BAB 39

162 4 0
                                    

Hari ni Airis buat keputusan untuk jalan-jalan dalam mall. Dan seperti biasa, Aidil ada menemannya.

"Lama juga laki kau pergi outstation Airis," ujar Aidil. Airis tersenyum kelat.

"Itu lah tu,"

"Kau ada masalah ke?" terhenti langkah Airis, dia pusing pandang Aidil.

"Apa maksud kau? Masalah apa? Tak adalah," Airis ketawa kecil tidak pula bagi Aidil yang tersenyum sinis.

"Aku tahu, kau tipu aku kan?" serius sahaja Aidil menyoal. Hilang tawa Airis.

"Aku rasa tak penting kot untuk kau tahu masalah aku," balas Airis sebelum dia mulakan langkah semula.

"Baik, aku hormat keputusan kau. Tapi ingat, kalau kau tak dapat nak pikul sorang-sorang masalah kau, kau boleh share dengan aku. Mana tahu, kalau aku tak dapat nak tolong sekali pun, at least kau rasa tenang," Aidil memujuk, dia boleh nampak dari air muka Airis yang gadis itu mempunyai banyak masalah. Tapi tetap sahaja cuba untuk menyembunyikannya.

"Aku bukan tak nak share dengan kau, aku cuma tak nak susahkan kau. Lagipun kita baru je jumpa semula, takkan aku terus nak ceritakan masalah aku dekat kau,"

"Tak salah pun," Aidil senyum sekilas.

"Okay, habis pasal aku. Asyik aku je, kau la pula. Cerita lah dekat aku siapa perempuan tu?" Airis mengangkat keningnya berkali-kali.

"Perempuan mana?" Aidil cuba untuk mengelak daripada bertembung mata dengan Airis.

"Alah, bakal isteri kau tu lah,"

"Mana ada,"

"Jangan nak tipu ya," mengecil mata Airis padang Aidil lama membuatkan Aidil mengeluh mengalah.

"Fine, dia salah seorang tenaga pengajar juga dekat pondok tu. Adik kepada senior aku tu," Aidil senyum janggal, malu pula rasanya.

"Ouh, patutlah. Apa yang buatkan kau jatuh cinta dengan dia?" makin menarik pula Airis ingin mengetahui kisah Aidil ni.

"Mungkin sebab dia tu lemah lembut, jarang marah. Tapi kalau sekali dia marah, muka dia comel gila. Aku selalu cari pasal dengan dia, sengaja nak tengok muka marah dia tu. Satu lagi dia tu kelakar, kuat sangat melatah. Selalu baca Al-Quran setiap malam antara maghrib dan isyak dekat surau dan juga setiap kali tunggu azan subuh, itu apa yang aku tahu, yang aku tak tahu, aku tak tahu lah. Tapi apa yang boleh aku ungkapkan adalah, dia sempurna. Cukup sempurna di mata aku walaupun dia kata dia banyak kekurangan. Tapi aku takut," terus berubah muka Aidil daripada tersenyum ke muram. Berkerut dahi Airis melihat perubahan Aidil.

"Kenapa kau takut?"

"Aku takut aku yang tak sempurna untuk dia, kau pun tahu kan aku yang dulu macam mana? Aku bebas Airis, aku tak jaga halal haram. Aku dengan dia macam langit dan bumi. Kalau dia tu bidadari, aku hanyalah habuk yang sentiasa sibuk ikut dia kemana. Aku tak layak untuk jadi imam dia, untuk jaga dia, untuk jadi ketua dan pemimpin yang baik," Aidil mengeluh, perkara itu sentiasa menganggu fikiran dia sehinggakan dia tak pernah beritahu pada gadis pilihannya tentang perasaannya.

"Kenapa pula kau fikir macam tu, kau okay apa? Takkan dia nak tolak kau pula," Airis menggelengkan kepalanya bersama senyuman kecil.

"Tapi kau tolak aku,"

Hilang terus senyuman Airis. Dia menarik nafas dalam.

"Aku lain Aidil, masa tu aku dah berpunya. Kalau kau rasa kau pernah hilang aku dulu, jadi sekarang ni aku nak kau jangan hilang dia. Kau nyatakan perasaan kau pada dia, ikhlas,"

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now