BAB 34

503 17 0
                                    

Airis terdiam mendengar kisah hidup Harraz. Kesepian Harraz selama lima tahun di luar negara akhirnya terjawab.

"Sakit Airis, tu je aku boleh cakap. Aku percayakan dia, aku sayang dia, aku bagi dia semua. Tapi dia balas semua tu dengan satu kecurangan. Aku malu, aku malu dengan walid, aku malu dengan ummi. Perempuan yang aku pilih untuk jadikan peneman hidup aku hancurkan semuanya. Aku tolak pilihan ummi dengan walid sebab aku yakin pilihan aku lebih baik. Tapi aku silap, pilihan aku adalah pilihan paling teruk sekali," Harraz melepaskan nafas berat. Kesal dengan dirinya sendiri.

"Macam mana awak boleh setuju untuk kahwin dengan saya kalau masa tu hati awak dah hancur teruk?"

"Sebab ummi dengan walid, aku tak nak hampakan diorang buat kali kedua. Nak pula bila tarikh nikah tu dah nak dekat, aku tak ada pilihan lain selain daripada cari penganti," Harraz tundukkan kepalanya pandang jari jemarinya.

"Okay kejap. Kalau awak dah tahu tarikh kahwin awak tu bila, kenapa awak pergi sambung belajar? Dah tak pasal-pasal kena kahwin online," soalan tu dah lama Airis nak tanya, tapi dia tahan sebab Harraz sendiri tak nak buka mulut berkaitan dengan perkara itu. Alang-alang sekrang dah terlanjur, tak salah pun dia tanya.

"Aku minat dalam bidang seni bina, dari sekolah rendah lagi. Walid tahu, ummi pun tahu. Tapi walid tetap suruh aku sambung belajar dalam bidang perniagaan, pada awalnya aku memberontak sampailah along pujuk aku untuk aku terima. Walid pun ada bagi tahu, lepas aku habis sambung dalam perniagaan, walid bagi keizinan aku sambung pula dalam bidang seni bina," Harraz mula bercerita semula dan Airis tekun mendengar.

"Aku kenal Qayla masa sekolah menengah lagi. Dua tahun aku dekat London, aku buat keputusan nak ikat Qayla dengan pertunangan. Aku minta dia tunggu aku sampai aku habis belajar. Dua bulan sebelum aku habis belajar, aku diterima masuk ke salah Universiti dalam bidang seni bina. Aku gembira sangat masa tu, tapi bila aku tengok tarikh daftar tu adalah sebelum tarik aku kahwin. Aku tutup niat aku,"
Harraz mengeluh....

"Aku buang impian aku sebab aku lebih fikirkan pasal Qayla masa tu. Tapi, bila aku balik Malaysia, dan kejadian tu berlaku. Aku tak fikir panjang dan terus terima tawaran tu. Aku fikir satu je, aku nak bawa diri jauh dari semua orang. Tapi bila walid tetap nak teruskan perkahwinan tu aku jadi tak senang duduk. Tak sangka pula walid keluarkan idea nak bagi kita kahwin online," Harraz tergelak kecil begitu juga dengan Airis.

"Aku minta maaf, sebab tarik kau sekali. Ni semua salah aku, tapi kau yang kena tanggung. Aku tak ada niat nak abaikan kau selama 5 tahun Airis. Tapi aku tak kuat masa tu. Aku perlukan masa, aku perlukan ruang untuk aku cari semula semangat aku. Nak pula bila ummi kata kau nak fokus study membuatkan kau hampir nak tolak lamaran aku. Jadi aku buat keputusan untuk tak ganggu kau. Aku minta maaf," Harraz menarik tangan Airis dan dia cium lembut.

"Awak menyesal kahwin dengan saya?" soalan Airis membuatkan Harraz laju mengangkat kepalanya semula. Dia menggeleng laju.

"Aku tak pernah menyesal kahwin dengan kau. Kau nak tahu satu lagi cerita tak?" Harraz tersenyum. Airis mengangkat sebelah keningnya, cerita apa lagi ni?

"Kau pernah dengar tak orang cakap, kalau kita jumpa dengan seseorang tu sebanyak tiga kali, dia jodoh kita?"

"Pernah lah juga, kenapa?"

"Kau percaya kalau aku cakap aku pernah jumpa kau sebanyak tiga kali sebelum kita kahwin?" berkerut dahi Airis. Dia pernah berjumpa dengan Harraz? Kenapa dia tak ingat pula.

"Kali pertama aku nampak kau masa dekat kedai buku. Masa tu kau tengah bergaduh dengan Aura pasal kau nak beli buku tapi Aura dah penat. Kau ingat?" soal Harraz, Airis diam memikirkan sesuatu.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now