Entah macam mana lah dia dan Aura terpisah harini. Diorang kena melawat dua tempat yang berbeza pada waktu yang sama. Tak pasal-pasal kena berpisah. Airis mengetuk-ngetuk buku nota yang ada di tangannya sementara menungu masa untuk melintas jalan. Dah lah jalan ni tak ada lampu isyrat. Kena pandai-pandai sendiri.
Kiri kanan dipandang sekali lagi bagi meyakinkan yang jalan itu dah kosong. Baru satu Langkah kakinya mencecah jalan raya,
PIN!Terkejut Airis, nasib sahaja ada yang menariknya naik ke bahu jalan. Airis pusing untuk ucapkan terima kasih pada orang itu.
"Thank y-"
Terhenti nafas Airis bila nampak gerangan yang berdiri di hadapannya sekarang. Rasa seperti déjà vu pula.
"Lain kali nak melintas tu pandang lah kiri kanan sayang. Kalau kena langar tadi, mati katak je kat situ," ujar Harraz. Airis yang masih terkejut cuba sedaya upaya untuk berlagak tenang. Dia pusing semula ke depan untuk sambung melangkah, tapi sekali lagi lengannya ditarik.
"Sabar sayang, ada kereta tu. Haishh, budak ni,"
Kini baru Harraz menarik Airis melintasi jalan. Sampai sahaja di seberang terus Airis tarik tangannya semula.
"Amboi garang nya. Cakap lah terima kasih,"
"Tak ikhlas tak payah tolong." Airis terus melangkah meninggalkan Harraz. Harraz pula tersenyum sebelum dia mengejar langkah Airis.
"Okay, kalau sayang tak nak cakap terima kasih, sayang kena kiss abang,"
Airis langsung tak layankan Harraz sekarang. Makin laju langkahnya.
"Sayang, dengar tak apa abang cakap ni?" Harraz menghalang langkah Airis menyebabkan langkahnya terbantut.
"Awak ni kenapa? Awak buat apa dekat sini Harraz? Macam mana awak boleh tahu yang saya ada dekat sini? Balik lah Harraz, saya tak nak tengok muka awak lagi, tolonglah,"
Airis terus menolak Harraz ke tepi sebelum dia sambung melangkah.
***^_^***
Airis melangkah keluar dari kedai itu diiringin oleh pekerja di kedai itu. Selesai satu temu bualnya. Masih berbaki tiga tempat lagi. Airis membuka buku notanya untuk melihat kedai yang perlu disinggahnya nanti. Nampaknya semua tempat berada berdekatan.
Tiba-tiba Airis teringat sesuatu. Kepala dihalakan ke kiri dan ke kanan mencari seseorang. Bila orang yang dicari tidak kelihatan dia mengeluh perlahan, entah mengapa berasa kecewa pula.
Kaki dibawa cuba untuk melangkah, baru beberapa langkah. Ada langkah yang menyamai langkah di sebelahnya. Kepala diangkat dan ditolehkan ke sebelah.
"Sayang cari abang ke tadi? Abang ke kedai sebelah kejap, belikan ni untuk sayang," sejambak bunga ros putih diserahkan kepada Airis. Tapi Airis tidak menyambutnya malah menjeling lagi adalah. Harraz ni buat seperti tiada apa yang pernah berlaku antara mereka.
"Lepas ni sayang nak ke mana pula?"
"Bukannya masalah awak pun."
Balas Airis acuh tak acuh. Harraz mengangguk bersama senyuman, Airis begitu marah padanya."Abang ikut ya,"
"Saya tengah buat kerja Harraz, bukannya jalan-jalan. Awak jangan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku antara kita ya. Awak dah buang, tak payah sibuk nak ambil balik,"
Ujar Airis sebelum terus sahaja melangkah laju. Dia ingatkan kali ini Harraz akan berhenti mengejarnya, tapi Harraz tetap ikut langkahnya.
"Memang dah tak ada peluang kedua ke buat abang?" soal Harraz sayu. Dia mengharapkan peluang kedua itu diberikan padanya. Dia memerlukan peluang kedua itu.
Airis diam tidak membalas, dia hanya kekal melangkah tanpa hiraukan Harraz yang ikutnya sedari tadi. Sedar tak sedar, satu hari Harraz mengikutnya. Tak pasal-pasal dia kena bawa Harraz untuk bertemu bual sekali. Dah macam bawa anak pula.
Airis keluar dari kedai yang terakhir dan pusing menghadap Harraz.
"Boleh tak kalau awak jangan ganggu saya lagi?" ujar Airis.
"No, abang akan ikut sayang sampai sayang terima abang semula. Lagipun dekat sini bahaya sayang untuk jalan sorang-sorang. Nanti kalau ada yang nak mengorat sayang macam mana?"
Takut Harraz fikirkan perkara itu. Mahu dibelasah mamat tu nanti.
"Biarlah, ada rezeki saya kahwin dengan orang sini. Senang, boleh duduk dekat sini," balasan Airis membuatkan Harraz mencerlung tajam ke arahnya.
"Mariposa.... Sayang tu masih isteri abang ya, jangan cakap macam tu,"
"Sekarang mungkin, tapi nanti tak,"
"Apa maksud sayang nanti?"
"Bulan depan saya balik Malaysia, kita bicangkan hal perceraian kita. Lagi cepat lagi bagus," tenang sahaja Airis menjawab, tiada riak sedih pun di wajahnya sekarang
.
"Apa sayang cakap ni? Abang tak suka lah."
Nafas Harraz dah tak teratur."Awak suka atau tak suka, ia tetap akan berlaku. Saya pernah cakap dekat awak sebelum ni, yang saya tak kesah kalau awak nak gantung saya tak bertali sekalipun. Kalau awak tekad dengan perkara tu, saya pun tekad nak mina cerai dari awak. Tapi kenapa sekarang awak macam menjilat semula semua ludahan awak sebelum ni?" sini Airis menyoal.
Harraz geleng kepala, nafasnya ditarik. Dia dah tak tenteram sekarang."Bagi abang peluang sayang, tolong. Biar abang perbaiki semuanya. Bagi abang buktikan janji-janji abang yang dulu, tolong sayang," Harraz merayu pada Airis.
Lama Airis pandang muka Harraz yang betul-betul menginginkan peluang kedua darinya,"Cuba lah buktikan selagi masa masih ada,"
***^_^***
Airis melepaskan keluhan apabila punggungnya dilabuhkan dia atas sofa. Penat dengan apa yang berlaku hari ini. Pertemuan yang tidak disengajakan antara dia dengan Harraz membuatkan fikirannya bertambah serabut.
"Amboi, penat nampak. Aku rasa tempat aku lagi banyak dari kau," Aura yang baru keluar dari dapur sambil membawa cawan berjalan ke arah Airis. Dia duduk disamping Airis.
"Harraz ada dekat sini,""What?" Aura buat-buat terkejut padahal dia dah tahu akan hal itu. Dia juga yang beritahu Harraz keberadaan Airis pada pagi tadi.
"Dia minta peluang kedua."
"Kau bagi ke tak?"
Airis mengeluh, itulah yang difikirkan dari tadi. Dia takut untuk disakiti sekali lagi, dia takut yang dia akan dihina sekali lagi.
"Macam ni lah Airis, kalau kau rasa kau sayang lagi dekat dia. Kau tak nak hilang dia, dan kau nak dia perbaiki semuanya. Kau bagi dia peluang kedua, tapi kalau dia sia-siakan lagi peluang ni. Keputusan semua dekat tangan kau. Apa kata kau buat solat sunat, minta petunjuk dari ALLAH,"
Airis senyum menerima nasihat daripada Aura. Apa yang diakatakan Aura itu ada betulnya. Yang penting sekarang adalah petunjuk dari ALLAH.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...