BAB 56

179 5 0
                                    

Suasana di majlis itu amat ruih dengan tetamu yang hadir, rata-ratanya adalah orang sini juga. Airis dan Aura terus melangkah mencari kawan-kawan mereka yang lain.

"Airis, Aura. Terima kasih sebab banyak tolong saya selama sebulan ni," ucap Sir Faisal. Airis dan Aura tersenyum.

"Tak de hal Sir, sikit je ni. Lagipun kami boleh lah juga berpeluang nak jalan-jalan dekat Paris ni. Orang kata sambil menyelam minum air," kata Aura. Bukannya selalu dia dapat menjejakkan kaki di negara asing. Kos salah satu punca masalahnya.

"Itu lah, saya harap kamu berdua seronok lah ya sepanjang ada dekat sini. Anggap sahajalah majlis pada malam ni adalah hasil titik peluh kamu berdua selama ni. Meriah sambutan majlis malam ni," Sir Faisal melepaskan pandangannya ke sekeliling dewan itu. Memang meriah.

"Saya pun tak sangka dapat sambutan banyak macam ni, sebab sepanjang saya temu bual, rata-ratanya macam tak tunjukkan minat. Tapi tak sangka pula, diam-diam mereka sebenarnya mereka berminat," Airis juga terkejut melihat sambutan yang hangat pada malam itu.

"Bonjour, bienvenue tout le mode. Welcome everyone! Thank you for your support. First of all, give a big clap for this important person, Mr. Faizal Ismail. He and his student are working hard to make a successful event for tonight. Let's not talk to much. I would like to invite him to give a speech," dengan itu semua orang memberikan tepukan gemuruh saat Sir Faisal berjalan naik ke atas pentas. Tidak tertinggal juga Airis dan Aura yang bangga dengan pensyarah mereka itu.

"Thank you, thank you. First, I would like to thank God because without His permission, this event can't be done. Alhamdullah. Next to my student who always have my back, Airis and Aura," Sir Faisal menunjukkan ke arah Airis dan Aura yang tersenyum malu ke arah nya.

Semua mata di dalam dewan itu fokus pada Airis dan Aura, ada juga beberapa yang kenal mereka berdua memandangkan mereka pernah menemu bual hampir separuh yang ada di dalam dewan ini. Sir Faisal menggerakkan mulutnya mengucapkan terima kasih tanpa suara pada Airis dan Aura sebelum dia sambung ucapannya lagi.

Airis dan Aura bergerak untuk mengambil makanan setelah ucapan dari Sir Faisal berakhir. Aura pula tertoleh ke kiri ke kanan mencari sesuatu.

"Kau cari apa Aura?" tegur Airis, dah macam meerkat dah kawan dia ni. Airis melangkah mengambil tempat di satu meja yang kosong. Kena cepat sebelum ada orang lain yang rembat.

"Aku cari, emmm..."

"Kau cari siapa?"

"Ir...fann"

Aura tayang giginya yang putih itu. Airis dah menjeling. Wait, kalau Irfan datang, maksudnya...

"While everyone is enjoying their food, let us have fun with this performance from Harraz Irsyad," ucapan yang diberikan oleh pengara majlis itu mengejutkan Airis dan juga Aura. Aura rasa ini tiada dalam perancangan mereka minggu lepas.

Kawasan dewan itu gelap, dan hanya lampu di atas pentas sahaja yang menyala pada sesorang yang duduk bersama piano nya. Siapa lagi kalau bukan Harraz Irsyad, suami Airis.

Harraz menarik nafasnya dalam sebelum dia mula menekan kekunci piano itu. Fokus Harraz kini sepenuhnya pada persembahannya.

Don't go tonight,
Stay here one more time,
Remind me what it's like,
And let's fall in love, one more time,
I need you now, by my side,
It tears me up, when you turn me down,
I'm begging please, just stick around,
I'm sorry, don't leave me, I want you here with me,
I know that you love is gone,
I can't breathe, I'm so weak, I know this isn't easy,
Don't tell me that you love is gone,
That your love is gone,
Don't tell me that your love is gone,
That your love is gone,

T

epukan gemuruh memenuhi ruangan dewan itu. Kesemuanya menghayati setiap maksud yang disampaikan.

CLAK!

Lampu di atas Airis menyala bersama dengan petikan piano yang kuat.

I'm sorry, don't leave me, I want you here with me,
I know that you love is gone,
I can't breathe, I'm so weak, I know this isn't easy,
Don't tell me that you love is gone,
That you love is gone...
That you love is gone...
I can't breathe, I'm so weak, I know this isn't easy,
Don't tell me that your love is gone,
That your love is gone...

Persembahan Harraz mendapat tepukan yang gemuruh dari para tetamu yang hadir. Manakala Airis terlebih dahulu mengalirkan air matanya. Kenapa Harraz buatnya begini?
Harraz bangun menunduk hormat pada semua yang menyambut persembahannya sebelum dia berjalan turun ke arah Airis. Aura yang perasan akan hal itu, terus mengundurkan diri mencari Irfan.

"Sayang..." panggil Harraz. Airis masih lagi kekal tunduk. Harraz mengambil tempat di depan Airis. Tangan di depegang lembut.

"Tolong bagi abang peluang yang kedua. Abang perlukan peluang kedua daripada sayang. Abang nak bahagiakan sayang, semua yang terjadi pada haritu memang salah abang. Abang mengaku yang abang betul-betul dah melampau hari tu. Abang sakitkan hati sayang, abang hina sayang. Tapi sumpah abang tak ada niat langsung nak buat sayang macam tu. Abang tak nak buang sayang. Semua masalah datang serentak, abang tak dapat kawal perasaan marah abang pada masa tu. Tolong maafkan abang sayang, tolong sayang. Pandang muka abang, please sayang,"

Airis menarik nafasnya sebelum dia mengangkat mukanya pandang, jelas Harraz nampak yang Airis menangis.

"Saya minta maaf Harraz, saya takut untuk terluka sekali lagi. Mungkin ada pengganti yang lebih layak daripada saya,"

"No, sayang yang paling layak. Abang tak nak orang lain sayang. Abang nak sayang, hanya sayang," naik turun dada Harraz menahan perasaan nya.

"Awak pernah dengarkan orang kata. Diakhiri cerita kita tak akan bersama. Tapi dunia menjadi saksi, yang kita pernah bahagia. Saya minta maaf Harraz,"

Airis bangun dan terus meninggalkan Harraz terdiam di situ.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now