BAB 27

179 5 2
                                    

Airis membancuh adunan seperti biasa. Jika dia rasakan yang adunannya ini terlebih keras, dia menambahkan sedikit air. Puas dia bersilat di dapur selepas Harraz memberitahunya yang mereka akan ke pantai pada petang itu. Katanya, Irfan yang beria mengajak mereka berkelah sekali. Harraz juga ada beritahunya untuk mengajak Aura dan Maryam juga.

Bukan main teruja lagi dua orang tu bila Airis khabarkan berita tersebut. Apa yang gembira pun Airis tak tahu, padahal Airis bukan main malas lagi nak keluar. Sudahlah hari ni sahaja hari cutinya. Nak-nak lagi bila Harraz menyuruhnya masak beberapa hidangan unutk bawa ke sana. Nasib badan.

"Kau dah siap ke belum?" Airis angkat kepala memandang Harraz yang berjalan ke arahnya. Dahinya mula berkerut.

"Bila awak balik? Saya tak dengar bunyi kereta pun."

"Macam mana nak dengar kalau kau buka lagu bukan main kuat lagi. Bergegar habis satu rumah,"

Airis tersengih malu. Lupa pula dia pasang lagu, ralik sangat memasak sampai tak sedar yang lagu dia pasang bukan main kuat lagi. Pada awalnya dia pasang dalam keadaan marah, itu yang kuat dipasangnya.

"Ini dah siap ke semua ni?" Harraz membuka penutup periuk untuk tengok isi di dalam. Wah, masak asam pedas. Sedap ni.

"Dah siap dah, awak tolong letakkan dalam bekas boleh? Saya nak buat kek ni," Harraz mengangguk. Bekas yang sudahpun tersedia di atas meja, diambil. Kemudian, segala jenis lauk yang telahpun dimasak oleh Airis, dicedok masuk ke dalam bekas.

"Kek kau tu lama ke nak masak?"

"Tak lama pun, sekejap je. Dalam masa kita bersiap nanti, masak lah kek ni,"

Airis masukkan kek ke dalam ketuhar, suhu ditukar dan masa dipulas. Dia tersenyum puas melihat keknya itu sedang dibakar.

"Saya pergi mandi dulu ya, awak jangan lupa bungkus nasi juga tau. Nanti makan lauk saja kita,"

Airis terus melangkah naik ke bilik. Harraz mengeluh, dia juga yang kena kemas dapur. Bukan main bersepah lagi dikeja oleh Airis. Tak apalah, isterinya itu sudah penat memasak. Apa lah salahnya kalau dia tolong kemaskan.

***^_^***

Turun sahaja dari kereta, Airis dah nampak Aura dan Maryam melambai ke arahnya. Laju kakinya melangkah tanpa membantu Harraz yang sedang sibuk menurunkan barang dari kereta.

"Asal kau lambat?" serentak Aura dan Maryam menyoal bila Airis tiba di hadapannya.

"Aku masak tadi, tu yang lambat,"

"Kau masak?!" jelas muka kedua-duanya tak percaya.

"Asal? Tak caya?"

"Bukan tak percaya, tapi mantap doh. Dah lama aku tak makan masakan kau," Aura terus memeluk Airis, mukanya dibuat seolah-olah dia sedang menangis.

"Banyak lah kau, dah tepi," Airis menolak Aura, Maryam pula dah tergelak.

"Airis, Harraz mana?"

"Tu ada dekat kereta. Tengah angkat barang, pergi lah tolong dia," Irfan mengangguk, dia memanggil Rizal terlebih dahulu sebelum berjalan ke arah Harraz untuk membantu lelaki itu.

"Hi," tegur seseorang. Mengecil mata Airis untuk mengecam perempuan yang menegur mereka itu.

"Ni Kak Laila lah, isteri Rizal," ujar Aura. Terangguk-angguk kepala Airis.

"Ouh, sorry kak, saya tak perasan," Airis tersenyum janggal.

"Tak apa, lagipun Airis tak pernah jumpa akak lagi. Si Rizal tu boleh pula tertinggal akak masa majlis bersanding Airis dengan Harraz haritu. Naik bengang akak, kita dah lawa-lawa. Boleh pula tertinggal, dah lah akak excited gila nak jumpa Airis masa tu,"

Peramah sahaja Laila, sudahlah cantik. Muslimah, bertudung labuh. Sejuk sahaj mata memandang, mukanya pula ada iras-iras orang arab, dan lembut sahaja. Beruntung Rizal dapat isteri yang cantik macam Laila.

"Nak buat macam mana kak, Irfan pun ada kata yang Rizal tu dah nyanyok sebelum usia,"
Tergelah Laila mendengar bicara Airis, maka terselah lah lesung pipit yang membuatkan wajah Laila bertambah manis.

"Betullah apa yang Si Irfan tu cakap, suami akak tu dah nyanyok sebelum usia. Eh jom lah kita duduk dekat sana, akak ni dah tak larat nak berdiri lama-lama. Maklumlah, ada penambahan berat badan," tersenyum Airis mendengar kata-kata Laila. Dia faham akan maksud yang Laila cuba sampaikan, memandangkan Laila sedang berbadan dua membuatkan dia tidak boleh berdiri lama.

"Dah berapa bulan akak?" Aura menyoal semasa mereka berempat melangkah ke arah tikar yang Rizal sudah bentangkan sebentar tadi. Ada juga dua orang anak Rizal yang sedang bermain di situ.

"Dah masuk tujuh bulan dah ni," perlahan-lahan Laila duduk di kerusi yang telah disediakan. Dia tak mampu untuk duduk bawah, susah nak bangun nanti.

Nampak sahaja kelibat Airis, Aura, dan Maryam, anak-anak Laila terus belari ke belakang Laila.

"Rania, Raykal. Ni Aunty Airis, isteri Uncle Harraz. Yang ini pula Aunty Aura dan Aunty Maryam, kawan Aunty Airis. Pergi salam," arah Laila, dengan malu-malu Rania dan Raykal bergerak menyalami orang yang baru mereka kenali itu.

"Kembar ke ni Kak Laila?" soal Maryam.

"Tak lah, Rania ni sulung, Putri Rania Lara. Yang ini pula kedua, Putra Raykal Lutfi," terang Laila. Ketiga-tiga sahabat itu mengangguk.

"Yang akan datang tu dah tahu ke boy or girl?" tersenyum Laila mendengar soalan Airis. Dia mengangguk.

"Boy," jawabnya.

"Ouh, Raykal ada kawan lah lepas ni,"

"Itu lah tu, Rania ni dah menangis dah bila tahu haritu. Katanya nak adik perempuan, dah tak nak adik lelaki,"

Laila mengusap perlahan kepala Rania yang berusia sembilan tahun itu.

"Tak apa Rania, aunty Airis ada. Kita boleh kawan," Airis senyum manis pada Rania, tanggannya dihulurkan sebelum di sambut Rania bersama senyuman.

"Tak apa kak, lepas ni boleh cuba lagi. Mana tahu dapat girl pula ke lepas ni," bicara Aura mengundang tawa halus daripada Laila.

"Akak ingat nak tutup kilang buat sementara waktu ni. Tak apa, kita tunggu Airis pula bagi kita anak buah,"

Tersentak Airis yang sedang bermain dengan Rania. Laila, Aura, dan Maryam sudah tergelak.

"Lambat lagi tu kak, ghisau lah ekk,"

Kini mereka berempat gelak terbahak-bahak.

"Amboi sedapnya membawang, bukannya nak tolong kita ni angkat barang," terhenti langkah Irfan bila dengar kata-katanya sendiri, begitu juga dengan Rizal. Laju Rizal pusing pandang Irfan di belakangnya. Harraz pula sudah berkerut dahi melihat gerak-geri dua kawannya itu.

"Bila masa kau pandai berpantun ni Fan?" soal Rizal tak percaya.

"Ye doh, bijak juga aku enn," Irfan seakan bangga dengan bakat spontannya sendiri.

"Setakat pantun dua kerat, Rania pun boleh," Aura bersuara sambil mulut dimuncungkan, menyampah tengok Irfan yang bangga dengan diri sendiri.

"Eleh, cemburu cakap jela. Tahulah awak tu tak pandai pantun," Irfan meletakkan bekas ais yang dibawanya.

"Saya pandai pantun eh. Empat kerat lagi," balas Aura tidak puas hati. Sedap je mulut tu nak judge orang.

"Cubalah nak dengar," Irfan mengangkat kedua-dua belah keningnya berkali-kali seakan-akan memprovok Aura.

"Sudahlah tu, aku kahwin kan korang berdua ni karang," Laila menyampuk, malas dia nak tengok pergaduhan sekarang.

"Ha, cepat sikit kahwinkan aku dengan Aura ni," selamba sahaja Irfan membalas.

"What?!" berkerut teruk dahi Aura mengundang tawa semua orang.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now