Airis dan Aura menarik nafas lega bila mereka berjaya mendarat di bumi Paris. Hanya mereka berdua sahaja penerbangan pada hari ni, kerana ada perkara yang mereka berdua perlu selesaikan terlebih dahulu. Pelajar lain akan datang lagi tiga minggu, dan disebabkan itu masa mereka berdua di sini lebih lama.
"Sir dah bagi alamat rumah yang kita sewa dekat aku semalam. Kita gerak terus ke sana lah, rehat-rehat dulu sebelum kita keluar berjalan. Amacam?" Aura mengangkat kedua-dua belah keningnya.
"Ikutlah, aku tak kesah,"
"Bereh, jom'
Aura terus menarik Airis untuk menahan mana-mana teksi yang boleh hantar mereka ke rumah sewa mereka. Setengah jam juga sebelum mereka jumpa teksi.
Sampai sahaja di rumah sewa, mereka mengemas apa yang patut. Rumah ni tak adalah besar mana, muatlah untuk mereka berdua nak buat konsert. Selesai mengemas barang, Aura mengajak Airis turun ke pantai memandang rumah sewa mereka begitu dekat dengan pantai. Dalam 10 minit berjalan kaki sahaja.
"Arghhh, hilang segala masalah aku!" jerit Aura, dia tak kesah kerana tiada sesiapa pun dekat sini yang faham Bahasa melayu, Airis tersenyum kecil melihat kawannya itu. Dia juga turut melepaskan pandang ke arah ombak yang nampak berkilau itu.
"Airis,"
"Hmm..."
Airis menjawab bersama sebelah kening di angkat.
"Kita datang sini untuk tenangkan fikiran tau. Untuk enjoy, enjoy. Kalau boleh aku nak kau tinggalkan semua masalah kau dekat Malaysia. Kau jangan bawa datang Paris, boleh? Aku tak nak lah kau sedih-sedih. Aku nak tengok kau happy je sepanjang kita dekat sini, boleh kan?" Airis pusing pandang Aura yang tersenyum ke arahnya.
"Memang itu pun tujuan utama aku Aura. Kalau tak, aku tak ikut kau datang sini. Biar kau settle kan semua ni sorang-sorang,"
Aura berdecit bersama jelingan pada Airis.
"Irfan tahu tak kau datang sini?" tersedak Aura mendengar soalan daripada Airis, kenapa tiba sangat ni?
"Asal pula aku nak kena bagi tahu dekat Irfan?" Aura buat-buat tak faham sambil betulkan tudungnya yang ditiup angin.
"Eleh, macam lah aku tak tahu hubungan kau dengan Irfan tu. Tak payah nak tipu aku lah Aura, aku dah lama perasan,"
Aura tersenyum malu, macam mana Airis boleh perasan pula ni. Dia rasa dia dah cover baik punya.
"Korang dah ada rancang untuk pergi ke peringkat seterusnya ke?"
"Entahlah Irfan tu. Kau pun tahu kan yang dia tu bukannya selalu serius. Aku pun kadang-kadang tak faham dengan perangai dia tu," mucung mulut Aura kedepan memikirkan perkara yang dikatakan Irfan sebelum dia terbang ke sini.
Irfan kata dia tunggu sampai Aura pulang ke Malaysia semula untuk halalkan Aura. Tapi tak tahu lah dia serius ke tak dengan kata-kata dia tu.
"Irfan tu memang sepanjang masa tak serius, tapi dia selalu tepat dengan kata-kata dia, dengan janji dia. Bukannya macam..."
Airis menggeleng, hampir sahaja dia terlepas cakap. Harraz masih lagi suaminya, tak baik untuk dia bandingakan suaminya dengan orang lain.
"Airis?"
Airis senyum manis pada Aura.
"Tapi okay apa kalau kau dengan Irfan. Rupa dah ada, poket pun tebal. Senang hidup kau nanti. Silap hari bulan Irfan tu buka bakery untuk kau nanti. Tak ada lah kau nak jual kuih samperit online lagi. Lepastu nanti bila kau dah ada anak, bagi anak-anak kau sambung handle bisnes kau dengan Irfan. Anak lelaki ambil alih syarikat Irfan, anak perempuan pula ambil alih bakery kau,"
"Amboi, jauh sangat dah kau fikir tu Airis. Sikit-sikit sudahlah, ni dah sampai ke anak,"
"Awal tak kalut,"
Terlepas ketawa kedua-duanya.***^_^***
Aura sibuk mentelaah beberapa nota yang telah dicatat dan Airis pula sibuk membuat pemeriksaan akhir bagi slide yang akan dibentangkan oleh mereka pada hari esok.
Inilah kerja yang mereka perlu buat, mereka perlu berikan penerangan berkaitan penerimaan pelajar dan orang luar terhadap jurusan seni pastri ini. Dari peingkat awal, pertengahan dan akhir. Di hujung pula baru kursus itu dijalankan selama dua hari sahaja. Tapi mereka berusaha hamper sebulan."Aura, bagi aku semula data purata ni. Dia lari lah, aku nak buat semula," Airis mengeluh, dari tadi dua berusaha untuk menyusun data tersebut, tapi tetap lari juga.
"Kejap, aku send dekat kau,"
"Baik, thank you babe,"Airis sambung membuat kerjanya semula bila data yang diperlukan sampai padanya. Keadaan kembali sunyi semula bila kedua-duanya fokus pada kerja masing-masing. Tiba-tiba bunyi nada dering dari telefon Aura menarik perhatian mereka berdua. Tersenyum Aura melihat gerangan yang menelefonnya itu.
"Alah, menyampahnya aku," Airis menjulingkan matanya ke atas.
"Eleh, jealous lah tu,"
Aura membaling bantal ke arah Airis, namun Airis sempat mengelak.
"Bluek, tak kena," Airis menjelirkan lidahnya pada Aura. Aura pula menunjukan penumbuk sebelum dia berjalan keluar dari situ untuk menjawab panggilannya.
Airis kembali fokus pada kerjanya sebelum gelang yang ada di pergelangan tangannya bergetar dan batu itu menyala. Orang di sebelah sana dah tekan batu itu, tapi untuk apa?
Airis tak pernah cabut gelang itu, terasa kosong pula tangannya bila tiada gelang itu disitu. Akhirnya dia biarkan sahaja gelang itu terus berterusan bergegar. Dia tetap fokus pada kerjanya sekarang.
Untuk apa Harraz tekan batu tu kalau hati Airis dah puas dia hancurkan. Dia buang Airis macam Airis tak ada harga dia. Dia samakan Airis dengan Qayla walaupun kedua-dua jauh bagai langit dan bumi, bagai api dah air.
Tapi Airis tak nafikan rasa rindunya pada Harraz. Namun rasa rindu itu dihalang dengan rasa kecewa yang sangat tinggi. Airis kecewa dengan tindakkan Harraz. Walaupun nanti Harraz kata dia tak ada niat nak kata semua tu, tapi Harraz sedar semasa dia tuturkan semua tu. Harraz sedar dengan kata-katanya. Perkara tu buatkan hati Airis makin sakit.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...