeleng perlahan, dia mula meletakkan umpan cacing yang dicari Ariq pagi tadi pada mata kailnya. Airis di tepi hanya jadi pemerhati. Setelah dia meletakkan umpan, dia mula melontarkan ke dalam tasik.
"Mana awak belajar memancing?" soal Airis memecahkan kesunyian. Ariq dah lama menghilang di balik semak belah sana.
"Dulu walid selalu bawa pergi memancing. Aku dengan along selalu berlawan siapa dapat ikan paling banyak. Ada masa tu semua ikut sekali. Kitorang memancing sambil berkelah, ummi masak dari rumah," cerita Harraz, teringat kenangannay ketika kecil. Sekarang, masing-masing dah sibuk. Susah nak luangkan masa sama-sama macam dulu.
"Seronoknya, kitorang dulu pun selalu juga berkelah dekat sini. Kalau awak nak tahu, dulu kawasan yang dekat hujung sana tu bersih, tak semak macam sekarang. Lepastu ada satu pokok manggis yang besar, atuk ada buat pangkin kat bawah pokok tu dulu. Tapi sekarang dah roboh, dan kawasan tu makin semak sebab taka da orang jaga," giliran Airis pula berkongsi cerita. Terbayang-bayang persekitaran yang dulu bersih dah tenang.
"Kenapa tak ada orang jaga?"
"Entah lah. Abah sibuk, along dengan angah pun sama. Dua-dua dah bekerja dekat bandar. Dah tak ada orang nak tolong jaga tasik ni,"
"Kenapa tak ambil pekerja untuk bersihkan?" soal Harraz lagi. Airis tidak membalas, dia hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu.
Keadaan menjadi senyap semula. Kedua-dua mereka menunggu umpan untuk dimakan mangsa. Hampir setengah jam, masih tiada khabar.
"Akak! Abang Harraz!" Ariq menjerir sebelum Harraz dan Airis nampak Ariq berjalan ke arah mereka.
"Kenapa?"
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...