Awal pagi lagi Harraz dah tercongok dekat depan rumah Airis. Hari ni hari terakhirnya untuk mengambil semula hati isterinya itu. Dah banyak perancangan yang dia buat, bersepah biliknya dengan kertas cadangan.
Ya, Harraz mencatat setiap satu saat segala perkara yang dia akan buat dengan Airis pada hari ini. Tak mahu ada satu saat pun yang akan dibazirkan. Bukan main panjang lagi doanya ketika dia solat subuh pagi tadi.
Semoga ALLAH permudahkan segala urusannya harini agar dia dapat tegakkan dan kuatkan semula masjid yang pernah dia dah bina dan hampir roboh disebabkan kebodohannya sendiri.
Airis keluar dari rumah bersama Aura, hari ini mereka merancang untuk keluar berjalan memandangkan esok mereka akan balik ke Malaysia semula. Terhenti langkah Airis dan Aura bila mereka nampak Harraz yang berdiri depan rumah dengan...
"Wait, what? Book bouquet?" ujar Aura terkejut, mulat matanya sekarang. Begitu juga dengan Airis.
Ini merupakan salah satu rancangan Harraz, kalau dah dua kali dia bagi sejambak bunga pada Airis, tapi Airis tetap tak terima. Jadi dia keputusan untuk bagi book bouquet. Semua buku di dalam itu ada lah buku siri baru milik Arsene yang tak keluar lagi. Buku itu akan dikeluarkan minggu depan, tapi bagaimana Harraz boleh ada?
"Morning." Harraz berjalan mendekati Airis.
"Awak buat apa dekat sini?"
"Manfaatkan masa yang ada lah,"
"No, hari ni saya nak keluar dengan Aura,"
Airis menarik tangan Aura pergi, tapi Aura menahan dan buat-buat seperti ada yang menelefonnya."Hello, ya saya. Ha? Apa Sir? Ada lagi yang tak settle untuk malam ni? Okay, okay saya datang sekarang. Baik Sir," Aura meletakkan telefonnya semula ke dalam poket seluarnya. Dengan muka bersalah yang dibuat, dia pandang Airis.
"Airis, Sir call aku, dia kata ada lagi yang tak settle untuk malam ni. Kau keluar lah dengan Harraz ya. Aku nak kena pergi sekarang. Sorry, bye," laju Aura menghilang. Tergaman Airis dibuatnya.
"Rezeki tak pernah salah alamat. Shall we?" Airis menjeling Harraz sebelum dia melangkah.
"Wait," Harraz halang dengan meletakkan book bouquet di depan Airis.
"Tak nak ke? Rugi tau? Limited punya ni," Harraz mengangkat keningnya.
Lambat-lambat Airis sambut. Otak kata tak nak tapi hati kata nak. Haih... Tak sehaluan betullah hati dengan otakknya ni.
***^_^***
Merata Harraz membawa Airis. Airis hanya ikut sahaja memandang dia pun tak tahu nak kemana. Semalam hanya Aura sahaja yang sibuk cari tempat, tapi tiba-tiba pula dia lari. Haih...
Sekarang mereka berada di Luxembourg Garden. Tenang sahaja Airis melihat sekarang pelbagai jenis bunga yang ada dekat sini. Umpama rama-rama yang sentiasa gembira apabila terbang dekat dengan bunga, itulah apa yang Airis rasakan sekarang.
"Cantikkan pemandangan dekat sini?" soal Harraz, laju Airis mengangguk.
"You know what makes it more beautiful?"
"Sebab ada banyak rama-rama yang terbang dekat sini?" balas Airis, matanya melihat pada setiap rama-rama yang bertebangan di sekeklilingnya.
"Yes, because you are here Mariposa," pandangan Airis di alih kepada Harraz.
"Dekat mana ada bunga, dekat situ ada rama. Tapi abang minta maaf, abang gagal jadi bunga untuk sayang. I'm not the true flower for you Mariposa. But I can be the world for you. For you to fly high,"
Airis berdehem perlahan bagi mematikan pandangan matanya dengan Harraz.
"Saya balik dulu, majlis malam ni mula jam 8,"
"Sure, have fun sayang. Jom abang hantar balik," mereka berdua berjalan keluar dari kawasan itu. Harraz berjaya, Harraz berjaya membuat rama-rama dalam perut bangun setelah lama mereka tidur.
***^_^***
"Aura, kalau aku tak pergi malam ni boleh tak?"
"No, jangan nak mengada ya. Kau dah siap dah tu, lagipun rugi lah kalau kau tak pergi malam ni. Sebulan tau kita bekerja keras, malam ni reward untuk kita lah," Aura menggeleng kepala, bahaya kalau Airis tak datang mala, ni. Habis lah rancangan mereka. Harraz dan yang lain juga datang malam ni, jadi mereka nak bagi Harraz luangkan masa lebih lagi dengan Airis. Biar Harraz pujuk kaw kaw Airis malam ni.
"Aku tak sedap badan lah. Rasa macam nak deman," Airis pejamkan matanya, dari tadi kepalanya pening. nak Kata dia tak cukup tidur, tak juga. Makannya pun terjaga sejak Harraz tak habis-habis ingatkannya untuk makan.
"Ha? Nak demam, aduh kau ni. Pergi makan ubat sekarang. Jangan lah tak pergi malam ni Airis, aku tak de kawan lah kalau kau tak datang," Aura meletakkan tangannya di atas dahi Airis, ada lah rasa suam-suam sikit.
"Kalau kau tak pergi, aku pun tak nak pergi ah," Aura membuat gaya seperti mahu mencabut tudungnya semula, pantas Airis menghalang.
"Eh, janganlah. Kau ni, yela, yela aku pergi. Jom. Kecoh lah dia ni," Aura dijelingnya.
"Macam nil ah aku sayang. Jom, kereta kita dah sampai tu," Airis mengambil beg nya dan berjalan keluar bersama Aura.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...