"So, kau nak warna apa?" Harraz tak balas malah dia pandang ke arah Airis. Airis yang rasa seperti Harraz memandang ke arahnya, terus angkat kepala pandang Harraz.
"Harraz aku tanya kau ni, nak warna apa? Tahulah ada isteri dekat sebelah tu, balik-balik nanti lah kalau kau nak tenung dia pun," ujar Irfan tak puas hati. Tahulah dah ada isteri dan dia masih single, nak menunjuk lah tu. Harraz tak balas tapi dia masih lagi pandang Airis menyebabkan Irfan mengeluh sambil menjulingkan matanya.
"Airis, dia nak awak pilih tu. Entah macam mana boleh jadi bisu pula tiba-tiba" Airis terus pandang Irfan sebelum dia kembali pandang Harraz semula.
"Awak nak saya pilih ke?" soal Airis dan mendapat anggukan dari Harraz. Lah, cakap lah awal-awal. Ini duk pandang je Airis, mana lah Airis tu boleh agak.
"Err... warna biru gelap lah," ujar Airis.
"Kau memang suka warna biru gelap ke?" soal Harraz, baju tadi pun Si Airis ni pilih biru gelap.
"Dah awak suruh saya pilih kan. Saya dah pilih banyak songeh pula," marah Airis, kalau rasa tak sesuai dan tak kena dengan cita rasa tu pilih jela sendiri. Ini sibuk nak Airis yang pilihkan.
"Kita ada banyak tone warna bagi biru gelap. Kau nak yang mana satu Harraz?" sekali lagi Harraz pandang Airis.
"Awak nak saya pilih lagi ke?" laju Harraz angguk.
"Jangan nak banyak soal eh nanti," Airis jeling bila Harraz hanya mengangkat kedua belah bahunya. Airis lihat satu persatu tone warna yang diterangkan oleh Irfan dan akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil warna biru yang paling gelap yang nampak seakan-akan warna hitam. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia pilih warna pink untuk Harraz. Nasib baiklah dia bercita-cita nak jadi isteri mithali
"Okay, selesai warna. Untuk texture kain kau nak suruh Airis pilih juga?" anggukan dari Harraz membuatkan laju sahaja Irfan menarik kerusi dan duduk betul-betul depan Airis.
Dapat dia agak yang selepas ini memang Airis sahaja yang akan buat keputusan.Dan anggapannya betul bila seluruh design baju Harraz pada hari itu dipilih oleh Airis. Irfan sedikit pelik dengan perangai Harraz sekarang. Tak pernah-pernah mamat ni suruh orang lain buatkan pilihan untuknya. Sebab setahu Irfan, Harraz ni cerewet orangnya. Lagi-lagi bila berkenaan dengan penampilan sendiri. Tapi nasib baiklah Harraz tak pernah cerewet dengan penampilan orang lain. Ini kalau Irfan bergosip dengan Rizal pasal hal ni, boleh jadi tajuk hangat ni.
"Kau nak bila baju ni?" soal Irfan setelah perbincangan mereka selesai.
"Secepat yang mungkin,"
"Okay, aku cuba. Tapi aku tak janji sebab sekarang banyak tempahan," Harraz hanya mengangguk faham. Walaupun dia sahabat Irfan, dia tak boleh guna tiket itu untuk kepentingan dirinya sendiri.
"Kau nak aku bayar terus sekarang ke nanti?"
"Tak payah lah, yang ni aku belanja kau. Sebagai hadiah kau habis belajar dan hadiah kahwin kau. Tapi apa yang penting, aku nak anak buah banyak-banyak," Irfan senyum serta keningnya diangkat berkali-kali. Tersedak air liur Airis dibuatnya.
"Apa kau ingat isteri aku ni kilang buat anak ke apa? Sedap je nak meminta. Pergi kahwin la then kau buat sendiri. Nak susahkan isteri aku pahal?" balas Harraz bersama satu renungan tajam. Airis yang kat sebelah ni dah membahang dah muka. Diorang ni pun, kalau nak bercakap pasal benda ni. Tunggu lah masa Airis tak ada, ni pergi bantai je cakap.
"Alah kau, itu pun nak berkira," Irfan mencebik, kedekut.
"Dah lah aku nak balik. Apa-apa hal kau call aku," Harraz bangun dan betulkan bajunya, bersedia untuk pergi. Airis pun apa lagi, laju juga dia bangun.
![](https://img.wattpad.com/cover/356680151-288-k224461.jpg)
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...