BAB 7

212 9 4
                                    

"Kau dah siap ke belum ni Airis? Cepat lah sikit, semua orang dah tunggu dah tu," buat kali keberapa pun Airis tak tahu lah, asyik ayat tu je yang keluar dari mulut Aura.

Sengaja je budak tu nak buat dia rasa gementar. Macam lah dia tak tahu yang semua orang dekat luar tu masih lagi sibuk dengan hal yang lain. Puan Aliya ada bagi tahu dia malam tadi yang akad dijalankan pada waktu petang memandangkan perbezaan waktu antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Jadinya akad akan berlangsung sekitar jam tiga petang, dan pada masa itu di sana sekitar jam lapan pagi. Ikut pada perancangan, nak buat pukul empat petang. Tapi pihak lelaki ada bagi tahu yang pengantin lelaki ada exam pada jam sembilan pagi waktu sana.

"Dah-dah lah tu Aura oi, yang nak kahwin sekarang ni aku ke kau? Yang kau ni gelabah sangat dah kenapa? Daripada kau duk penat ulang-alik dari bilik aku ke dapur, lebih baik kau teman aku dekat sini," balas Airis.

Sekarang ni baru jam satu suku, yang Aura duk buat kalut ni tak tahu la kenapa.

"Hehe, takde lah. Aku ni excited tau kau nak kahwin. Tak sampai dua jam kau dah nak ubah status kau dah. Susah lah kita nak berjumpa lepas ni," Aura mengambil tempat di bahagian hujung katil, betul-betul di belakang Airis.

"Banyak lah kau, susah nak jumpa konon. Kau ingat laki aku ada dekat sini? Kahwin pun tak nampak bayang kat kampung ni, ada hati tak bagi aku duduk dengan kau," Airis menjeling Aura tajam.

"Aura ni macam-macam lah ekk, suka buat lawak bodoh. Sakit lah perut Kak Su ni," Kak Suzana menggelenglan kepalanya.

Airis hanya pilih kakak iparnya sahaja untuk makeup dirinya pada hari ini. Malas pula dia nak pergi cari mak andam. Dah alang-alang ada kakak ipar yang pandai dalam bab ni, apa salahnya dia ambil kesempatan sikit. Tambah pula bila Kak Suzana ni merupakan ejen bagi produk kecantikan, jadi semua jenis peralatan makeup di sponsor sendiri oleh Kak Suzana.

"Tak payah nak layankan sangat perangai dia ni Kak Su. Bukannya betul sangat budak ni, otak dia tak habis install agaknya," Sekali lagi Airis menjeling Aura.

"Amboi kau, agak-agak lah enn. Otak yang kau kata tak habis install ni la yang banyak tolong kau sebelum ni tau. Macam tu je ekk, bila dah nak kahwin ni. Macam tu je kau buang aku. Tak apa Airis kau tunggu aku kahwin nanti, aku tak nak jemput kau,"

"Buat lah kalau kau berani. Aku tahu kau tak jemput aku, hari yang sama kau kahwin tu juga aku keluarkan semua aib kau selama ini. Kau duduk lah tersipu malu macam mana pun dekat atas pelamin tu, sopan macam perempuan melayu terkahir sekalipun. Aku tak kesah. Biar semua orang tahu, kau ni sebenarnya shy ataupun shytonn," balas Airis tak nak kalah.

"Sudah lah tu, jangan bergaduh. Airis, Kak Su dah siap ni. Kak Su pergi panggil Kak Haura kejap ya, biar dia pakaikan tudung untuk Airis. Akak tak faham sangat style yang dia cakap dia nak buat semalam," Kak Suzana terus sahaja melangkah keluar lepas mendapat anggukkan daripada Airis.

Ini lagi satu kelebihan Si Airis bila sorang lagi kakak ipar dia yang merupakan model muslimah. Dan disebabkan itu, Kak Haura memang banyak tahu berkaitan dengan fesyen yang mudah, kemas, dan nampak cantik.

"Untung kau kan, dapat kakak ipar yang bagus-bagus. Sorang pandai makeup, sorang lagi pandai fesyen. Tak macam aku, anak tunggul. Eh, anak tunggal lah, hmmm..." Aura mencebik sedih, beruntung betul Si Airis Nafeesa ni.

"Hmm... betul lah tu," Airis menganguk.

"Apa yang betul?"

"Betullah kau anak tunggul,"

"Kau memang syiballi saekiyya kau tahu tak Airis. Memang syibal," Airis tergelak kuat bila tengok muka Aura dah merah tahan marah. Kesian kawan dia tu.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now