Selepas apa yang berlaku malam tadi, Harraz buat keputusan untuk tinggal lagi sehari di sini. Bila pagi tadi dia nak jumpa dengan Airis untuk bincangkan semula masalah mereka, dia dapat tahu yang Airis dah berlepas ke Malaysia seawal jam 3 pagi. Airis betul-betul mahu meninggalkannya.
Malam itu, Harraz kembali lagi di Luxembourg Garden. Dia duduk dia bawah sebuah pokok besar, matanya tepat memandang setiap rama-rama yang terbang gembira di kelilingi bunga.
Dia gagal, gagal mengambil hati Airis semula.
"Kenapa sayang buat abang macam ni? Abang minta maaf sayang. Abang sedar salah abang, jangan tinggalkan abang sayang. Walid... Ummi... Abah... Ibu... Tolong Harraz...tolong Harraz. Harraz tak nak kehilangan Airis. Harraz cintakan Airis. Jangan hukum Harraz macam ni, Harraz tak kuat... Ibu, ibu suruh bagi Airis masa. Harraz dah bagi dia masa ibu, tapi dia tetap tinggal Harraz. Abah, puteri abah dah tinggalkan Harraz. Airis dan benci Harraz, ummi. Airis dah buang Harraz, walid. Apa yang Harraz nak buat sekarang ni? Dunia Harraz dah tak ada, hidup Harraz dah tak bermakna sekarang..." tangis Harraz. Sungguh sakitnya hati dia sekarang. Hancurnya hatinya saat ini.
Takkan dia perlu menghilangkan dirinya selama lima tahun lagi. Tak, Airis tak boleh tinggalkan dia. Dunianya hanya Airis, hilang Airis maka gelap lah dunianya.
Kepala didongakkan dan kini dia pandang langit.
"Papa minta maaf baby, papa gagal sayang. Baby mesti benci papa kan? Papa dah tak kuat sayang, mama dah tinggalkan papa. Padan muka papa, baby dah tinggalkan papa. Kalau papa ada dengan mama masa tu, mesti baby boleh lihat dunia dengan kami kan? Papa lambat sayang, papa lambat. Apa yang papa nak buat sekarang baby? Mama dah bencikan papa. Tolong papa baby,"
Perlahan- lahan air matanya mengalir. Dia tak kuat, dia dah hilang semuanya.
"Kenapa takdir hidup aku macam ni?" Harraz meramas rambutnya.
'Ingat Harraz. Takdir itu milik ALLAH, tapi doa itu milik kita,'
Kata-kata Encik Suhaimi kembali bermain di mindanya. Serentak itu Harraz duduk dalam keadaan duduk antara dua sujud. Tanggannya ditadah depan mukanya.
"Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosaku Ya ALLAH, dosa-dosa isteriku, dosa-dosa ibu bapaku. Aku mohon Ya ALLAH, bantu aku Ya ALLAH. Aku masih sayangkan isteriku Ya ALLAH. Lembutkan hatinya untuk terima aku semula, hanya Kau yang tahu betapa ikhlas dan sucinya rasa sayang dan cinta ini pada Airis Nafeesa. Aku mohon peluang sekali lagi untuk menghargai, menjaga, menyayangi, mencintai isteri ku setulus hati ku. Permudahkan segala urusanku untuk perbaik masjid yang aku dah bina Ya ALLAH, aku mohon Ya ALLAH. Permudahkan semuanya, hanya Engkau tempatku berlindung, dan hanya Engkau tempat aku memohon pertolongan. Bantu hambamu yang hina ini, Ya ALLAH,"
Harraz menutup mukanya disaat tangisannya tidak dapat ditahan lagi. Ujian ini terlalu berat untuknya.
***^_^***
Sampai sahaja di depan rumahnya, dia melangkah bersama bagasinya. Sempat dia mengucapkan terima kasih kepada pakcik teksi yang menghantarnya tadi. Poket beg diseluk untuk mencari kunci rumahnya.
Baru sahaja dia nak masukkan kuci ke dalam lubangnya, pintu rumah tertolak. Berkerut dahinya, pintu rumah tak berkunci dan terbuka. Nafas ditarik dan dengan mengucapkan bismillah, dia melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam rumahnya.
Keadaaan rumahnya masih kemas jika nak kata ada perompak yang masuk. Bunyi bising dari dapur membuatkan langkahnya laju dituju ke sana. Sampai sahaja di dapur, kakinya terpaku. Jatuh kunci yang ada ditangannya sekarang. Bunyi bising yang terhasil daripada kunci itu membuatkan seseorang yang berada di dapur itu pusing menghadapnya. Makin terbeliak matanya melihat gerangan orang itu.
"Sa...Sayang!"
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...