BAB 47

172 4 0
                                    

Harraz melangkah lemah ke dalam biliknya. Airis yang baru sahaja selesai solat isyak didekati. Sikit pun Airis tidak mengendahkan diri.

"Sayang marah abang lagi ke?" soal Harraz, berusaha mendapatkan perhatian Airis semula tapi langsung tidak dilayan oleh Airis.

"Abang minta maaf sayang. Abang janji ab-"

"Tolong berhenti berjanji kalau abang rasa abang tak boleh nak tunaikan. Sakit abang, sakit mengharapkan segala janji abang sebelum ni," potong Airis sebelum dia melangkah keluar daripada bilik tidur mereka. Dia perlu ubatkan hatinya, dia perlukan masa.

Harraz mengeluh kesal. Dia tahu kali ni memang betul-betul salah dirinya. Dia pilih untuk menjauhi Airis. Dia yang pilih untuk Airis membencinya. Dia tak nak Airis kecewa seandainya perkara yang diakatakan Qayla itu benar. Dia tak nak Airis terluka.

Selagi dia mampu, selagi itu dia cuba mencari segala kemungkinan untuk menidakkan tuduhan Qayla terhadap dirinya. Harraz bangun mencapai tuala, kaki dibawa ke dalam bilik air. Dia perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Airis yang berdiri di luar bilik hanya mampu menagis sedih. Sedaya upaya dia tahan supaya suaranya tak didengar oleh Harraz. Mana Harraz? Harraz tak datang memujuknya tika ini. Harraz biarkan di pergi macam tu sahaja.

Airis betul-betul dah buntu, apa salahnya kali ni? Kenapa Harraz menghukumnya sampai macam ni? Apa lagi dugaan yang ALLAH nak uji hubungan mereka berdua suami isteri?

Tidak mahu Harraz perasan akan dirinya yang sedang menangis sekarang. Airis membawa kaki ke perpustakaan mini yang dihadiahkan oleh Harraz satu ketika dahulu. Sungguh, dia rindukan Harraz yang dulu. Harraz sentiasa manja denganya. Sentiasa membuatnya tersenyum.

Bukannya Harraz yang sekarang, yang banyak larikan diri daripadanya, banyak membuat air matanya jatuh. Airis membaringkan badannya dia atas sofa. Mata ditutup mengharapkan dia dibawa pergi ke dalam mimpi yang indah.

***^_^***

Selesai mandi, Harraz keluar dengan niat ingin mencari Airis. Dia mahu memujuk isterinya itu. Kakinya berhenti di hadapan perpustakaan mini, dia nampak Airis elok sahaja tertidur di atas sofa yang terdapat di dalam bilik itu.

Kaki dibawa melangkah ke arah Airis. Hancur hatinya bila dia nampak mata Airis berair. Sekali lagi, isterinya tidur bertemankan air mata. Air mata yang mengalir disebabkan dirinya. Harraz melutut di sebelah Airis.

"Abang minta maaf sayang. Kali ni abang betul-betul janji yang abang akan pulihkan semuanya semula. Abang akan perbaiki semuanya semula. Bagi abang masa ya sayang, tunggu abang ya sayang," Harraz mencium dahi Airis lama.

"Abang rindu nak dengar suara sayang bercerita pasal novel yang sayang baca. Abang rindu nak dengar ketawa sayang. Abang rindu nak dengar teka-teki sayang. Abang rindu nak main baling-baling bantal dengan sayang, abang rindu nak baking sama-sama dengan sayang," Harraz melentokkan kepalanya disisi Airis. Tangannya erat menggenggam tangan Airis.

"Anak kita mesti tengah bahagia dekat sana kan sayang? Dia mesti marahkan abang sebab buat mama dia menangis. Abang tak sengaja buat sayang menangis. Maafkan papa ya baby, papa tak jaga mama elok-elok. Papa sakitkan mama, papa jahat kan baby. Baby doakan hubungan papa dengan mama baik macam dulu semula ya. Papa rindukan mama," adu Harraz lagi. Tanpa dia sedar, air mata mengalir turun.

"Sayang ingat tak masa kita dekat Turki dulu, sayang suka dengar abang bercerita pasal bangunan-bangunan dekat sana. Banyak lagi tau tempat yang abang nak bawa sayang. Abang nak bawa sayang pergi Turki, Paris, London. Abang nak tunjuk dekat sayang tempat abang belajar dulu. Abang nak bawa sayang pergi tempat yang abang selalu pergi bila abang teringatkan sayang," Harraz bercerita seakan-akan Airis boleh mendengar setiap kata-katanya tika ini.

"Sayang dah benci abang ke? Abang tak minta semua ni jadi. Abang hanya mampu berdoa supaya ALLAH bantu disetiap ujian yang dia bagi pada kita sekarag. Abang cuba sayang..." Harraz memejamkan matanya rapat.

Akhirnya kedua-dua suami isteri itu tertidur di atas sofa. Kedua-duanya berharap agar semua ini berakhir dengan cepat. ALLAH tak akan uji hambanya jika hambanya tak mampu.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now