BAB 50

475 14 0
                                    

"Sebelum kita mulakan dengan lebih dalam lagi, aku nak tanya. Apa motif kau curi lakaran aku?" Harraz mengecilkan matanya pandang ke arah Aidil yang berada di hadapannya sekarang. Aidil pula dan berkerut seribu.

"Aku curi lakaran apa pula ni?" Aidil menyoal meminta kepastian. Bukan dia lah kalau nak mencuri bagai. Mak dia tak pernah ajar mencuri lah.

"Kau jangan nak tipu aku, kau curi pelan lakaran aku kan. Kau nak apa sebenarnya? Kalau kau nak sangat ambil alih projek tu, bagi jela tahu aku. Tak payah lah sampai nak curi hasil kerja aku,"

Harraz masih tak bepuas hati selagi Aidil tidak mengaku salahnya yang satu itu.

"Ambil alih projek apa pula ni? Aku ni study dalam pastry art tau, tak sama dengan kau. Macam mana aku nak ambil alih projek kau pula?"

Harraz yang baru sahaja nak membalas terdiam bila otak dia kembali berfungsi. Berkerut dahi dia memikirkan segala kemungkinan yang telah berlaku.

"Itu lah, kerja nak serang orang je. Bukannya reti nak siasat dulu," Rizal mengeluh manakala Irfan pula tergeleng-geleng kepalanya.

"Tapi Qayla kata nama orang tu Aidil Adha, and aku sendiri tanya Encih Hadif kelmarin. Tak kan k-"

"Kebetulan je semua tu Harraz. Kau ni kalau aku kata bodoh marah, kalau kata bangang terasa. Ni kes dungu lah ni, belajar bukan main jauh lagi sampai ke luar negara. Benda macam ni pun tak boleh fikir," potong Irfan. Makin laju dia menggelengkan kepalanya.

"Tapi apa alasan kau jumpa dengan Airis haritu? Bukan yang masa kau beli cincin dengan isteri aku, tapi dalam dua hari lepas tu,"

Aidil menggaru belakang kepalanya.

"Airis bagi tahu aku yang perangai kau makin berubah. Jadi dia minta aku tolong tengok dan ubatkan kau dari jauh. Kau jangan salah faham pula, aku dah tanya Airis hari tu sama ada kau tahu atau tak dia datang jumpa aku. Tapi dia diam aje, aku expect kau dah tahu,"

Harraz melepaskan keluhan, di saat genting tu dia terima sahaja segala fitnah atas Airis. Malas dia juga turut menfitnah Airis tanpa soal selidik dulu.

"Ni apa hal nak jumpa aku. Aku rasa aku dah bagi tahu Airis yang kau dah bersih dah, kau nak aku berubat kau lagi ke?"

"Ha, boleh juga. Kau ubatkan dia ni biar hati dia tu bersih sikit," Rizal menjeling ke arah Harraz, rasa marahnya pada Harraz makin bertambah selepas dia mendangar penerangan dari Aidil.

"Kau tahu kan siapa yang sihir aku dengan Airis?" Harraz kembali kepada topik asal mereka. Aidil diam sekejap, memikirkan sama ada dia nak beritahu ataupun tidak.

"Aku dah bagi tahu yang aku tak nak tuduh sesiapa, aku takut jatuh fitnah. Cuma apa yang aku boleh cakap, dia kenalan korang juga,"

"Cakap je, firnah ke tak fitnah ke lain kira. Yang penting kau bagi tahu siapa?" Irfan meletakkan kedua-dua belah tangannya dia atas meja. Fokus dia memandang ke arah Aidil.

"Perempuan, rambut panjang paras pinggan. Motif dia sebab dengki, korang boleh teka siapa? Sebab aku tak kenal kenalan korang," Harraz, Rizal, dan Irfan saling berpandangan sebelum mereka mengangguk. Mereka sangat kenal dengan orang itu.

"Masa aku tak sedar selama satu tahun tu kan, yang kawal badan aku benda tu ke?" Harraz kembali menyoal. Aidil mengangguk.

"Ya, dia yang kawal sepenuhnya badan kau. Sebab tu masa aku nak putuskan ikatan dia dengan kau, sangat susah. Korang dah macam sebati, tapi alhamdulillah. ALLAH izinkan semuanya,"

Bila diingatkan semula pertempuran Aidil dengan makhluk yang mengusai badan Harraz hari tu, memang mengerikan dan memenatkan. Tidak pernah lagi Aidil bertembung dengan yang sekuat itu. Syukur Aidil berjaya memanfaatkan segala ilmu yang dia pelajari selama ni.

"Kau boleh panggil dia semula?" berkerut dahi Aidil pandang ke arah Harraz.

"Kenapa? Kau nak bela dia ke?" gurauan daripada Aidil mendapat ketawa kecil dari Harraz.

"Aku ada benda sikit nak tanya dia,"

"Boleh tu, in shaa ALLAH lah. Tapi aku nak bagi tahu awal-awal, tak semua yang keluar dari mulut benda tu kita boleh percaya. Kadang-kadang diorang just reka untuk tambah perisa je," Aidil berpesan.

"Aku tahu, kau boleh tolong tak ni?"

Aidil pandang mereka bertiga satu persatu sebelum dia mengangguk.

***^_^***

"Ni kawan aku, kitorang panggil dia Aiman. Dia akan jadi pengantara antara kita dengan benda tu. Boleh? Lagi satu, jangan putus berselawat pada Rasulullah SAW, ingat semua ni jadi atas izin ALLAH SWT. Apa-apa pun, yang paling berkuasa hanyalah ALLAH SWT,"

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now