Airis memerhatikan penampilannya di cermin buat kali terkahir. Minyak wangi diambil dan disemburkan ke seluruh badannya. Terpejam matanya saat wangian daripada minyak wangi itu masuk ke dalam ruang pernafasannnya.
Setelah dia berjaya memastikan dan berpuas hati dengan penampilannya, Airis mencapai beg tangan terlebih dahulu sebelum melangkah keluar daripada biliknya. Tersenyum sahaja bibirnya tika ini.
"Amboi, nak kemana pagi-pagi ni?" soal Aura yang baru keluar dari dapur bersama dengan secawan kopi ditangan.
"Keluar, saja nak jalan-jalan makan angin," Airis mengambil cawan kopi ditangan Aura dan menghirupnya sedikit.
"Kenapa tak bagi tahu aku awal-awal yang kau nak keluar? Aku tak sempat nak bersiap,"
"Eh tak apa, aku keluar sendiri. Dah order grab dah tadi. Tunggu sampai je ni," Airis senyum manis ke arah Aura.
"Kau ni biar betul? Tak apa lah, kau tunggu kejap. Aku nak pergi bersiap, lepastu kita keluar," Aura meletakkan cawan di atas meja dan berura-ura untuk melangkah ke biliknya.
"Tak apa, aku rasa nak keluar sendiri harini. Boleh lah Aura," Airis menahan tangan Aura. Dia memang nak keluar sendiri hari ni. Nak luangkan masa dengan diri sendiri tanpa ada yang menganggu.
"Betul ni?" soal Aura inginkan kepastian. Dia sebenarnya risau nak lepaskan Airis keluar sorang-sorang.
"Iya betul," makin lebar Airis senyum bagi memastikan Aura yakin dengan tindakkannya itu.
PIN!
Airis toleh pandang pintu. Nampaknya grab dah sampai.
"Aku pergi dulu ya," Airis melangkah ke arah pintu diikuti Aura dari belakang.
"Hati-hati. apa-apa hal kau call aku terus tau," pesan Aura. Airis mengangguk laju. Dia terus melangkah ke arah grab yang sedia menunggunya tika ini.
***^_^***
Tenang sahaja fikiran Airis tika ini bila melihat kanak-kanak yang seronok bermain dia taman. Hilang rasa bebannya buat seketika. Bila kanak-kanak itu gelak, dia juga turut tersenyum. Mesti dia lagi gembira jika anaknya juga dapat bermain seperti ini.
Tapi dia tahu, anaknya itu sedang bahagia di sana. Setia menunggu dia di pintu syurga. Sentiasa mendoakan kebahagiannya.
"Airis?"
Tegur seseorang. Aku berpaling ke arah orang itu. Macam kenal, tapi penampilannya agak lain. Berbeza dengan kali terakhir dia berjumpa dengan orang itu.
"Airis kan? Ni Aidil lah, kau dah tak cam aku aku?" soal Aidil, gembira hatinya bila dapat bertemu dengan Airis. Dari jauh dia perhatikan sahaja Airis, mahu tegur tapi takut salah orang. Puas berfikir, dia buat keputusan untuk datang menegur.
"Ouh, Aidil. Ka...kau buat apa dekat sini?" Airis senyum kekok, tidak menyangka yang dia akan berjumpa dengan Aidil di sini.
"Aku bawa anak sedara aku main dekat sini. Kau buat apa? Bawa anak?" Airis menggeleng.
"Tak lah, saja datang sini," Airis kembali alih pandangan ke arah kanak-kanak tadi.
"Kau apa khabar sekarang?" Aidil menyoal bagi memecahkan kesunyian. Rasa kekok pula nak berbual berbual dengan wanita ini sekarang setelah beberapa tahun mereka tidak berjumpa.
"Alhamdullilah sihat. Kau?"
"Aku macam ni lah Airis. Tak banyak perubahan pun," Airis kembali padang Aidil dengan kening yang terangkat.
"Tak banyak perubahan apanya? Aku hampir tak kenal kau tadi tahu tak?" Aidil ketawa mendengar balasan Airis sebenar tadi. Memang dia dah sedikit lain sekarang. Tidak lagi sekeding dulu. Tidak lagi selembik dulu. Badannya juga semakin tegap sekarang.
"Sikit je, tak banyak pun. Kau pun sama, makin cantik aku tengok sekarang," kini giliran Airis pula yang ketawa kecil sebelum Airis tersentak. Dia menarik nafasnya dalam, pandang Aidil yang berdiri di sampingnya sekarang.
Dah lama dia tak ketawa macam tu. Kenapa bila Aidil hadir, senang sahaja dia nak ketawa?
"Kenapa kau pandang aku macam tu? Aku tahu lah aku makin hensem sekarang, tapi tak payah lah nak tenung sampai macam tu," seloroh Aidil membuatkan Airis cepat-cepat pusingkan kepalannya ke depan semula.
"Suami kau mana? Tak ikut sekali?" Aidil kembali menyoal bila dia rasakan susana bertambah kekok. Badan Airis mengeras mendengar soalan daripada Aidil.
"Ta... Tak. Dia tengah sibuk sekarang," itu sahaja yang Airis mampu membalas. Ketar tangannya sekarang ni.
"Ouh yela kan, orang bisnes. Memang selalu sibuk,"
"Mana kau tahu?"
"Aura yang bagi tahu aku dulu. Oh, cakap pasal minah tu, dia buat apa ya sekarang? Dah kahwin ke belum? Yang Si Mar tu pula, apa cerita dia dengan Sir Aizat sekarang?" sekali lagi Airis tertawa kecil. Masih ingat rupanya Aidil dengan dua kawannya yang selalu cari pasal dengan dia.
"Aura ada je dekat rumah tu ha. Sihat je lagi, katanya nak buat bisnes jual kuih samperit. Aku pun tak tahu lah. Yang Mar pula, dah kahwin dah dia dengan Sir Aizat tu," ujar Airis. Melopong mulut Aidil dibuatnya.
"Mar dengan Sir Aizat dah kahwin. Wah, cepat ya Sir Aizat buat kerja. Aku ingatkan dia saja-saja je kacau Mar dulu. Tak tahu lah pula dia memang ada perasaan dengan Mar tu," Aidil geleng kepala tak percaya. Jadi gosip hangat berkaitan dengan Sir Aizat dan Maryam dulu bukan lah palsu.
"Jodohkan, nak buat macam mana," Airis tesenyum kecil.
"Kelakar lah pula bila ingat balik. Dulu bukan main Si Mar tu benci dekat Sir Aizat tu. Kata yang dia anti dengan duda lah, apalah. Last, last sekarang dah jadi suami," terlepas tawa Aidil.
"Itulah, orang kata jangan benci sangat. Nanti jatuh cinta," ujar Airis.
"Ya, jangan benci sangat, nanti jatuh cinta," mendengarkan Aidil ulang ayatnya tadi. Airis pusing pandang Aidil. Lama mata mereka bertembung hinggalah...
"Unlce Raya. Maya nak balik," seorang budak perempuan berlari ke arah Aidil.
"Maya nak balik dah? Dah tak nak main?" soal Aidil, budak kecil itu menggeleng. Tersenyum Airis melihat kelembutan Aidil bercakap dengan budak kecil.
"Kenapa Uncle Raya?"
"Dia kata nama aku tu hari raya haji punya, Aidil Adha kan. Tu yang dia panggil aku Uncle Raya. Eh, aku balik dulu lah Airis. Kirim salam dekat Aura," Airis mengangguk sebelum Aidil melangkah pergi bersama anak saudaranya tadi.
Pertemuan dia dengan Aidil membuatkan dia berasa lain. Entah bagaimana, rasa serabutnya yang sebelum ini hilang. Terbang bebas seperti seekor rama-rama yang gembira membuka sayapnya yang indah itu di atas langit.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...