BAB 40

187 5 0
                                    

Aidil berdiri di hadapan pintu bilik Airis, dia tak berseorangan. Masih ada dua orang lelaki di kiri kanannya dan juga seorang wanita yang berada di samping Aura untuk menenangkan dirinya.

"Kenapa ni Aura?" soal Irfan yang baru sahaja sampai bersama dengan Rizal dan Laila.

"Sa... saya tak tahu. Airis lain," teresak-esak Aura menagis. Laju sahaja Laila bergerak ke arah Aura dan memeluknya.

"Aku dah agak benda ni akan jadi," ujar Aidil.

"Apa maksud kau?" berkerut dahi Rizal pandang Aidil.

"Kau tahukan, bahaya kalau ada hasad dengki dalam diri manusia. Tak apa, aku cuba mana yang mampu. Selebihnya kita serah pada ALLAH,"

Aidil mula dengan membaca ayat kursi dan disambut dengan beberapa ayat yang lain sebelum dia pusing pandang ke arah dia rakannya sebentar tadi. Dia mengangguk perlahan.

"Rizal, Irfan. Korang dua ada wuduk?" soal Aidil, kedua-duanya menggelang.

"Pergi ambil sekarang, lekas," mendengarkan arahan itu. Rizal dan Irfan terus bergerak mengambil wuduk.

Selesai mengambil wuduk, Rizal dan Irfan kembali ke ruang tamu. Aidil mengarahkan mereka berada di empat penjuru yang ada di ruang tamu itu manakala Aidil mengambil tempat betul-betul di hadapan bilik Airis.

Selepas Aidil mengucapkan dua kalimah syahadah. Kelima-lima mereka mula azan. Bergema rumah itu dengan alunan azan oleh lima orang lelaki.

"ARGHH! DIAM LAH BODOH! BISING KAU TAHU TAK! BISING LAH MANUSIA! DIAM LAH SIAL!" racau Airis dari dalam bilik. Aura yang mendengarkan itu mengalirka air mata.

"AKU CAKAP DIAM!" jerit Airis lagi.

"Aura tolong aku Aura, sakit..." tangis Airis pula kalini. Aura yang baru sahaja nak bangun di tahan oleh wanita tadi.

"Sabar awak, tu bukan kawan awak," ujar wanita itu.

"Tapi-"

"Jangan tertipu dengan helah makhluk halus," sambung nya lagi.

"Aura tolong aku Aura..." Aura hanya mampu menutup telinganya bila namanya dipanggil lagi. Ya ALLAH, kuatkan lah Airis Ya ALLAH.

Habis sahaja alunan azan, tiada lagi jeritan daripada Airis. Aidil pusing ke arah wanita tadi.

"Hatin, awak masuk tengokkan Airis dekat dalam," mendengarkan arah Aidil, wanita yang bernama Hatin itu melangkah ke arah pintu bilik Airis. Dengan ucapan bismillah, Hatin memulas tombol pintu bilik Airis. Dari jauh lagi dia nampak Airis yang terbaring lemah dia lantai dan dikelilingi dengan kaca yang disusun membentuk satu bulatan di sekitarnya.

"Astaghfirullah hal 'azim," mengucap panjang Hatin dibuatkan. Laju langakahnya mendapat Airis yang dah tak sedarkan diri itu.

"Airis," panggil Hatin lembut. Dia menampar-nampat pipi Airis perlahan. Bila kepala Airis sedikit bergerak, Hatin tersenyum. Dia kemudian memanggil Aura dan Laila untuk membantunya membawa Airis ke katil.

"Kita kena cari Harraz secepat mungkin, kalau tak perkara ni main teruk," Aidil pandang ke arah Rizal dan Irfan.

"Kitorang tak tahu Harraz dekat mana sekarang. Dah lama dia hilang," ujar Ifan bersama gelengan. Aidil melepaskan keluhan setelah medengar kata-kata Irfan.

"Tak apa kita cuba mana yang mampu. In Shaa ALLAH, dengan izin ALLAH kita akan jumpa Harraz. Dan betulkan semua ni," Aidil mengalihkan pandangan sekilas ke arah Airis yang terbaring lemah di atas katil ketika ini. Tidak menyangka takdir hidup wanita itu akan menjadi seteruk ini.

***^_^***

Hampir seminggu mereka mencari Harraz, tapi nasib belum menyebelahi mereka apabila bayang-bayang Harraz pun mereka tak nampak. Airis masih lagi dalam proses pemulihan, dirinya menjadi makin lemah bila hampir setiap hari dia dirasuk.

Aura melangkah ke arah Aidil yang termenung memandang ke arah kolam renang. Dia dan Hatin perlu sentiasa berada di sini bagi mengawal Airis.

"Kau, okay?" soal Aura.

"Tanya aku pula. Kau tu okay ke tak? Dah macam hantu kak limah aku tengok kau," Aura tergelak kecil mendengar gurauan Aidil. Dia tahu Aidil sahaja mahu buat dia tergelak.

"Aku risaukan Airis. Setiap hari dia tanya aku, kenapa dia diuji macam ni. Aidil, tolong baikkan Airis secepat mungkin. Aku dah tak sanggup tengok dia macam tu," mengalir air mata Aura. Sejak seminggu ni, hidupnya bertemankan air mata sahaja. Hampir bengkak dah matanya sekarang, sebab tu Aidil samakan dia dengan hantu kak limah.

"Aku cuba Aura. Aku dah usaha. Tapi ALLAH yang tentukan semuanya, ALLAH yang izinkan semuanya Aura," Aidil juga hampir buntu. Dia juga tak sanggup melihat keadaan Airis begitu.

"Aku perasan semua ni sejak aku jumpa Airis dekat taman haritu. Dari situ aku cuba ubat dia dari jauh. Tapi aku tak sangka dia jadi makin teruk lepas dia jumpa Harraz,"

"Apa maksud kau yang dia ada jumpa Harraz?" tertoleh kepala Aidil dan Aura saat satu suara menyapa mereka. Terkejut mereka bila semuanya sudah berdiri di belakang mereka. Irfan, Rizal, Datin Isma', Dato' Hussein, Encik Suhaimi, dan Puan Aliya. Nampaknya hanya Hatin dan Laila yang menjaga Airis sekarang.

"Duduk dulu, aku terangkan semuanya," ujar Aidil. Dia menarik nafas sebelum mula bercerita.

"Hari yang sama Airis dirasuk buat kali pertama. Kami berdua ada terserempak dengan Harraz. Masa tu, semua andaian aku selama ni terjawab. Apa yang jadi pada Airis, apa penyebab Airis jadi macam ni,"

"Cuba kau straight to the point je Aidil," Rizal sudah hilang sabarnya. Tapi Dato' Hussein menahan Rizal dan menyuruhnya bersabar.

"Macam aku cakap sebelum ni, bahaya kalau ada hasad dengki dalam diri manusia. Apa yang aku boleh katakan sekarang, Airis dan Harraz disihir. Oleh siapa tu aku tak mampu nak cakap. Aku tak nak tuduh sesiapa, aku tak ada bukti dan aku tak nak jatuh fitnah,"

Mengucap panjang Datin Isma' dan Puan Aliya sekarang. Berat dugaan yang ditanggung oleh anak mereka.

"Airis pernah mengandungkan sebelum ni, tapi dia gugur," Aidil cuba meneka. Tapi dia tersenyum hambar saat Aura mengangguk mengiakan tekaan Aidil.

"Inalillahi wainailahi rajiun. Nyawa tak bersalah menjadi mangsa," Aidil menggelengkan kepalanya kesal. Kesal dengan sikap manusia yang sanggup mensyirikkan ALLAH, Tuhan Sekalian Alam.

"Maksud kau, Airis gugur disebabkan sihir tu?" kini Aura pula meneka dan anggukan Aidil membuatkan hampir semua di situ mengeluh berat.

"Kau cakap kau cuba untuk ubat Airis dari jauh kan?" Aura memandang kea rah Aidil, dalam.

"Benda macam ni susah untuk kita pulihkan. Lagi-lagi bila benda tu hampir sebati dengan diri kita. Dah setahun perkara ni berlaku, dan dah setahun benda tu ada dengan Airis. Hampir sebati dengan Airis. Kita patut bersyukur ALLAH [ertemukan aku dengan Airis haritu, kalau tak. Aku tak tahu apa yang akan jadi. Mungkin lebih teruk daripada ini,"

Aidil menundukkan wajahnya. Kalau dia tak tergerak hati mahu pulang ke sini untuk menjemput rakan-rakan lamanya ke majlis perkahwinannya, kalau dia tak tergerak hati untuk pergi ke taman pada hari itu. Dia tak tahu apa Nasib Airis sekarang.

"Masa Aidil dan Airis jumpa Harraz tempoh hari, Harraz macam mana?" jelas kerisauan terpancar di muka Datin Isma'

"Harraz tak kenal Airis, dia dah dikuasi penuh dengan benda tu. Mungkin Harraz tak sedar dengan apa yang berlaku pada dirinya sekarang. Tapi, dia bersama dengan seorang perempuan masa tu,"

Aidil masih ingat lagi bentuk rupa perempuan yang bersama dengan Harraz pada ketika itu.

"Siapa?" laju Rizal menyoal. Aidil menggeleng.

"Aku tak kenal,"

"Mesti perempuan tu dalang semua ni," Seloroh Aura, dia dah tak dapat menahan kemarahannya.

"Jangan nak menuduh Aura, kita tak tahu. Jangan sampai jatuh fitnah," tegas Aidil bersuara, dia memang mengambil berat isu ini. Fitnah bukan sesuatu yang kita boleh buat main, besar dosa fitnah lebih daripada dosa membunuh.

"Apa yang penting sekarang ni, kita kena cepat-cepat cari Harraz. Airis perlukan Harraz sekarang. Harraz pembangkit semangat Airis, Harraz kekuatan Airis," ujar Aidil.

"Semoga ALLAH bersama dengan kita," sambung Aidil lagi.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now