Pada awalnya Airis ingat, masa-masa cuti ni dia bolehlah rehat dan santai-santai dekat rumah. Tapi tak ada rezeki bila banyak assignment yang datang nak mencari kasih sayang daripadanya. Dari pagi tadi lagi dia hadap assignment ni. Dan sekarang dah pukul 11 pagi. Kejap lagi nak kena masak pula. Sejak duduk satu rumah dengan Harraz ni, jarang dia skip makan. Bila sampai masanya Harraz akan panggilnya untuk makan. Senang kata, makan dia memang terjaga ikut jadual. Dah macam duduk dekat asrama pun ada.
TOK! TOK! TOK!
"Airis!" laju Airis tarik tudung sarung sebelum dia buka pintu biliknya. Ni tak lain tak bukan mesti Harraz tanya bila nak masak tengah hari. Aduh, kacau betul lah.
"Kenapa?" soal Airis lepas dia buka pintu biliknya separuh. Bukan tak nak buka luas-luas, biliknya sekarang bersepah dengan kertas.
"Kejap lagi ummi dengan walid nak datang. Diorang nak tidur sini," beritahu Harraz, Airis hanya mengangguk sebelum dia tersedar sesuatu.
"Eh, saya belum masak lagi. Alamak," kelam kabut Airis keluar dari bilik, tapi langkahnya dihalang oleh Harraz.
"Yang tu kau tak payah risau, ummi kata dia nak masak untuk kita tengah hari ni. Dia dah siap beli barang. Ada satu perkara lagi yang kau patut risaukan," Harraz berpeluk tubuh.
"Apa dia?""Barang-barang kau. Kalau ummi tanya kenapa kita tidur asing, kau ada jawapan ke?" terdiam Airis dengar soalan Harraz, sejujurnya dia memang tak ada jawapan. Tak kan dia nak bagi tahu yang dia tak selesa untuk satu bilik dengan Harraz, tak pasal-pasal kena bebel pula. Datin Isma' dengan Puan Aliya, kedua-duanya sama je perangai. Kuat membebel.
"Manalah saya tahu. Saya nak kena buat apa?" soal Airis gelisah. Aduh, masak kalau macam ni.
"Ambil barang kau pindah masuk dalam bilik aku," dengan itu selamba je Harraz masuk ke dalam bilik Airis tanpa sempat Airis mengahalang.
"Kena serang taufan ke apa bilik kau ni Airis?" terkejut Harraz dibuatnya. Bukan main bersepah lagi bilik isterinya itu.
"Ish, mana ada. Saya tak sempat nak kemas lah, busy siapkan assignment," balas Airis, satu jelingan dihadiahkan pada Harraz. Sedap hati batu dia tu je nak masuk bilik orang.
"Apa-apa jela, sekarang ni kau angkut semua baju kau dalam almari tu pergi susun dalam almari aku. Aku dah sediakan tempat untuk kau simpan baju kau. Lepastu, buku-buku kau ni semua pergi letak dekat bilik yang hujung sana tu. Tu office aku, ada satu meja kosong dekat dalam bilik tu. Kau letak semua buku-buku kau dekat situ. Aku nak cabut cadar ni, faham?" Airis angguk sahaja mendengarkan arahan Harraz.
Tanpa banyak cakap dia terus keluarkan baju dari dalam almari. Dan baju itu dibawa ke bilik Harraz. Terpusing juga dia dalam bilik tu nak cari almari baju Harraz, tapi satu pun dia tak jumpa. Mana pula almari mamat ni?
"Harraz!" jerit Airis
"Ya!" Harraz menyahut dari bilik sebelah.
"Mana awak punya almari?!"
Satu saat...
Dua saat...
Ti-
Harraz sampai, dia bergerak ke arah kiri biliknya. Terdapat satu pintu sliding, tanpa banyak cakap terus sahaja Harraz menarik pintu tersebut. Maka dengan itu, terpampang segala mak nenek pakaian milik Harraz.
Ternganga luas mulut Airis, bapak besar almari mamat ni. Harraz pandang Airis sambil membuat gaya seperti menjemput orang masuk ke rumah sebelum dia terus melangkah meniggalkan Airis yang masih terkejut.
Tersusun elok pakaian milik Harraz mengikut kategori masing-masing. Bila perhatikan betul-betul, dah memang boleh buat satu lagi bilik tidur ni. Satu persatu bahagian Airis tengok sebelum matanya terhenti pada satu kawasan yang kosong. Mungkin kawasan tu yang Harraz simpan untuknya. Tanpa banyak kata dia terus menyusun bajunya di situ,
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...