BAB 17

212 5 3
                                    

"Welcome to the other Nation, Mariposa," ujar Harraz. Airis yang masih tergamam itu memandang ke arah Harraz.

"Other Nation?" soal Airis.

"Yup, other Nation,"

Dahi Airis berkerut.

"Maksudnya?"

"Other nation means imagination," Harraz tersenyum sinis. Sekarang barulah Airis faham maksud Harraz. Dia kembali memandang ke sekeliling bilik itu. Bukan main banyak lagi buku yang tersusun cantik di setiap rak. Ada juga rak yang ditutup oleh gelas kaca. Di satu sudut terdapat piano yang terletak elok sahaja di situ. Tak sangka pula dia ada perpustakaan mini dalam almari. Dah macam Chronicles of Narnia pun ada.

"Library ni awak punya ke?" soal Airis. Boleh tahan besar juga perpustakaan mini milik Harraz ni.

"Yup, tapi itu dulu," terus sahaja Airis pusing pandang Harraz yang sedang bersandar di pintu. Airis pula dah ketengah tanpa dia sendiri sedar.

"Kenapa sekarang tak?" Harraz melangkah mendekati Airis.

"Sebab sekarang library ni dah jatuh hak sepenuhnya pada kau sejak kau melangkah masuk dalam library ni," balas Harraz bersama satu senyuman yang cukup manis pernah Airis tengok.

"Awak bagi library ni dekat saya ke?" soal Airis tak percaya. Memang gila lah kalau Harraz kata ya. Dah lama dia menginginkan perpustakaan mini miliknya sendiri.

"Kenapa? Kau tak nak?" laju Airis menggeleng.

"Bukan, tapi..."

"Lepas ni aku sibuk, jadi aku jarang masuk dalam bilik. Sebab tu aku bagi dekat kau. Kau nak tak?" kali ni laju pula Airis mengangguk. Gila nak tolak, rezeki ni. Tersenyum lebar Airis dibuatnya.

"Marah aku lagi?" soal Harraz masih mencari kemaafan dari Airis.

"Tak dah," balas Airis. Takkan lah dia nak marah lagi, Harraz dah hadiahkan dia perputakaan mini kut.

"Baguslah," Harraz senyum sebelum dia mencium dahi Airis.

Airis dah tak terkejut macam dulu sebab dah biasa. Setiap pagi sebelum dia pergi kelas, Harraz akan mencium dahinya. Tambah pula sekarang mereka dah tidur sebilik, Harraz akan mencuim dahinya setiap kali habis solat berjemaah serta sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

"Tu piano awak ke?" Harraz mengangguk.

"Wah, awak pandai main piano?"

"Kenapa? Tak percaya?"

Airis seakan berfikir sekejap. Dia percaya je kalau Harraz kata dia pandai main piano.

"Cuba awak try main, saya nak dengar. Boleh?" dengar sahaja permintaan daripada Airis. Harraz segera bergerak ke arah pianonya. Berhabuk habis dah pianonya ini. Sudah lama dia tak main. Harraz menarik nafas dalam sebelum dia memainkan irama River Flow in You dari Yiruma.

Habis sahaja Harraz memainkan irama tersebut. Laju Airis menepuk tangannya, bangga dengan kelebihan Harraz yang satu itu.

"Wow, matap lah awak," puji Airis, dia mendekati Harraz.

"Terima kasih awak," Airis senyum ke arah Harraz. Sekali lagi Harraz mencium dahinya.

"My pleasure, Mariposa," Airis pandang Harraz pelik.

"Mariposa?"

Harraz tersenyum sinis.

"Mariposa means butterfly, sayang," bisik Harraz di telinga Airis sebelum dia terus melangkah keluar meinggalkan Airis yang tergamam.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now