Lima hari berlalu selepas Airis berjumpa dan berbincang dengan Encik Suhaimi. Tinggal lagi dua hari je lagi sebelum dia bagi tahu keputusan pada orang tuanya. Makin lama, makin berdebar pula. Setiap malam dia tak terlepas untuk melakukan solat istikharah, minta petunjuk dari Maha Pencipta.
"Sudah-sudahlah kau duk tenung cincin tu dari tadi. Daripada kau pening fikir, lebih baik kau sarung je cincin tu kat jari kau tu. Habis cerita," tegur Aura dari muka pintu bilik Airis.
"Tak nak lah aku, aku tak buat keputusan pun lagi," balas Airis, cincin itu kembali disimpan ke dalam kotaknya semula. Baru sahaja dia nak masukkan ke dalam laci meja belajarnya semula, Aura terlebih dahulu merampas kotak cincin tersebut.
"Aku tengok lawa je cincin ni, apa yang kau tak berkenan sangat ni Airis?" soal Aura, cincin yang berada di dalam kotak itu dibelek dan diteliti dengan rapi.
"Bukannya aku tak berkenan dengan cincin tu. Cincin tu memang cantik, tapi aku takut aku tak berkenan dengan pemberinya. Kalau dia bukan jodoh aku macam mana?"
"Ish kau ni. Sini jap jari kau, kau belum pernah try sarung lagi kan cincin ni," Belum pun sempat Airis nak membalas, tanggannya di tarik oleh Aura dan segara Aura menyarungkan cincin itu pada jari Airis.
"Ha, kan lawa tu. Masuk elok pula tu dengan jari manis kau. Nampak tak jodoh disitu," ujar Aura bersama keningnya yang diangkat berkali-kali. Airis hanya menjeling sebelum menarik kembali tangannya. Dapat sahaja tangannya semula, dia melihat pada cincin yang terletak elok sahaja pada jarinya. Cantik sangat.
"Sudah-sudah lah tu tengung cincin tu. Cepatlah, kita dah lambat nak pergi kelas ni. Selalunya kau yang membebel dekat aku kalau kita lambat," laju sahaja Aura menarik tangan Airis untuk keluar dari bilik. Mereka hanya ada setengah jam sahaja lagi sebelum kelas pertama mereka pada hari ini bermula.
"Weh kejap! Aku nak ambil beg aku!"
"Ish cepat lah, Mar dah bising dah ni. Dari tadi tanya kita dekat mana. Aku tunggu dekat kereta tau," Airis mengganguk sebelum kembali masuk ke dalam bilik dan mengambil beg sandangnya. Tidak lupa juga dia untuk menyimpan kembali kotak cincin dalam laci semula.
***^_^***
"Bila dah tengah sem ni, makin banyak assignment datang bagi salam. Ingat aku nak ke jawab salam diorang tu?" ujar Maryam, mereka baru sahaja habis kelas kedua pada hari itu.
"Itu lah pasal, pastu bila dah hujung-hujung nanti semuanya nak attention. Tiap-tiap masa minta kita datang menghadap. Ingat kita ni dah tak ada kerja lain, kerja nak hadap diorang je," Aura juga tidak terlepas daripada menyuarakan isi hatinya.
"Sabar kak, sabar. Bawak bertendang ya," sampuk Airis, dia hanya memerhati sahaja dua sahabatnya itu membebel sedari mereka keluar dari kelas tadi.
"Disebabakan aku fikir yang aku nak graduate sem ni lah aku bersabar tau. Kalau tak, dah lama aku pe-"
"AIRIS!" mati kata-kata Maryam bila ada yang datang mencelah memanggil Airis. Serentak itu ketiga-tiga mereka atau ramai classmate mereka gelarkan mereka bertiga sebgai kembar siam terpisah tiga menoleh ke arah suara tersebut.
Terlepas keluhan Airis bila melihat gerangan si pemanggil. Dalam masa lima hari ni, dia berjaya lari dari Aidil, mengapa hari ni nasibnya tidak baik.
"Kenapa kau tak reply chat aku? Pastu sejak dua tiga hari ni dah jarang aku nampak kau. Kau tak sihat ke Airis?" soal Aidil setelah dia berdiri tegak di hadapan gadis itu sekaligus menghalang mereka untuk melangkah.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...