Seminggu berlalu...
Keadaan Airis semakin baik, malas Airis dah boleh bergelak ketawa. Tapi dia masih menerima rawatan susulan daripada Hatin setiap tiga kali sehari. Dia juga sudah balik ke rumahnya bersama Harraz. Airis bersyukur bila semuanya kembali normal. Hampir setiap malam dia dan Harraz bangun tahajjud untuk mengucap rasa syukur kepada ALLAH SWT. Dengan izin-Nya, semua ini terjadi.
"Sayang buat apa tu? Kan abang dah suruh sayang rehat dalam bilik," Harraz menyandar pada kabinet dapur. Tergeleng kepalanya melihat Airis yang kehulu kehilir dari tadi.
"Airis nak buat kek lah abang. Rasa teringin pula nak makan kek," Airis senyum manis ke arah Harraz sebelum dia menuangkan tepung ke dalam bekas yang disediakan mengikut sukatan yang telah ditetapkan.
Harraz bergerak ke arah Airis, perlahan-lahan dia memeluk Airis dari belakang. Dahunya disangkut pada bahu kiri Airis.
"Sayang nak buat kek apa?" Harraz menyoal. Airis pandang sekilas ke arah Harraz sebelum dia kembali menyukat bahan yang lain.
"Kek marble. Abang makan tak?"
"Abang makan je semua yang sayang masak," Harraz mencium lama pipi Airis. Geram je dia tengok.
"Ish jangan lah kacau. Nanti tak jadi kek Airis. Abang pergi duduk kat tepi sana," Airis menolak Harraz. Susah dia nak bergarak jika Harraz sentiasa memeluknya. Bila nampak Airis dan cemberut habis mukanya, baru Harraz lepaskan Airis dan berdiri di sebelahnya.
"Apa yang saya boleh bantu Chef?" soal Harraz bersemangat. Dahi Airis berkerut sebelum dia pula menjiwai watak.
"Baru sekarang nak tunjuk batang hidung tu? Awak dah lambat lima saat. Saya kena denda awak," ujar Airis tegas membawa watak sebagai chef.
"Baik Chef!"
CUP!
Harraz mencuim bibir Airis selama lima saat.
"Eh, apa ni main cium-cium! Tak bagus lah!" marah Airis.
"Dah chef kata chef nak denda saya sebab lambat lima saat. Saya tengah jalankan denda saya lah tadi tu," mengecil mata Airis pandang Harraz sekarang. Huh, mengambil kesempatan dalam kesempitan. Pantang ada peluang.
"Dah, saya nak awak tapis tepung ni. Nah," Airis menyerahkan bekas yang mempunyai tepung yang disukatnya sebentar tadi.
"Tapis? Macam ni ke chef?" Harraz mencelupkan jarinya ke dalam tepung sebelum dicalitkan ke hidung Airis.
"Ish abang! Betul-betul lah!" marah Airis.
"Alolo... Kesian dia. Mari sini," Harraz menekup kedua-dua belak pipi Airis menggunakan tangannya sebelum sekali lagi dia mencium Airis. Tapi kali ni agak lama. Setelah puas, barulah dia lepaskan ciuman bersama senyuman yang lebar. Airis pula hanya muncung seribu.
Bila Harraz larikan tangannya, baru Airis perasan yang tapak tangan Harraz penuh dengan tepung. Laju dia mengambil telefon untuk membelek mukanya sekarang. Terlopong mulut Airis bila muka dia sekarang dah ada bedak percuma tak berbayar.
"ABANG!" Airis menejerit disambut dengan gelak tawa Harraz. Tanpa menunggu lama, Airis menggenggam tepung yang masih ada di dalam plastiknya, dah dia balik ke arah Harraz. Bertebaran tepung di udara sekarang.
Airis melepaskan ketawanya bila muka Harraz juga penuh dengan tepung termasuk rambutnya sekali. Dah macam orang tua beruban pun ada. Harraz yang melihat Airis tergelak itu turut ketawa.
Rumah itu penuh dengan gelak tawa gembira pasangan itu sepanjang mereka berdua menyiapkan kek.
Elok sahaja kek dimasukkan ke dalam ketuhar, Harraz memasang lagu di telefonnya. Dia menarik Airis untuk menari bersamanya sementara menunggu kek mereka masak berlatar belakangkan lagu Love Story dari Indila.
Ke kiri ke kanan mereka bergerak mengikut irama lagu itu. Ada masa Harraz pusingkan Airis sebelum kembali masuk semula ke dalam dakapannya. Sekali lagi rumah itu bergema dengan tawa gembira daripada Airis.***^_^***
Harraz melangkah masuk ke dalam perputakaan mini milik isterinya. Airis yang sedang fokus membaca sikit pun tidak pedulikan kehadiran Harraz sekarang. Haraz melangkah dan duduk di sebelah Airis, terus sahaja dia bertindak memeluk pinggang Airis.
"Sayang baca buku apa?"
"Entah, ni novel lama ni. Airis jumpa dekat rak buku tu," Airis memucungkan mulutnya ke arah rak buku yang Harraz susun segala jenis novel lama. Airis kembali fokus pada pembacaannya.
"I need attention now sayang..." Harraz membenamkan mukanya pada leher Airis. Digesel-geselkan hidungnya pada leher Airis.
"Not now lah abang, Airis tengah baca," Airis menolak perlahan kepala Harraz membuatkan Harraz mencebik. Masam muka Harraz pandang ke arah Airis yang masih lagi tak lepas matanya daripada membaca novel.
Harraz berdecit kecil sebelum dia melangkah ke arah piano. Sekali lagi dia pandang ke arah Airis setelah dia melabungkan punggung di bangku yang terdapat di hadapan piano. Selalunya Airis lah yang terpaling excited bila Harraz nak main piano.
Harraz menarik nafas semula menjiwai wataknya sebagai pemain piano. Petikan piano dari pada jari jemari Harraz menarik perhatian Airis. Terus sahaja Airis pusing pandang ke Harraz. Entah macam mana lah dia boleh tak perasan Harraz berjalan ke arah piano. Harraz senyum ke arah Airis sebelum dia mulakan nyanyian khas buat Airis pada malam itu.There goes my heart beating
Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now
And there goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now
I'd climb every mountain, and swim every ocean
Just to be with you, and fix what I've broken
Oh, cause I need you to see
That you are the reason
Airis melangkah ke arah Harraz dan bersandar di tepi piano. Tangannya kemas memeluk buku yang dibacanya tadi. Manis senyuman diberikan kepada Harraz. Harraz memandang tepat ke dalam anak mata Airis, agar Airis nampak keihklasan hatinya.There goes my hands shaking
And you are the reason
My heart keeps bleeding
I need you now
And if I could turn back the clock
I'd make sure the light defeated the dark
I'd spend every hour, of every day
Keeping you safe
Air mata Harraz mengalir ke pipi bila dia teringatkan derita yang dihadapi oleh Airis bersendirian tanpa dia di sisi. Kesesalan yang tak mungkin dia ulangi lagi selepas ini. Rasa berdosanya pada Airis dan anak mereka masih membuatkan Harraz bersalah.I'd climb every mountain, and swim every ocean
Just to be with you, and fix what I've broken
Oh, cause I need you to see
That you are the reason
I don't wanna fight no more
I don't wanna hide no more
I don't wanna cry no more
Come back I need you to hold me
Be a little closer now
Just a little closer now
Come a little closer
I need you to hold me tonightAiris mengusap perlahan bahu Harraz, memberi kekuatan pada suaminya. Dia tahu yang Harraz tak minta semua ni terjadi. ALLAH tak akan uji hambanya di luar kemampuan hambanya. Dia bersyukur bila dia dan Harraz dapat menghadap ujian ini dengan penuh kesabaran.
I'd climb every mountain, and swim every ocean
Just to be with you, and fix what I've broken
Oh, cause I need you to see
That you are the reason
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...