Dari awal mereka check out sehinggalah masuk ke dalam kereta, Airis tak berhenti senyum. Mana tak happy bila Harraz kata yang diorang akan ke kedai buku untuk beli buku yang dijanjikan semalam.
"Berapa banyak novel yang kau nak beli ni?" soal Harraz bila dia berjaya memakirkan keretanya dia ruang parkir mall tersebut.
"Novel Arsene tu jela. Kan awak dah janji," Airis keluar daru kereta diikuti Harraz, tak sabar dah ni.
"Takkan novel tu je? Beli jela lagi, aku belanja," bersinar mata Airis tatkala mendengar ayat yang keluar dari mulut Harraz sekarang.
"Betul ni? Awak nak belanja,"
Harraz angguk.
"Ada nampak aku gurau ke?"
Makin lebar senyuman Airis sepanjang perjalanan masuk kedai buku. Masuk-masuk je dalam kedai Popular, Airis pejam mata dan menarik nafas dalam. Dah lama dia tak bau kedai buku. Rindunya bau ni. Buka sahaja matanya, dia ternampak sesuatu.
"Awak, kalau saya nak beli novel ni boleh tak? Lama dah saya duk usya buku ni, tapi tak cukup duit nak beli," Airis menunjukkan novel It End with Us dan It Start With Us yang ditulis oleh Colleen Hoover.
"Tak cukup duit? Duit yang selama ni aku masukkan untuk kau tak cukup ke?" soal Harraz, setahunya dia selalu masukkan duit dalam akaun Airis sebanyak dua ribu sebulan. Takkan tak cukup lagi.
"Ouh, errr... duit yang awak masukkan dekat saya tu. Saya tak pernah guna," jawab Airis perlahan.
"What?! Kau tak pernah guna? Then duit tu kau tak pernah keluarkan?" Airis menggeleng. Harraz menghembuskan nafas kasar seraya menyelak rambutnya ke belakang dengan kasar.
"Aku masukkan duit dekat kau, untuk bagi kau guna. Bukannya suruh kau simpan buat pekasam dalam akaun kau tu!" ujar Harraz dengan muka yang bengis. Intonasinya masih lagi ditahan. Kalau dekat rumah, mahu dijerkah nya Airis. Selama dia masukkan duit ke dalam akaun isterinya itu berharap isterinya tak hidup susah. Rupanya Airis langsung tak sentuh langsung duit dia selama ni.
Airis yang terkejut dengan perubahan Harraz terus sahaja menunduk. Tidak sangka pula Harraz akan memarahinya sampai macam ni. Dia meletakkan semula novel yang diambil sebentar tadi di raknya.
"Tak payah lah marah. Saya tak guna duit awak sebab saya tak nak menyusahkan awak, saya tak pernah minta awak masukkan duit dekat saya. Lagipun sepanjang lima tahun ni, awak tak pernah tanya khabar saya, lepas tu awak nak saya senang-senang je guna duit awak tu?" Airis terus sahaja melangkah keluar dari kedai buku tersebut. Hilang terus mood gembiranya tadi. Kini diganti dengan air mata. Langsung tidak dilayan panggilan Harraz padanya.
Kakinya dibawa laju ke dalam bilik air. Masuk sahaja bilik air, dia membuka aplikasi grab untuk menempahnya supaya dia boleh balik.
Harraz di luar sudahpun kelam kabut. Bagaimana lah dia boleh marahkan Airis sampai macam tu sekali. Isterinya baru sahaja gembira bila dengar yang dia akan belanja novel kegemarannya. Tapi dia juga yang hilangkan kegembiraan Airis bila dia marah Airis sebentar tadi.Hampir lima minit menunggu, Airis keluar dari tandas. Terus sahaja Harraz melangkah ke arah nya.
"Airis, nanti. Aku minta maaf. Kau nak pergi mana ni? Jom kita pergi beli buku," pujuk Harraz, tapi Airis sikit pun tak pandang muka Harraz sekarang
"Tak nak, saya nak balik,"
"Tapi kita kan tak beli novel lagi,"
Harraz pegang tangan Airis, tapi laju Airis menepis.
"Tak nak, saya nak balik," Airis ulang semula ayatnya tadi. Baru sahaja dia nak melangkah, Harraz menarik lengannya.
"Jangan lah macam ni, tadi kata nak beli novel kan. Ki-"
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...