BAB 28

187 4 0
                                    

"Hoi budak baru, buat air dekat Mr. Irsyad!"
Terpejam mata Airis bila mendengar suara yang boleh menyebabkan telinga bernanah.

Sikit pun dia tak bergerak mendengar arahan daripada Ava. Airis masih fokus meletakkan lapisan fondant pada kek sebelum menghiasnya menggunakan bunga ros coklat yang telah dibentuknya sebentar tadi.

"Eh, you ni pekak ke apa? Tak dengar apa yang I cakap?" Ava dah berdiri di sebelah Airis. Merah mukanya menahan marah.

Selepas pergaduhan besar mereka saat hari pertama Airis masuk kerja di situ, Harraz mengarahkan Madam Rianti menukar jadual Airis, membuatkan hanya sekali sahaja dalam seminggu Airis akan bekerja sekali dengan Ava. Dan hari malangnya itu adalah pada hari ahad.

"Bukan madam suruh awak ke yang buat? Kenapa nak suruh saya pula? Saya ada kerja lain ni," Airis bersuara menegak kebenaran. Memang dia ada dengar yang Madam Rianti meminta Ava buatkan air sebelum dia keluar sebentar tadi.

"You jangan nak melawan ya. Dengar jela apa yang I cakap. Itu pun susah ke?" disebabkan Airis malas mahu melayan karenah Ava dan malas nak cari gaduh, dia terus melangkah ke bahagian membuat air dan buatkan air pada Big Boss mereka.

"Nanti dah siap you bagi dekat I. I nak pergi hantar dekat Mr. Irsyad," bukan main melenggok lagi Ava berjalan ke arah kaunter. Airis hanya membuat mimik muka mengejek Ava.

Siap sahaja air yang dibancuh, Airis membawa air itu ke kaunter untuk diberikan kepada Ava. Dia ada banyak lagi kerja yang nak kena buat.

"Nah air Mr. Irsyad," Airis meletakkan air itu di atas kaunter betul-betul depan Ava. Baru sahaja Ava nak melangkah, dia di halang oleh Madam Rianti yang baru sahaja masuk.

"Eh, Mr. Irsyad nak Airis hantarkan pada dia. Katanya ada perkara nak bincang," terhenti langkah nak ke bahagian belakang bila dengar namanya disebut.

"Dia nak saya yang hantar?" Airis menunjukkan ke arah dirinya sendiri. Tanpa teragak-agak Madam Rianti mengangguk.

"Tapi saya ada banyak kerja nak buat ni. Kek yang customer tempah tu tak siap lagi," Airis memberi alasan. Dia sebenarnya tak mahu berjumpa dengan Harraz sekarang memandangkan dia merajuk dengan lelaki itu.

Ada ke patut semalam Harraz suruhnya masak sedap-sedap untuk dia balik makan malam tu. Airis bukan main penuh kasih sayang lagi masakkan untuk Harraz. Sampai jam dua belas malam dia tunggu, tapi Harraz tak balik-balik sampaikan dia tertidur di ruang tamu.

Bila dengar bunyi kereta Harraz, Airis terjaga. Dan jam menunjukkan pukul dua pagi. Harraz masuk dalam keadaan penat membuatkan dia tak perasan dengan kehadiran Airis di ruang tamu.

Bila Airis panggil namanya barulah dia perasan. Harraz senyum sekilas pada Airis. Saat Airis tanya padanya sama ada dah makan ke belum, tanpa rasa bersalah Harraz mengangguk. Habis muncung sedepa mulut Airis. Dia penat-penat masak dan tunggu, Harraz boleh pula kata yang dia dah makan.
Tak pasal-pasal Harraz tidur luar malam tadi. Pagi tadi pun bukan main lagi Airis mengelak dari Harraz. Disebabkan kecewa, Airis langsung tak buat sarapan untuk pagi tadi. Datang kerja pun dia naik grab.

"Tak apa, kerja Airis tu biar ava yang sambung," balasan Madam Rianti membawa Airis ke dunia nyata semula.

"Tapi..."

"Dah tak payah tapi-tapi. Pergi cepat, Mr. Irsyad dah tunggu tu," Madam Rianti menyerahkan air kepada Airis dan menolak Airis perlahan keluar daripada bakery.

Ava sudahpun naik turun dadanya menahan geram, terlepas dia nak berjumpa dengan Mr. Irsyad pada hari itu. Tidak dinafikan yang dia memang ada perasaan pada lelaki itu sejak sekolah menengah lagi.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now