BAB 9

211 11 0
                                    

Luas juga mata Airis bila di hadapannya sekarang tersegam indah sebuah rumah banglo yang boleh tahan juga besarnya. Ini berapa berapa tingkat ni? Landskap hadapan pun bukan main luas lagi, tu tak tengok dekat belakang. Apatah lagi dalam rumah. Tertelan air liur dia kejap.

"Besar betul rumah laki kau Airis. Bapak kaya," ujar Maryam, dia juga turut terkesima melihat perkara yang dia nampak sekarang.

"Betullah, bapak dia memang kaya. Dia aku tak tahu lah pula, tak pernah tanya," balas Airis selamba sebelum dia melangkah untuk membuka pintu supaya dia dan yang lain dapat melihat bahagian dalam rumah.

KREKK!!!

Perlahan-lahan pintu rumah ditolak. Ketiga-tiga sahabat itu membongkokkan sedikit badan mereka dan memasukkan kepala mereka ke dalam bagi melihat isi dalam rumah tersebut.

"Airis," panggil Aura.

"Hmm," balasnya.

"Rumah ni dah lama tak ada orang duduk kan? Dah lima tahun kan?" Airis hanya mengangguk mendengar soalan Aura serta mengiyakannya
.
"Kalau rumah ni berhantu macam mana?"

"Ish kau. Jangan nak mengarut boleh tak?" terus tegak badan Airis dan tak lupa juga satu pukulan padu dihadiahkan pada Aura.

"Mana ada aku mengarut. Kan orang kata kalau tempat tu ditinggalkan tak berpenghuni selama 40 hari, nanti ada makhluk lain yang duduk," ujar Aura tak kalah. Entah kenapa dia rasa seram sejuk je.

"Banyak lah kau, dah lah jom kita masuk. Banyak barang aku nak kena kemas ni," terus sahaja Airis berjalan masuk ke dalam rumah banglo milik Harraz itu. Tidak lupa juga untuk memberi salam dan membaca ayat Kursi. Ini semua disebabkan ayat Aura yang kurang bijak tadi. Lari terus keberanian dia yang dia tahan dari tadi.

"Kemas je aku tengok dalam rumah ni. Barang semua pun elok je tersusun, dah macam ada orang yang tolong kemaskan," kata-kata Maryam ada betulnya. Rumah ni memang nampak kemas dan tersusun. Mungkin Harraz dah kemas elok-elok sebelum dia ke luar negara. Yela, nak tinggal rumah dalam masa yang lama kan.

"Entah-entah kann..." ayat Aura tergantung, matanya dihalakan ke seluruh rumah bersama air liur yang ditelan kasar.

"Kau jangan eh. Aku hempuk kau nanti apa pun tak dapat. Sudahlah tu, cepat kita kemas apa yang patut. Lepastu kita terus balik," Airis bergerak ke arah kereta semula untuk mengeluarkan barangnya.

"Eh, kau kata nak tidur sini?" soal Maryam. Dia juga turut membantu Airis membawa masuk bagasi ke dalam rumah.

"Tak nak aku, Aura dah potong mood aku nak bermalam dekat sini," balas Airis sambil menjeling ke arah Aura.

"Apa? Betullah apa yang aku cakap," Airis tidak membalas malah teruskan melangkah mencari biliknya.

Kaki dibawa ke tingkat dua, terteleng-teleng kepalanya mencari bilik yang sesuai. Akhirnya dia jumpa satu pintu yang menarik minatnya, terus sahaja pintu bilik itu didekati. Tangannya mencuba untuk memulas tombol pintu itu.
"Tak kunci," ujar Airis perlahan.

Perlahan-lahan dia menolak pintu tersebut. Kepala dimasukkan ke dalam, gelap semacam je bilik tu. Tangan dibawa meraba ke arah dinding, selalunya suis lampu ada berdekatan situ sahaja.

KLAK!

Terus terang benderang bilik itu. Ternganga juga lah mulut Airis dibuatnya.

"Bapak besar bilik ni. Master bedroom ke?" teka Airis. Baru sahaja dia nak melangkah masuk, dia hentikan niat tersebut. Kaki ditarik ke belakang semula.

"Kalau ni master bedroom, mesti ni bilik Harraz. Malas lah aku nak masuk," terus lampu dimatikan semula dan dia kembali menutup pintu bilik itu.

"Airis kau kat mana? Bilik kau yang mana satu?!" jerit Aura dari bawah. Barulah Airis teringat yang dia ada suruh dua orang kawannya itu mengeluarkan barang dari kereta terlebih dahulu sementara dia nak cari bilik.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now