BAB 8

217 10 2
                                    

5 tahun kemudian...

BAM!

Kuat Maryam menghentak bukunya dia atas meja. Terangkat bahu kedua-dua sahabatnya kerana terkejut. Tak habis dengan itu, dia menghempaskan badannya dia atas kerusi bersama tangan yang disilangkan didadanya. Mukanya tak payah cakap, mendung habis.

"Kau ni pun, kalau nak marah tu agak-agak lah en. Tak payah lah sampai nak hempas buku tu, aku tengah study ni. Kang ada yang makan kaki aku free je harini," balas Aura, renungan tajam di hadiakan pada Maryam. Meluap je rasa nak marahnya sekarang ni.

"Kau tahu tak Sir Aizat tak terima aku punya kerja. Dia suruh aku buat yang lain, lepastu yang paling aku tak puas hati. Dia nak esok kau tahu tak? Mana nak sempatnya!" adu Maryam, mukanya disembamkan ke atas meja.

"Alah dia sengaja ah tu supaya dapat jumpa kau hari-hari," balas Aura, dia kembali fokus pada bukunya semula.

"Banyak lah kau, aku dah meluat kau tahu tak? Hampir tiap-tiap hari aku kena pergi office dia tu. Serabut lah,"

"Jangan benci sangat Mar, kang aku kahwinkan korang berdua. Sir Aizat tu single tau, duda paling hot pula tu kat Uni kita," Aura menjongket keningnya beberapa kali pada Maryam sebelum dia mendapat satu das tembakan tangan berduri dari Maryam.

"Kau jangan nak merepek ya. Hot tak hot, duda bukan taste aku. Geli aku nak kahwin dengan duda, lagi-lagi Sir Aizat tu. Boleh nightmares kau tahu tak kalau bayangkan," Maryam menjulingkan matanya ke atas, meluat rasa.

"Ehem, Maryam. Jumpa saya dekat office saya sekarang," terhenti pergerakkan Maryam bila dia dengar suara yang memanggilnya.

Dia kenal sangat dengan suara tu, suara yang selalu masuk ke dalam gegendang telinga sejak dia masuk ke sem ni. Perlahan-lahan dia pusing ke arah belakangnya, Aura dan Airis hanya diam tak berkata. Tertelan air liur dia bila nampak Sir Aizat memandang tepat ke arahnya dengan pandangan membunuh.

"Sekarang ke Sir? Saya nak makan dulu boleh tak?" ujar Maryam perlahan, tapi masih boleh didengar.

"Now!" terus sahaja Sir Aizat melangkah pergi. Mengeluh Maryam di buatnya.

"Pergi lah, bakal suami panggil tu," ujar Airis yang sedari tadi diam. Senyuman sedaya upaya dia tahan daripada keluar.

"Ni semua salah kau!" Sempat Maryam menjeling ke arah Aura. Habislah dia kena menghadap dengan encik duda tu lagi. Baru je tadi dia berjaya keluar dari office mamat tu, ni kena masuk menghadap semula.

"Eh Airis, kau ada terserempak dengan Aidil tak?" soal Aura mencari topik perbualan.

"Tak ada pula, dia sambung sini juga kan?"
Aura mengangguk.

"Aku ada terserempak dengan dia dua hari lepas, dia ada juga tanya pasal kau. Aku cakap lah kau dah kahwin, dia suruh aku cakap congrats kat kau," Airis senyum sekilas dan mengangguk.

Sejak pergaduhannya dengan Aidil 5 tahun lepas, memang dia dah lama tak nampak lelaki itu. Bila Maryam bagi tahu yang Aidil juga sambung di Uni yang sama dengan mereka, Airis berharap yang dia tak akan terserempak dengan Aidil. Dan doanya dimakbulkan bila dia langsung tak pernah terserempak dengan lelaki itu.

***^_^***

Aura memakirkan kereta betul-betul di hadapan rumah sewa mereka bertiga. Kini mereka berjaya sambung belajar dan syukur bila ketiga-tiga dapat sama Uni.

Memandangkan sekarang merupakan tahun akhir mereka, agak jarang juga mereka nak mengemas rumah. Sepanjang masa ada dekat kampus, rumah ni balik hanya untuk tidur sahaja.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now