"Morning sayang,"
Harraz berjalan ke arah Airis bersama dengan dulang di tangan. Dulang itu diletakkan di atas meja terlebih dahulu sebelum mengambil satu meja kecil dan diletakkan dia atas tilam. Dulang tadi kembali diangkat dan dibawa ke tilam.
"Kita breakfast roti je dulu eh. Lepas mandi nanti baru kita pergi breakfast dekat restaurant, okay?" Airis angguk laju. Dia membetulkan sedikit baju t-shirt Harraz yang agak besar pada badannya.
"Emm... kalau saya nak breakfast dekat restaurant semalam kejap lagi boleh?"
"Boleh sayang... Dah makan cepat, banyak lagi tempat yang abang nak tunjuk dekat sayang harini. Atau sayang penat? Nak duduk dalam bilik je pun tak apa, abang lagi tak kesah," Harraz tersenyum seribu makna ke arah Airis. Laju sahaja Airis mencampak bantal ke arah Harraz.
"Tak nak, saya nak pergi jalan-jalan. Rugi lah datang sini kalau nak duduk dalam bilik je, bukannya selalu dapat datang ke sini," Airis terus menyuapkan roti kedalam mulut, lebih kepada nak menutup gugup.
"Ish, makan dia sorang je. Bukannya nak suap dekat kita pun," Harraz menjeling sambil menjuihkan bibirnya. Tergelak Airis dibuatnya.
"Alolo, sian dia muda-muda dah kudung tangan ya?"
Makin kuat ketawa Airis bila kini mata Harraz dah tajam pandang ke arah dia. Marah betul cik abang ni ya."Awak dah makan kan tadi, ingat saya tak nampak? Dah pergi lah mandi, kejap lagi saya nak mandi pula," Harraz dah habis tiga keping roti sebelum dia hidangkan pada Airis tadi. Sambil dia buat, sambil dia masuk ke dalam mulut. Airis perasan je sebab dia dah terjaga, cuma malas nak bangun sahaja.
"Tak nak mandi dulu, nak mandi dengan sayang..." Harraz peluk pinggang Airis yang tengah sibuk makan roti selai strawberry.
"Tak payah nak mengada, pergi mandi dulu. Jangan kacau saya nak makan," Airis menolak Harraz, namun makin kuat Harraz peluk dia.
"Awak.... Tepilah..." Kuat Airis menolak, segala kudrat nya digunakan sekarang. Harraz pegang kedua-dua tangan Airis yang sibuk menolaknya sedari tadi. Mukanya tepat dihadapan muka Airis dalam jarak yang sangat dekat sehingga bertembung hidung mereka. Airis terdiam.
"Ish, kedekut,"
CUP!
Selesai mencium Airis, Harraz terus turun dari katil dan menuju ke tandas untuk membersihkan dirinya. Airis masih lagi mengeras sebelum tersenyum sambil memegang bibirnya. Harraz ni, tak habis-habis bangunkan rama-rama dalam perutnya.
***^_^***
Airis memandang ke arah cawan yang dipegangnya silih berganti. Tajam matanya memerhati setiap corah yang terdapat antara dua cawan tersebut.
Di sebelah kiri terdapat cawan berwarna putih yang mempunyai corak bangunan yang sangat cantik, jelas tertulis di bahagian bawah cawan tersebut perkataan, 'I love Italy'.
Di tangan sebelah kanan pula, cawan berwarna biru gelap yag terdapat corah pemandangan laut. Tenang sahaja bila ditengok. Seperti cawan di tangan kiri, cawan ini juga terdapat perkataan, 'I love Italy.'
Airis mengeluh, dia tak tahu mana satu pilihannya. Kedua-dua telah berjaya mencuri hatinya. Takkan dia nak beli dua-dua pula, nanti membazir sahaja.
"Lama lagi ke sayang nak pilih cawan tu?" soal Harraz. Dari tadi dia hanya perhati sahaja Airis yang sibuk membandingkan dua-dua cawan yang ada di tangannya itu.
"Saya tak tahu nak ambil yang mana satu. Dua-dua cantik," Airis mencebikkan bibirnya.
"Beli jela dua-dua. Apa susah,"
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...