BAB 41

175 4 0
                                    

"Aura, aku penat," Airis bersuara lemah dalam pelukan Aura. Mukanya kini pucat seperti tiada setitik darah pun yang terkumpul di mukanya. Dia baru sahaja berhenti meracau teruk selepas diubat oleh Hatin

"ALLAH ada dengan kita Airis, ALLAH ada," itu sahaja yang Aura mampu katakan sekarang. Kuat dia peluk Airis yang terbaring lemah di lantai itu.

"Aku rindu anak aku," terpejam mata Aura seketika. Dia menarik nafas dalam, cuba mencari kekuatan yang dia boleh salurkan kepada Airis.

"Kalau kau rindu anak kau, kalau kau sayang anak kau. Kau kena cepat-cepat sihat tau Airis. Kalau kau sakit macam ni, kesian dekat anak kau. Menangis dia tengok mama dia macam ni," Aura memujuk.

"Cepat sihat? Aku sakit apa Aura? Apa yang dah jadi dekat aku Aura? Kenapa aku rasa macam semua ni mimpi? Mimpi ngeri yang aku cuba untuk elak. Tolong aku Aura, kejut aku dari mimpi ngeri ni. Aku tak larat Aura, sakit..." tangis Airis dalam pelukan Aura.

Puan Aliya yang sedari tadi berdiri di pintu bilik air melangkah ke arah anaknya itu. Dia perlu siapakan tempat untuk Airis mandi.

"Airis sayang, kita mandi dulu jom," ujar Puan Aliya. Dia mengelus lembut kepala anaknya itu.

"Ibu..."

"Ya sayang,"

"Mana Harraz?" terdiam Puan Aliya dan Aura dibuatnya.

"Harraz dah benci akak ke ibu?" Puan Aliya menarik nafas dalam.

"Tak sayang, jangan cakap macam tu. Dah, kita mandi dulu. Mari," Puan Aliya membantu Aura mengangkat Airis, begitu juga dengan Hatin. Airis perlu mandi air bancuhan dengan daun bidara hampir setiap hari.

***^_^***

Aura dan Irfan melangkah keluar dari kedai runcit. Mereka keluar mencari ubat panadol untuk Airis. Badan Airis yang lemah membuatkan Airis demam. Baru sahaja Aura nak masukkan badannya ke dalam, langkahnya itu terhenti.

"Irfan," panggil Aura membuatkan langkah Irfan juga terbantut.

"Kenapa?" soal Irfan.

"Tu bukan Harraz ke?" Aura menunjuk ke arah seseorang yang sedang berjalan ke arah keretanya.

"Haah lah. Eh cepat masuk kereta, kita kejar dia," laju Aura melolos masuk ke dalam perut kereta. Tanpa banyak cakap, Irfan terus mengikuti kereta Harraz sehinggalah kereta itu masuk ke dalam perkarangan sebuah rumah. Irfan memakirkan keretanya sedikit jauh daripada kawasan rumah tersebut.

"Kita nak buat apa ni Irfan?" soal Aura.

"Emmm... okay macam ni. Kita culik Harraz," terjatuh rahang Aura mendengar idea terpaling Irfan itu.

"Awak ni agaklah nak culik dia pun," Aura menggeleng tak setuju.

"Habis tu awak ada idea lain?" selepas Irfan bertanyakan soalan itu, Aura berhenti menggeleng. Dia tiada idea yang boleh diketengahkan sekarang ni.

"Awak ikut je arahan saya. Menjadi punya,"

Lama Aura berfikir sebelum dia mengangguk setuju. Dia dah tak ada pilihan lain. Melihat anggukkan dan persetujuan daripada Aura, terus sahaja Irfan keluar dari keretanya diikuti Aura. Irfan melangkah ke bahagian belakang keretanya, bonet belakang dibuka dan satu pemukul besbol besi dikeluar. Berkerut dahi Aura.

"Macam mana pemukul besbol tu boleh ada dalam kereta saya?" Aura berbisik. Hairan pula entah macam mana benda alah tu boleh ada dalam kereta dia. Iya, mereka naik kereta Aura memandangkan kedua-duanya dari rumah Aura. Irfan pula datang bersama Rizal pagi tadi membuatkan dia tidak membawa keretanya bersama.

"Saya yang letak. You need protection girl!" Irfan membalas, juga dalam keadaan berbisisk.

"Bila masa awak letak?"

"Masa saya hantar kereta awak ke bengkel haritu lah," Aura berfikir sekejap, dah lama kejadian tu berlaku. Semasa hari persandingan Airis dan Harraz lagi. Macam mana lah dia boleh tak terperasan.

"Sudahlah, mari kita gerak sekarang,"

"Eh kejap," tahan Aura. Irfan mengangkat sebelah keningnya.

"Kenapa kita berbisik?" kini suara Aura kembali seperti biasa tapi dalam intonasi yang perlahan.

"Manalah saya tahu, dah awak berbisik. Saya pun bisik lah sekali," Aura menjeling Irfan, salah dia pula.

"Dah cepat, jom," mereka terus melangkah ke kawasan rumah Harraz sekarang. Irfan membuat gaya seperti menyuruh Aura mengetuk pintu sementara dia tunggu di tepi. Aura menarik nafas sebelum.

TOK! TOK! TOK!

Tak sampai seminit, dia dengar seperti orang membuka pintu dan tak sampai sesaat Harraz muncul di depan Aura.

"Ya, kenapa? Cari siapa?" soal Harraz bersama muka bengisnya. Aura menelan air liur. Memang Harraz nampak lain, dia langsung tak kenal Aura.

"Err... Kereta saya rosak kat tepi jalan tu. Encik boleh tolong tak?" pancing Aura. Harraz menjengok ke luar sedikit.

"Aku sibuk, minta tolong orang lain,"

Baru sahaja Harraz nak menutup pintu rumahnya semula, Aura cepat-ceoat menahan.

"Eh, tolong lah encik. Saya ada anak kecil, kesianlah anak saya tu," Aura sedaya upaya menunjukkan muka sedihnya berharap Harraz akan tertipu. Harraz melepaskan keluhan berat.

"Yela cepat,"

"Ha, sini encik,"

Elok sahaja Harraz keluar, Irfan yang bersembunyi di sebelik tiang itu berjalan terjengket-jengket bersama pemukul besbol diangkat tinggi.

"Sorry Harraz!"

BUK!

Pemukul besbol tu selamat mendarat di belakang tengkuk Harraz menyebabkan Harraz jatuh pengsan.

"Awak bunuh dia ke Irfan?" bulat mata Aura menyoal.

"Mana ada, gila ke saya nak bunuh Harraz. Cepat, tolong saya angkat dia bawa masuk kereta. Kalau dia dah bangun nanti bahaya,"

Walaupun Irfan meminta tolong Aura, namun dia sorang je yang mengangkat Harraz. Aura hanya memegang pemukul besbol. Masukkan sahaja Harraz ke dalam kereta, Irfan menyuruh Aura membawa kereta sementara dai mengikat tangan dan kaki Harraz.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now