Airis berasa lebih tenang pada hari ini jika dibandingkan dengan sebelum ni. Benar, masalah akan hilang jika kita kembali sujud pada Maha Pencipta. Ceritakan padaNya semua masalah kita, bergantung hanya padaNYa. Tuhan Yang Maha Berkuasa.
"Gembira nampak isteri abang harini,"
Tersentak Airis bila seseorang menegurnya, toleh ke kanan, pemilik suara itu tersenyum manis kearahnya. Senyuman yang selama ini Airis rindukan."Awak buat dekat sini? Macam mana awak tahu rumah saya dekat sini?" berkerut dahi Airis pandang Harraz. Bila masa pula Harraz sampai, kenapa dia tak perasan.
"Abang tak nak sia-siakan masa yang ada. Abang nak cari balik hati isteri abang. Abang nak hidupkan semula rama-rama yang ada dalam perut sayang," Harraz menyerahkan sejambak bungs ros putih. Semalam pun Airis tak ambil, takkan harini Airis nak ambil pula.
"Suka hati awak lah," Airis jalan tinggalkan Harraz.
Harraz tersenyum mendengar balasan Airis, nampaknya dia ada peluang untuk cuba mengambil semula hari isterinya itu. Masa yang diberikan terlalu singkat, tinggal tiga hari sahaja lagi. Dia perlu manfaatkan dengan sebetul-betulnya, kalau tak dia yang melepas. Dia tak akan lepaskan Airis.
"Sayang dah breakfast ke belum?" elok sahaja pertanyaan Harraz berakhir, secara tidak ramahnya perut Airis berbunyi. Dia memang tak sempat makan apa-apa pagi tadi.
"Lah, kenapa tak sarapan dulu sayang? Jom kita duduk dekat situ, abang ada buatkan roti. Kita makan kejap ya," Laju Harraz menarik tangan Airis tanpa sempat Airis menghalang. Harraz menyuruh Airis duduk, manakala dia membuka beg yang dibawanya tadi.
Sebenarnya, Aura ada mesej dia pagi tadi bagi tahu yang Airis tak akan sarapan pagi ni sebab Airis tak mahu. Terus sahaja Harraz siapakan sandwich dan terus ke rumah Airis. Tak perlu dia kalut sangat, sebab rumah dia sebelah rumah Airis sahaja. Lagipun pagi tadi dia memang sarapan sandwich, jadi bahannya semua dah tersedia.
"Ha, abang buat dua jenis. Satu ayam, satu lagi daging. Sayang suka ayam kan? Nah, sayang ambil yang ni. Abang letak banyak ayam," Harraz menyerahkan sandwich tapi tidak disambut oleh Airis. Harraz senyum, satu idea muncul dalam fikirannya.
"Abang tahu, sayang nak abang suap kan. Alah, manja ya sayang ni," Harraz berura-ura untuk menyuap Airis, tapi Airis terus ambil sandwich dari tangan Harraz kasar.
"Saya boleh makan sendiri lah," Airis menjeling Harraz sebelum dia masukkan sandwich ke dalam mulutnya dalam kuantiti yang banyak. Sakit hati punya pasal, lagipun dia nak cepat habis. Tak nak lama-lama dengan Harraz dekat sini.
"Makan pelan-pelan sayang. Tercekik nanti kang, dah abang kene buat CPR, mouth to mouth,"
UHUKK!
Tercekik ayam Airis dibuatnya. Perit tekaknya sekarang.
"Ya ALLAH, sayang. Abang dah cakap makan pelan-pelan. Kan dah tercekik, nah minum air ni," tak sempat Harraz nak serahkan air pada Airis, Airis terlebih dahulu mengambilnya. Bukan main rakus lagi dia telan air tu.
"Lain kali jangan kalut sangat makan tu, entah dah baca bismillah ke tak tu,"
UHUKK!
Sekali lagi Airis tersedak, tersedak air pula. Betul lah kata Harraz, dia lupa nak baca bismillah tadi. Itulah, derhaka pada suami lagi, lepastu tak baca bismillah. Tuhan bayar pakai QR terus, bukan main laju lagi line internet.
"Tersedak lagi, sayang okay tak ni?" tergeleng-geleng kepala Harraz sekarang. Tangannya dari tadi tak berhenti menggosok belakang badan Airis.
"Dah okay dah?"
Airis mengangguk, tapi mukanya masih merah. Nafasnya cuba dicari semula. Dah lah sos yang Harraz buat boleh tahan pedasnya. Memang perit habis tekaknya. Rasa macam nak terbakar dah ni.
"Dah sambung makan, makan pelan-pelan tau,"
Airis menyuapkan semula sandwich ke dalam mulutnya semula. Kini lebih berhati-hati.
"Lepas ni sayang nak kemana?" Harraz cuba topik untuk berborak. Tidak mahu suasana kekok menghantui mereka.
"Nak pergi tengok tempahan untuk majlis malam esok,"
Mendengarkan balasan Airis, Harraz mengangguk. Dia tahu majlis yang dimaksudkan Airis.
"Banyak ke tempat nak pergi?"
"Boleh lah,"
"Abang ikut ya."
Airis pandang Harraz sekilas.
"Suka hati awak lah. Kaki awak bukannya kaki saya,"
Airis terus bangun setelah dia habis makan, tangannya dikibas bagi membuang habuk.
"Thanks for sandwich,"
"Anything for you, Mariposa,"
Airis senyum sekilas sebelum terus melangkah. Harraz apa lagi, kejar lah.***^_^***
"Hanya kita berdua, kekal sampai tua. Bagai bulan di pagar bintap. Tetap kan bersama. Hanya kita berdua, kekal bahagia. Walau gila dibuatnya, aku sayang padanya~" nyanyi Harraz, kepala dilenggokkan ke kiri dan ke kanan. Airis di sebelah dah berapa kali mengeluh dah.
"Awak ni tak ada kerja lain ke selain daripada ikut saya?" Airis menyoal supaya Harraz berhenti menyanyi. Dah berapa orang pandang Harraz sekarang, tahulah suara tu sedap. Tak payah lah nak berlagak sangat.
"Tadi sayang kata sayang tak kesah kalau abang nak ikut ke tak, katanya ni kaki abang bukannya kaki sayang. Jadi suka hati abang lah nak ikut sayang ke, nak pergi buat kerja lain ke,"
Mengecil mata Airis pandang Harraz. Jawapan Harraz ni buat sakit hati Airis. Mahu sahaja Airis hempuk Harraz guna beg dia ni.
"Fine, tapi awak tak ada kerja ke? Datang sini tak kan nak kacau saya je,"
"Yup, tu tujuan abang datang sini. Abang nak cari balik sayap abang yang hilang. Yang abang pernah buang dulu. Dan abang berharap sangat yang dia boleh kembali pada abang semula,"
Ya, harapan Harraz untuk bawa Airis pulang ke pangkuannya semula.
"Saya saja nak bagi tahu dekat awak, jangan berharap sangat. Nanti awak juga yang sakit,"
"Tak apa, sakit abang tak sesakit yang sayang hadapi sekarang," Airis pandang Harraz lama sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Kalau Harraz tahu yang Airis sakit sangat sekarang, kenapa dia buat Airis macam tu?
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Roman d'amour~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...