"Kita buat apa dekat sini abang?" soal Airis. Mereka berada di depan sebuah rumah yang sederhana sahaja besarnya.
"Kan sayang kata nak jumpa dengan Arsene," berkilau hebat mata Airis sekarang.
"Betul ke abang? Abang bawa Airis jumpa Arsene,"
"Ya, dah jom kita masuk, Arsene ada dekat dalam mungkin,"
Airis mengangguk dan mereka berjalan masuk ke dalam rumah itu. Langkah Airis sedikit perlahan kerana kandungannya dah mencecah sembilan bulan, tunggu masa sahaja sekarang.
Masuk sahaja ke dalam rumah itu, perkara pertama yang Airis nampak adalah satu almari yang penuh dengan kejayaan Arsene. Setiap trofi yang dimenangi dipamerkan di dalam almari itu. Di almari sebelah pula penuh dengan hasil karya Arsene.
Rumah ini tidaklah terlalu besar, hanya ada satu bilik tidur sahaja dan dapur yang kecil. Cukuplah untuk orang bujang tinggal di sini. Airis melangkah pula ke arah meja kerja Arsene, banyak juga file yang tersusun kemas di tepi meja. Mungkin mempunyai manuskip yang sudah siap dan hanya tunggu untuk dijadikan buku sahaja. Bila lihat keadaan rumah ini, nampak pemiliknya seperti seorang yang kemas dan bersahaja.
"Mana Arsene abang?"
Soal Airis bila dari tadi hanya mereka berdua sahaja yang ada dalam rumah ni. Harraz tidak membalas, dia hanya tersenyum memandang Airis. Airis mengeluh sebelum dia tersedar sesuatu.
Kejap, tadi Harraz masukkan kan kata laluan untuk masuk ke dalam rumah ni. Macam mana Harraz boleh tahu, dan Harraz kata Arsene mungkin ada dekat dalam masa mereka di luar tadi. Dan sekarang bila dia tanya mana Arsene, Harraz hanya tersenyum. Jangan-jangan...
Baru sahaja Airis ingin buka mulut, ada yang menyampuk.
"Sorry Harraz, aku lambat. Traffic teruk tadi,"
"Kenalkan sayang. Arsene as know as Tengku Ahmad Irfan Al-Idris bin Tengku Ahmad Khairuddin Al-Idris by his close friends,"
Irfan menundukkan sedikit kepalanya pada Airis yang sudah ternganga luas. Ini ke penulis yang dia tergilakan selama ni? Nasib doa Aura tak dimakbulkan malah terbalik ke dirinya sendiri. Takdir ALLAH itu indah...
***^_^***
Qayla meramas kepalanya kuat. Beberapa kali dia menegtuk-ngetuk kepalanya sendiri. Sekejap dai tutup telinganya, dirinya dah seperti orang gila.
"Pergi! Jangan kacau aku!"
Jeritnya. Tapi bisikan tu masih kuat dia dengar.
"Apa kau nak ha? Jangan kacau aku! Pergi!"
Dia berlari ke arah dapur. Pisau diambil dan dilibas ke sekelilingnya. Nafasnya dah tak teratur. Rambutnya teruk berserabut, mukanya begitu cengkung.
"Aku cakap pergi! Jangan kacau aku!"
Bergetar anak matanya melihat sekeliling.
"Perjanjian tetap perjanjian Qayla! Kau hak kami! HAHAHAHAHA!" kuat suara itu bergema. Terlepas pisau di tangan Qayla.
"ARGHH!"
Terus sahaja dia berlari ke arah balkoni rumahnya. Takpa berfikir secaraa waras, terus sahaja dia terjun dari Tingkat 17 itu.
Sesungguhnya, hanya ALLAH sahajalah tempat kita bergantung, Tuhan Sekalian Alam. Jangan pernah mensyirikkan ALLAH, dan berdamping dengan makhluk di alam ghaib. Banyak keburukkannya.
ALLAH berfirman dalam Al-Quran, surah An-Nisa, ayat 48, yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...