BAB 21

192 6 0
                                    

Harraz keluar dari bilik kerjanya. Harini dia cuti walaupun dia rasa dah sihat, tapi dia tetap kena siapkan kerjanya. Lebih kurang kerja dari rumah lah dia harini. Lagipun dia nak tengokkan Si Airis tu, nak berjalan pun susah isterinya itu lepas jatuh semalam.

Badan dibawa ke sekeliling rumah mencari kelibat Airis. Mana pula pergi isterinya itu dengan kaki yang sakit? Satu rumah dia cari tak jumpa. Baru sahaja dia nak jerit panggil nama Airis, dia nampak Airis keluar daripada satu bilik kecil yang terdapat di bawah tangga.

"Kau buat apa kat bawah tu Airis?" soal Harraz, laju kakinya melangkah ke arah Airi bila dia nampak Airis yang terhinjut-hinjut keluar dari bilik itu.

"Saya cari ni, yang lama dah teruk sangat," Airis menunjukkan bulu ayam yang dia jumpa dari bilik tu. Harraz mengeluh perlahan.

"Kenapa kau tak minta tolong aku? Buatnya kalau kau terjatuh dekat dalam tu tadi macam mana? Nak jerit nama aku pun tak lepas tu sebab memang tak dengar dari luar. Kalau dengar pun sayup-sayup je," bebel Harraz.

"Saya nampak awak tadi macam sibuk je. Sebab tu saya tak nak kacau," Airis menarik-narik bulu ayam tersebut. Tak sanggup nak pandang muka Harraz sekarang. Garang nak mampus.

"Ni nak buat apa dengan bulu ayam ni?"

"Saya nak buang habuk dekat rak buku bahagian atas tu. Dah banyak sangat habuk," Airis angkat kepala perlahan-lahan pandang ke arah Harraz yang sedang merenungnya tajam pada saat ini.

"Nasib baiklah aku keluar. Ni kalau aku tak keluar tadi lagi teruk jadinya," Berkerut dahi Airis mendengar balasan Harraz. Apa yang teruknya? Dia nak buang habuk je pun, bukannya nak pergi mendaki gunung. Harraz mengambil bulu ayam yang ada di tangan Airis, dan dia angkat Airis masuk ke dalam perpustakaan mini.

"Kau tahu kan kaki kau tu tengah sakit. Dah bengkak dah tu, kalau bengkak jadi lagi teruk macam mana? Cubalah duduk diam je, ini tak. Sibuk nak jalan sana sini, kemas itu ini. Cuba duduk senyap je kat dalam bilik tu. Nak apa-apa panggil jela aku, kalau aku tak dengar tu kau boleh je call aku, senang,"

Harraz sambung membebel sebelum dia letakkan Airis di atas sofa yang ada dalam bilik itu. Dia kemudian melangkah ke arah rak buku dan mula bersihkan segala jenis habuk yang ada dekat situ.

Airis senyum sahaja melihat Harraz. Bukan main kuat lagi membebel suaminya ini, sama macam ummi. Bila dia nampak Harraz macam terlalu fokus membersihkan habuk dekat rak buku, Airis perlahan-lahan membuka semula novel yang di baca sebentar tadi.

Lama Harraz bersihkan kawasan tu. Bila dia rasa semua jenis habuk dah berjaya dihapukan, Harraz mengambil tempat di sebelah Airis yang sibuk baca novel dari tadi. Dia punya lah penat buang habuk, Airis boleh pula sambung baca novel. Bukannya nak bagi dia kata-kata semangat pun.

"Airis," panggil Harraz.

"Hmm," Airis pandang Harraz sekilas sebelum dia kembali fokus pada pembacaannya.

"Kau dah ada tempat nak praktikal ke?" Airis hanya mengangguk.

"Dah hantar resume?"

Sekali lagi kepala diangangguk.

"Dah diterima?"

Baru sahaja Airis nak angguk, kata-kata Harraz mematikan niatnya itu.

"Kalau dah diterima kau tolak," Airis pandang Harraz hairan. Dah kenapa pula dia nak kena tolaknya? Ingat senang ke dia nak dapat kelulusan untuk praktikal dekat tempat yang dia dah pilih tu.

"Kenapa pula saya nak kene tolak?" soal Airis. Novel yang di bacanya ditutup dan diletakkan ditepi. Hilang dah fokus dia nak baca buku, sekarang fokus dia lebih kepada Harraz

"Kau praktikal dekat hotel aku jela. Ada je bakery bawah hotel aku. Senang," laju Airis menggeleng. Tak setuju dengan cadangan Harraz.

"Tak nak lah saya. Lagipun awak ingat senang ke satu tempat nak terima tiga orang terus. Kalau saya praktikal kat hotel awak, Aura dengan Mar macam mana?"

Punyalah puas mereka bertiga ni pujuk dan cari bakery yang boleh terima seramai tiga orang sekali. Senang-senang je Harraz suruh dia tolak.

"Boleh je kalau Aura dengan Mar nak praktikal sekali. Aku terima dan aku tak halang sama sekali. Yang penting aku tak nak kau praktikal dekat tempat lain selain daripada hotel aku. Masa diploma haritu kau dah tolak kan ajakkan walid untuk praktikal dekat hotel tu? Jadi sekarang kau jangan nak cipta alasan ya, aku nak kau praktikal dekat hotel aku," putus Harraz tapi Airis tetap juga tak setuju.

"Mana boleh, awak ingat senang ke nak cancel semua tu. Banyak per-"

"Aku dah tolong tolakkan tadi untuk kau, Aura dengan Mar sekali. Esok suruh Aura dengan Mar hantar resume dekat aku termasuk kau sekali. Hantar simple-simple je. Aku bukannya nak tengok sangat, aku terima je. Just nak buat syarat je. And kalau kau risau pasal lecturer kau, aku dah call diorang tadi terangkan semuanya. Diorang setuju je. Faham?"
Tak terkata Airis dibuatnya? Macam tu je? Itu sahaja?

***^_^***

Perkara yang baru je disampaikan oleh Airis berjaya membuatkan Aura dan Maryam melompat kerianggan. Pelik Airis dibuatnya, dia punya lah rasa nak menangis. Dua makhluk ni boleh pula bersorak sakan?

"Korang berdua ni dah kenapa, kena sampuk dengan mambang mana ni?" soal Airis, telefon diletakkan di atas meja sebelum dia melangkah ke arah peti sejuk untuk mengambil kek yang dibuat semalam.

Perlahan sahaja langkahnya, dah lah terhenjut-henjut. Ni kalau Harraz tahu dia berjalan, mahu kena bebel lagi. Nasib baik Harraz keluar sekejap tadi untuk berjumpa dengan Rizal.

"Kau tak happy ke Airis dapat praktikal dekat hotel laki kau tu? Kau tahu tak susah budak nak masuk praktikal dekat situ. Dah berapa banyak budak pastry dengan culinary apply dekat situ tau. Tapi jarang diorang nak terima. Kita ni kira beruntung tau diterima dekat situ. Aku ada jugalah berangan nak hantar resume dekat sana, tapi aku takut kena reject. Buat malu je nanti," ujar Maryam dibalik talian. Muka dia jelas nampak yang dia sangat teruja pada saat ini, tak lupa juga Aura yang dah tersenyum sampai ke telinga.

"Ye doh Airis, uishh. Macam tu je kita dapat terima masuk kat dalam hotel tu. Kau patut berterima kasih dekat laki kau tu. Ni kalau kita keluar dari situ, mesti banyak tempat terima kta bekerja tanpa segan silu tau. Almaklumlah, keluaran praktikal dari Elysian Royal Hotel lah katakan," sampuk Aura membuatkan Airis menjulingkan mata ke atas, menyampah. Tak sangka pula impian Aura untuk bekerja di situ menjadi kenyataan.

"Sudah sudahlah tu, tak payah nak puji sangat. Jangan lupa hantar resume dekat aku nanti aku. Aku nak bagi dekat Harraz," Airis kembali mengambil tempat di hadapan telefon.

"Sekarang pun aku boleh bagi," laju Aura buka laptopnya untuk menghantar resume seperti yang diminta oleh Airis.

"Bila kita nak start praktikal dekat sana Airis?" soal Maryam sementara menunggu Aura menghantar resume pada Airis, dia awal-awal lagi dan hantar elok sahaja lepas Airis minta pada awal tadi.

"Bulan depan lah kut. Asal? Dah tak sabar sangat ke?" sinis sahaja soalan Airis sebelum dia masukkan kek ke dalam mulutnya.

"Memang tak sabar lah jawabnya," Maryam menepuk tangannya berkali-kali. Nampak sangat keterujaannya. Airis hanya menggeleng melihat perangai kawannya itu.

"Nak pula tempat tu dekat dengan rumah sewa kita yang sebelum ni. Tak payah lah susah-susah nak cari rumah sewa lagi," ujar Maryam lagi.

"Ye juga. Alhamdulillah, rezeki kita," tambah Aura pula. Setidaknya, tempat praktikal yang mereka minta sebelum ni memerluka mereka untuk cari rumah sewa baru sebab tempat tu memang jauh dari rumah sewa mereka sekarang.

"Apa-apa jela," Airis menghabiskan keknya tanpa menghiraukan Aura dan Maryam yang tak habis-habis memuji Elysian Royal Hotel milik suaminya.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now