BAB 6

213 7 2
                                    

Airis melepaskan nafas lega bila dia selesai mengemas kawasan ruang tamu. Dari awal pagi sampai ke petang dia mengemas. Makin tambah lambat bila Puan Aliya menyuruhnya menukar sarung bantal untuk sofa, tidak lupa juga langsir tingkap. Bukannya dia tak nak minta tolong abang-abangnya, cuma kedua-dua abangnya itu sedang sibuk memasang khemah di luar.

"Akak dah siap kemas?" soal Puan Aliya yang baru sahaja keluar dari bilik tidurnya.

"Dah ibu, cuma akak tak sampai nak cuci kipas siling tu je," balas Airis, dia mengambil tempat di sofa. Penat ya bila dari tadi dia berdiri.

"Tak apalah, yang itu nanti ibu suruh adik yang cucikan," Puan Aliya mengambil tempat di sebelah Airis.

"Adik pergi mana ibu?"

"Macam lah akak tak kenal adik tu. Pantang balik dari asrama, kerja nak merayap je. Tambah-tambah pula abah ada tolong dia modified motor dia tu semalam, makin tambah gian lah dia nak meronda satu kampung," ujar Puan Aliya seraya menggelengkan kepalanya, pening dengan anak bongsnya yang satu itu.

"Nak buat macam mana ibu, pemangkin ketua kampung dan bilal masjid lah katakan," tergelak Puan Aliya mendengar balas dari Airis.

Airis pun tak faham dengan adiknya yang sorang itu, bukan main lagi belajar dekat tahfiz, ada masa jadi bilal dekat masjid bila balik dari asrama. Tapi perangai dia yang suka meronda naik motor satu kampung itu, memang tak boleh tinggal. Apa nak jadilah dengan Ariq Najwan anak kesayangan Encik Suhaimi ni.

"Sini ikut ibu kejap, tengok bilik," ajak Puan Aliya, lembut sahaja dia menarik tangan Airis untuk mengikutinya.

Ternganga luas mulut Airis bila dia nampak keadaan biliknya kini. Bukan main cantik lagi, pandai ibunya hias.

"Cantiknya ibu, ibu buat sendiri ke semua ni?" soal Airis tak percaya. Pandangan dilemparkan ke seluruh bilik, tak nak ada tertinggal satu pun.

"Tak ada lah, ibu bukan buat sorang. Kak Su dengan Kak Haura yang tolong ibu tadi,"

"Ouh yeke? Mana diorang?" soal Airis. Tak ada pula dia nampak dua orang kakak iparnya itu sejak dia melangkah masuk ke dalam bilik.

"Dah pergi belakang, tolong yang lain merewang," balas Puan Aliya. Airis pula hanya mengangguk.

"Ibu ada perkara sikit nak bagi tahu dekat akak ni," Ayat yang keluar dari mulut Puan Aliya mebuatkan Airis berdebar. Jangan kata majlis esok tak jadi sudahlah. Ingat senang ke dia nak buat keputusan ni?

Ya, dengan berani mati dia buat keputusan untuk terima perkahwinan yang diaturkan oleh keluarganya ini. Bukan main gembira lagi ibu bila dia bagi tahu yang dia terima pinangan itu dua minggu lepas.

Tapi dia baru dapat berjumpa dengan bakal keluarga mertuanya tiga hari lepas. Itupun sebab bakal keluarga mertuanya perlu menghinap di homestay yang ada di kampungnya.

Tapi tidak pernah pula dia berjumpa dengan bakal suaminya. Bukan sekadar nak jumpa, nama pun dia tak tahu memandangkan semua persiapan pengantin dah siap. Baju dia pun sudah di tempah dan padan dengan badannya semasa dia cuba minggu lepas. Entah bila lah ibu siapakan semua ni.

"Ibu nak cakap apa?" soal Airis risau.

"Ibu nak cakap pasal majlis esok,"

"Kenapa dengan majlis esok ibu?" makin gementar pula dia sekarang. Manalah tahu jadi kes pengantin lelaki lari ke sebab tak pernah dia terserempak. Bakal keluarga mertuanya selalu ke rumah bagi membantu mana-mana persiapan yang masih belum siap, namun tidak pula bakal suaminya.

Dia pun tak mahu lah tanya lebih, nanti kata tak penyabar pula.

"Pasal pengantin lelaki," bertambah kerut dahi Airis.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now